Sunday, October 31, 2010

aku manusia biasa.

kau bagi aku perasaan yang sungguh asyik,
aku gembira sangat,
kau kata aku sempurna,
tapi hakikatnya aku manusia biasa.

Melihat menggunakan mata,
mendengar menggunakan telinga,
memegang menggunakan tangan,
bukankan aku juga sama seperti mereka.

Jadi, apa yang istimewanya?
ucapan terima kasih tak terhingga buatmu.

In which paper did my story came out, Angel of Mercy?

A dead body lies inside the drain,
scornfully looked on
by the curious crowd.
A policeman arrests the killer,
snatching the gun he holds.

*****

They say after a while,
a moment of time
when you stay inert
while the world moves,
the magic will be gone.

So, there I sat
observing deeply
the calming waters
of Cuomo River.

I washed my filthy hands.
Again and again.
They appeared clean after a while
(but) i kept on washing nevertheless.
Perhaps it was my OCD.
It's getting worse.

I'm sorry, Anna.
It's probably too late, i know.
Things now get beautifully ugly.
An oxymoron
of an effing romance-thriller drama.

I'm sorry I pulled the trigger, Chekhov.
The trigger of your own gun.
An irony, don't you think?

Deserved it, don't you?
The price for trying to betray me
like consuming Soylent Green
while aware of its contents.

I had to make the first move.
Torre Attack might be my leap of faith.
But lucky me, your credentials spoke mutely.
And I jumped and landed successfully.

As for you, Anna, my love.
You, too, shredded me apart.
People change.
You have changed.

Or rather, you have changed me.
From a piece of colourful circus poster
to a dour-looking, black-and-white everyday newspaper.

But I'm letting you go.
Because that is what you crave for.
And perhaps someday, .....I don't know.
Perhaps someday I'll mutually feel the same.
Though my OCD might have its own way.

As they say,
after a while, the magic will be gone.
Mine's not.
But it is waning.
And I seek more than a momentary fix.

They have arrived.

Chekhov's body lies inside the drain,
scornfully looked on
by the curious crowd.
A policeman arrests me,
snatching the gun I hold.

Mahu

kali ini mahu bicara seketika cuma.

tak mahu lama-lama.

mahu cepat.


kali ini mahu tulis sepantas boleh.

tak mahu panjang-panjang.

mahu pendek.


kali ini mahu cakap sepetah mungkin.

tak mahu pelan-pelan.

mahu becok.


kali ini mahu setakat ini saja.

bukan tak mahu.

mahu sambung lain kali.

Bila Malam

bila malam.


bila ada itu malam.

bila mana ada ketikanya malam kita itu suram.

bila mana ada ketikanya malam kita itu kelam.

bila mana ada ketikanya malam kita itu tenggelam.

bila mana ada ketikanya malam kita itu muram.


bila malam itu ada.

bila mana semua benda tak kena

bila mana perasaan rasa gundah gulana

bila mana fikiran seakan mahu gila

bila mana punggung duduk tak selesa


aku tidur.

selamat malam.

Puisi-puisi geli.

Dulu bintang di langit nampak tinggi.
Sekarang makin rendah untuk aku cari.

Dulu bulan di awang nampak kecil.
Sekarang makin besar untuk dipencil.

Bintang-bintang yang gugur ke tanah,
habis pecah terkena pokok-pokok berduri.

Bulan yang tergantung indah,
putus talinya terhempas ke bumi.

Kita sebenarnya masih punya waktu untuk hakikatnya bersama.
Kita sebenarnya masih punya jiwa untuk terima semua.
Kita sebenarnya masih ada rasa untuk nilaikan fahamnya.
Kita sebenarnya kita, yang perlu melambai di langit senja meniti muda.

Balada lagu jiwa yang aku ucapkan semalam mungkin kau lupa.
Tapi hakikinya jelas aku pancarkan dari mulut-mulut pendita.

Kucing-kucing yang bulunya kelabu di hujan merah,
masih ada meratah,
jiwa kita makin parah dengan darah,
darah membuak yang rasanya kita cuma diarah.

Zat yang dahulu kau kucup dari paras rasa cinta manusia,
masih belum aku pinggirkan jiwanya dari samudera.

Sememangnya secintanya Shajahan pada intannya tidak terukir oleh ku Taj Mahal indah.
Cuma aku perlu menadah doa agar kita terus berserah.

Hari ini aku berjanji.
Esok lusa aku tepati.

Saturday, October 30, 2010

Abjad prosa puisi.

Semalam dia bilang mahu buatkan aku satu prosa paling indah satu perkataan paling cantik dan susunan abjad paling menarik. Dia janji begitu. Dia janji mahu buat begitu. Dia janji mahu susunkan begitu. Itu apa yang dia janjikan.

Jadi, aku tunggu. Semalam, sudah jadi kelmarin, sudah jadi minggu lepas, bulan lepas, dan aku dah tak tahan nak tunggu.

"Sayang, mana yang kau janjikan?" aku tanya.

"Apa yang aku janjikan?" dia tanya.

Aku diam, sambil pandang perutnya yang putih, macam langsung tak ada darah.

"Puisi," aku kata.

"Ada," dia kata.

"Mana?" aku tanya

"Mana apa?" dia tanya.

"Ah. Kau main-main lah!" aku marah. Aku tengking dia.

"Ha? Apa dia yang aku main-main?" dia marah balik. Tapi, dia tak tengking aku.

"Sudahlah, kita berpisah saja!!!" aku terus TERsebut.

"Haaa! Itu lah dia," dia kata. Muka langsung tak terkejut.

"Apa?"aku tanya.

"Ayat tu. Yang indah tu. Itulah yang aku nak bagi pada kau," dia kata.

"Apa?" aku tanya.

"Kita berpisah saja," dia kata. Aku diam.

"Indah, kan?" dia kata, sebelum keluar, dan tinggalkan satu prosa, puisi, abjad yang paling menarik cantik dan indah.



selfish

bila tahu nyawa sendiri tinggal hujung saat
Mula hati rasa ingin menjauh

Mencari segala macam cara
Buat kamu membenci diri ini

Biar kamu tinggal aku
Biar kamu benci aku
Biar kamu lupa aku

agar mudah kamu cari pengganti
Tanpa meratapi pemergian diriku ini

Dan mahu aku
Nama Kau yang aku bawa
dalam hati ini

baru tenang aku pergi

Bila Kau Tanya

Kau tanya
Apa beza keluarga
dengan sahabat baik?
Kau pandang aku
dengan muka selamba
macam minta penampar.

Kau tanya lagi
Mana lagi penting
Kawan baik
atau keluarga sendiri?
Aku jawab
"Diam-lah, celaka."

Kau tak puas hati
Kau hentak kaki
Aku paling
dan aku kata
"Dah semestinya kawan baik
Tempat aku luah semua
Tempat aku cerita segala
daripada ada kau
yang konon keluarga
tapi macam celaka!"

Esoknya
Bila kau tanya lagi
Aku diamkan diri
Tak menjawab
dan buat tak reti
Buang masa aku
Melayan manusia sial
macam kau.

Lalu kau
macam bodoh tuli
Berlalu pergi
Sebelum aku maki
Kau pun lari
dan
tak tanya apa-apa lagi.

Walau Esok

walau esok engkau milikku
benarkan aku teman
untuk menghormati hak suamimu
lirik mata, suara manja, ayat-ayat cinta
kulit yang mulus dan cinta yang halus, 
semuanya bukan aku punya
 
walau esok aku suamimu
benarkan aku untuk menunggu
kerana hari ini
engkau masih
bukan isteri

-sadis

Friday, October 29, 2010

BERLARI..

kita cuba mengejar pelangi yang tinggi
hingga jatuh,berdarah kaki
lantas kita berdiri lagi
dan terus berlari tak henti
konon nya bisa capai langit tinggi; terlalu banyak bermimpi
hingga kita terlupa pada hujan yang selalu mendampingi
bodoh bukan.
 berlari untu sesuatu yang tak pasti.


Hah.

Aku ingin menyapa angin yang melintas,
aku mahu menyanyi lagu yang pantas,
aku rasa kagum pada sejuk dan panas.

Hah.

Buat yang terakhir kalinya,
sebelum tertutup mata,
sebelum terlanjang suara,
aku mahu lagi,
seteguk darah wiski.

The Curious Case of My Psychedelic Poetry

1To my dearly katrien...

And
Please
Remember
Me
As
Your
Poetry


Or
I
Will
Never
Found
My
Soultry
Lust
Back


That
Hide
Inside
Of
Your
Pretty
Lace

Thursday, October 28, 2010

LELAH

bila tiada yang mengalah
tahankan, sedayanya kusarung topeng gagah
enggan ada yang kalah walau nafasku mengah

biar sendiri kuresah di tengah

Sekali-sekali

Ku juga manusia sepertimu; seperti yang lain,

Andai benar ada putihnya, serupa kain lampin,

Sekali-sekali putih,
lainnya langsung tak jernih.

Sungguh.

Cukupkah sekadar mengaduh?

My New Best Friend

Macam tukar baju
Kawan-kawan pun begitu
Boleh tukar selalu
Boleh pilih mana satu
yang kau suka dan mahu.

Dicari dirayu
Bila saja kau perlu
Andai mahu dibantu
Seboleh mungkin dicari aku
Tapi bila ada kawan baru
Kau pergi berlalu
Tinggalkan aku
termanggu-manggu.

Entah aku pun tak pasti
Apa aku yang salah
Tapi sumpah aku tak kisah
Apa-lah susah
Kawan-kawan lain bersepah
yang lebih mengerti
dan tahu menghargai
yang sudi menangis bersama
bukan ada masa ketawa saja.

Bukan membenci
Bukan merajuk
tapi cuma penat
Kata kau.
Dan aku yang makan hati
tapi tak suka dipujuk
namun aku bukan cuma alat
buat kepentingan kau.

Tapi jangan kau risau
I'm doing just fine
without you.

And don't you worry
I'm not judging you
After all we've been through
After all the things I did for you
Everything is meaningless
Now that you chose
to have distances keeping us apart.

I've my new best friend too
and for sure that friend is not you
I enjoy my time being lonely
with my new best friend named ME.

But we're still friends.
That's the plan.
And we'll always be friends
Till the end.

flavor of life.

aku benci pada kau.
tak, bukan. aku benci diri aku sendiri.
kerana percaya, aku boleh.
bodoh, kerana menganggap aku bagus sangat.
konon..lifesaver?

hell no.
apa rasa kau, kalau aku tayang depan-depan kau,
betul-betul depan batang hidung kau,
yang aku sayang sangat..dan tak boleh lupa,
kekasih aku yang dah lama..tak ada?

tak kira betapa kuat kau cuba,
ketepikan ego segala,sanggup,
tapi..kau persetankan saja semua,
dan masih menjerit-jerit kata, tak boleh lupakan dia?

is life is fair?
hell no.

Wednesday, October 27, 2010

SINIS!!

malas menyangkal
aku senang begitu
terkadang bicara ku tajam
kerana itu adalah aku

muak menatang perasaan mereka
bukan semua,tapi segelintir cuma
yang harus diajar dengan bicara
biar halus,tapi mampu menyentap dijiwa
supaya tersedar dari lena
itu method yang aku guna

terserah kamu untuk menimbang tara
tentang diri ini yang hina
niat hanya ingin berkata tanpa sebarang dusta
kerna disekeliling kita banyak penipunya

kalian bilang irama ku sumbang
tidak mengapa
kalian berhak melontar kata
 berkongsi segala rasa

cuma aku lebih gemar begini
dan ingin terus begin
 memainkan lagu yang tak ingin didengari



Tuesday, October 26, 2010

KERTAS PERTAMA


siang malam bersengkang mata
demi kertas yang pertama
hidup bercatu segala
hinga badan lembik tak berdaya
semuanya demi dia, si kertas pertama
dengan harapan segalanya berjaya
tapi punah di minit yang pertama
dimana silapnya?
kurang menelah atau kurang berserah?
entahlah..


walau tipis,tetap tadah, tak mudah menyerah

Monday, October 25, 2010

bidadari kelam

dia sang bidadari,
cantiknya, aduh tidak terperi,

jika ingin dibanding dengan bidadari serata negeri,
nescaya malu mereka takkan habis ditagih,

dia sang bidadari,
lahirnya bersalut emas putih,
diberi susu berkualiti tinggi,

dia sang bidadari,
duduk hanya di istana reti,
tak pernah sekali berani pergi,
takut takut jiwanya mati,

dia sang bidadari,
pabila dara mula menyingsing,
diratah oleh para dewa strata tertinggi,
demi nafsunya mereka, yang kononnya suci.


p.s- bukan pasal perempuan jalang.

Sunday, October 24, 2010

Jalang.

Molekul oksigen
lari dan mengecil
asap nikotina sini sana
berkuasa seperti raja
rupanya gah
beribu bentuk
dari bibir legam
meluncur ke udara.

Celah sempit
lorong gelita
pelacur dan pondan
bermaharajalela
muda dan tua
tubuh tiada harga
ratah sisa sisa
ringgit berganti tangan
kondom merata-rata.

Jantan keparat dan
betina jalang
seperti debu berterbangan
bertopeng syaitan
bernafsu haiwan
darah hanyir menitik
mereka jilat
terasa nikmat.

Megah
di pentas dansa
berjoget telanjang
berlagu riang
santapan
seks dan nikotina
khayal dan
melayang.

.

I actually have forgotten the day,
When I started to take up my pen,
and scribbled down all those lines.

But I do know,
Whenever I did write,
I wrote it, with my own possess heart, as paper,
gushes of blood, in my jugular vein, as ink,
and a drop or two of tears, as emotion.

The inspiration, you asked me?
As plain and dim-witted as it might sound,
Yeah, it’s you.
It’s always been about you.
It's always gonna be about you, dear.
It always has, and it always be.

As insanity raging up from a mad soul,
These sorrows haunted me,
And the emptiness might even tore me apart,
Yet, I kept on survived,
only by remembering you.

Now, as the curtain falls,
I will get through this.
And I promise,
I will survive this, or another so-called hell,
alone.


P/s : need to find my solitude and my comforting sounds, so i will be going on a long hiatus. Cheers and take care, mate!

Bisikan

Aku perlukan Engkau,
Tetapi sering kali aku telah gagal,
Mendengar suaraMu,
Kerana titik-titik hitam yang telah
Membutakan hatiku.

Di alam mimpi ini,
Seolah-seolah aku akan tinggal selamanya,
Aku sering terlupa,
Aku sering bersikap alpa,
Bahawa aku akan tersedar dari tidurku ini,
Untuk menghadapMu.

Janganlah Engkau mengambil cintaMu,
Dari aku yang fakir ini,
Aku perlukan Engkau, cahaya yang abadi,
Untuk meraih kasihMu yang selamanya.

Lamppost

Standing still, shivering,
I could not wring the coldness.
Under the unlit lamppost,
No human’s breath but mine.

The streetlights are luminous,
Ablaze with prolific light,
Infinite radiance,
While I am standing still, watching,
The darkness roaming,
Pervading the lamppost of mine.

The movement is not chained,
The freedom is in my hand,
To taste the bountiful
Heated light of others,
But yet,
I am standing still,
Under the unlighted lamppost,
Sealing my eyes,
With hope.

Saturday, October 23, 2010

Without You

Without You,
I will go astray,
Like an aimless traveller,
Without a map and a compass.
The loneliness will be my garment,
The salt water I will drink,
And the perpetual blaze
Will be my future abode.
My volatile lump of meat
Could drag me away from
Reaching Your Eternal Love,
As it is bathed with desires.
Never leave me,
I could only implore
Beseech and plead,
As I need You to lead me to
You.

Kemanusiaan Akhir Zaman

Rasa yang menyusup pejal dari belebas batin,
tiba-tiba menyelongkar hebat isi-isi dunia,
dari yang patah berkangkang ngeri pada saat jatuh,
seriaunya bertaut kukuh dalam getaran padu.


Ketakutan ; asas naluri makhluk lemah,
di atas satu kekuasaan ia menunduk malu,
buih-buih insaf yang rapuh bakal hancur,
terbebas sedikit-sedikit ke atmosfera dingin.


Manusia yang pernah lahir bogel dulu,
kini hidup bertelanjang dalam rakus ;
mengejar duniawi ilusi.

Hujung

Memutus hubung dua dunia
Mengakhir hirup udara
Hujung jalan untuk dia
Bagimu esok masih ada
Terus tapakkan langkah
Menoleh boleh, mengundur tersungkur
Mengenang jangan sampai bergenang
Terus tapakkan langkah
Dia pasti bahagia didakap kasih Tuhan

Hujung untuknya, untukmu bukan
Belum masanya



(pertama kali ditulis di sini , Julai 2009)

=]=]

senyum itu perlu untuk menjadi ubat
untuk lupa segala yang pernah ingat
walaup kelat
perlu kuat
barulah nampak hebat
dimata penjahat!


kalau ini ialah suatu perlawanan yang mengukur ketabahan dan kekuatan seorang perempuan.


aku tahu aku telah menang, sundal.
sebab aku tahu aku lagi kuat dari kamu.
dan sebab aku tahu,
kamu masih di ruang yang dia perbodohkan kamu di situ.

Friday, October 22, 2010

PuisiPantasPendek SudahSedikit "POP!"

usianya, entahlah,
tak pernah terdetik untuk aku kira,

yang aku tahu,
cuma satu,
laman ini untuk kita,
melampiaskan bakat yang serba ada,
kurnia tuhan yang maha mulia,

dan alhamdulillah,
walau tak ku tahu apa caranya,
atau siapa punya kerja,

namun tetap aku gembira,
kerna laman ini sudah hinggap di REMAJA!

dan aku panjatkan doa pada yang maha kuasa,
agar biarlah,
jejak laman ini akan bertahan sampai bila bila!

dan sinarnya,
takkan sirna walau apa dugaan dariNya.

amiin...


p.s- baca entri gua di expresisastra. ada kejutan untuk para penulis puisipantaspendek!!

Munafik

dan apabila sujud fajar terasa sukar hambar

dan apabila firman Tuhan terasa beban bosan

dan apabila hilang khusyuk terasa buruk rukuk;



munajatnya sang pendosa
terpandang tidak semalang
munafiknya sang mulia.



tangiskanlah!

tangiskan,
tangiskanlah perjuangan yang kita abaikan,

tangiskan,
tangiskanlah jiwa jiwa yang kita matikan,

tangiskan,
tangiskanlah segala yang kita lakukan,
semata demi cinta kita pada wang,
semata demi kasih kita pada kuasa,
semata demi sayang kita pada fana dunia,

tangiskanlah!

manis

muka kamu tersalut cokelat.

hati aku terpaut hebat.


19Februari2010

Fesyen

Islam sekarang ni
lagi dalam lurah
lagi tinggi pahala ibadah.

agaknya lah!



-sadis
Apa ilmu la dia pakai kasi dayus dia punya laki.

Thursday, October 21, 2010

Fantasi Lebih Realiti.





Aku lebih suka begini

hidup dalam mimpi.
terasa lebih banyak isi walau cuma fantasi

dari hidup menghadap realiti
yang lokek dengan inti tanpa definisi.







putus jari boleh jahit, putus hati?

di saat aku berdosa dan kamu berdosa.
di saat aku terleka dan kamu berahsia.
di saat ragu pilu menghentam dada.
di saat itu lahir curiga.

Aku Berserah

Kita melangkah penuh yakin, 

bagai tahu semua yang perlu dikerjakan. 


Kemudian kita usahakan untuk ;

genggam sesuatu yang kita damba. 


tapi di akhirnya, 

kita perlu sedar ; 

Tuhan itu Maha Pengikat Takdir.

Tak berani nak ucap depan depan.

rindu juga tapi tak nak mengaku nanti kau kata aku tak malu orang sudah tak mahu kau datang melulu cakap yang rindu sampai boleh mati dua kali padahal semalam kau tolak aku dari satu sudut nampak seperti aku yang yang berahi gila babi sedangkan kau cuma dewi yang kononnya seksi tetapi warak dalam hati hinggakan boleh mengkritik aku yang lari tersasar dari mengenali Tuhanmu yang juga Tuhanku tetapi bezanya kau dan aku? - kau lagi busuk tetapi mengaku berbau syurga.


Wednesday, October 20, 2010

Persoalan Hidup



aku yang dibenci
atau aku yang membenci
aku yang dilupakan
atau aku yang melupakan..??

iman

jangan berbangga dengan iman yang kita punya,
kerna di mata tuhan,
kita semua sama.

Loop

Berulang kali kau kata jangan hampiri
Berulang kali aku cuba mendekat diri
Berulang kali kau kata jangan pergi
Berulang kali aku masih berundur, lari
Berulang kali kau beritahu ada berjuta komplikasi
Berulang kali aku jawab kau apa peduli
Tapi berulangkali kali kita begini, masih jua mengulang kembali


Main tarik tali dengan hati sendiri.

hepatomegaly

bengkak hati ini
Dibantai, ditumbuk, digilis, dicaci
Sampai kebas, sudah lali
Tiada masa utk meratapi
Kau kulihat persis TAHI

Nyah kau dari sini!

setahun cuma

Lelap matanya tak terlena
Diselubungi perasaan salah hina
Titis air mata muda
Tewas dalam cinta setahun cuma
Angkara diri yang tak reti setia
Dia hilang segalanya
Hilang orang yang tercinta
Walaupun setahun cuma
Tak lama
Setahun cuma

JAKA DAN DARA:SEBUAH KISAH YANG BERBEDA..

terlihat dia di kaca maya
kenangan lama menerpa
saat mula bermain kata
hingga lah muncul dia yang ketiga
terdiam,lantas mata bergenang
nekad tak mahu lagi terpandang

persis cerita dogeng rakyat jelata
yang acap kali dibisik kan di telinga
jaka nya sempurnya -dara nya cukup setia
cuma pengakhiran kisah ini agak berbeda
kerna ia banyak lohongnya-tak cukup sempurna
jadi tak layak dijilidkan untuk tatapan semua
mungkin airmata pelakonya tiada harga
atau mungkin gelak tawanya lakonan cuma
mungkin juga...

jadi salah siapa? directornya?actor/actress yang melakonkan cerita? atau apa?




tak punya ilham untuk tajuk entry ini....

Tuesday, October 19, 2010

kalah tipis

melihat kau dengan dia
tubuhku bagaikan tersiat-siat pedih
adunan pekat garam dan lada pula dipipis-pipis

mungkin omelan bibir aku
sedikit jauh dari sayang dan kasih
kalaupun aku tercalon dalam
perlombaan cinta aku
tau aku kalah tipis


10Februari2010

of fantasies.

As much as you make me smile
As much as you are always by my side
As much as I cry on your bony shoulders
You may only exist in my fantasies

As much as your words become my conscience
As much longing as I feel for you
As much as I want to unravel you
You may only exist in my fantasies

Because, as of now, you are not real.
        Because, you and I, have never been real.

Monday, October 18, 2010

MEGALOMANIA.

Hari hari matari,
Keluar dan,
Citanya mahu,
Jadi yang,
Terpenting,
Bukan terpening.

Doktor doktor,
Jangan beri posyen.

Katak, Pungguk, dan Bulan.

Ya, memang katak duduk di bawah tempurung,
Jika itu lebih aman dan selamat berbanding di luar sana,
Aku juga akan pilih begitu.

Jika menunggu bulan jatuh ke riba
Macam mana pula kisah pungguk rindukan bulan?
Bulan itu satu,
Dikejarnya tiada ia lari,
Menggapainya mungkin mimpi,
Tapi itu hanya teori,
Dunia kini, apa-apa pun boleh jadi.


Diri dan Hati

pada hari diri hampir rebah dipanah warkah
kubesikan hati agar kebal dari termusnah
kerana bila sampai saat kalam tulis menumpul
tidak lagi mahu aku meraut diri
dimakan asah tajamnya pisau
sampai akhirnya tiada lagi
sampai akhirnya mati hati

.

ini deklarasi sepi,
dari hati yang tiada segi.
aku memilih untuk pergi,
kerana aku bukan pemilik rusuk kiri.

Sunday, October 17, 2010

Ramadhan,Hujungnya

Dalam malam yang bening
dan pagi yang hening


Dalam sujud yang hina

dan hati yang hamba


Dalam doa yang dalam

dan dosa yang silam


Dalam taubat yang sungguh

dan azam yang kukuh


Dalam sepuluh yang terakhir;

dan seribu bulan yang hampir


Air mata menjadi begitu murah

Bila sukma sudah mahu berpasrah


Maka apabila hati digenggam rindu

Kau mengherdik pada nafsu

Pada diri yang keliru

Dan sifat yang melulu


Dalam sepuluh yang terakhir

Dan seribu bulan yang hampir

Seorang Muslim menjadi cair

Akibat cinta Tuhannya yang mengalir.


Pari-Pari Patah Sayap.

Kelmarin, dia di sana
bawah lampu jalan malap
celah sudut pengap;
cahayanya tersekat-sekat.

Aku lihat dia sedu-sedu
air mata tumpah satu-satu
makin aku datang dekat
teriaknya dia makin kuat.

Kelip-kelip malam terbang jauh
malaikat berbondong pergi
tinggal dia sendiri
bawah lampu jalan malap
celah sudut pengap.

Di puncak bukit sana
salak anjing teriak deras
nyaringnya tenggelam timbul
berdikit-dikit
deru bingit suara ekzos.

Bila awan makin memberat
bulan pula jatuh ke pusat
awan tercarik bayu hangat
titik halus berganti galak
makin lebat dan
makin lebat.

Hujan deras
bawah lampu jalan malap
celah sudut pengap
tersengguk-sengguk menahan kuyup
pari-pari patah sayap.

Orang Gua

Kau gelak
sebab
kau kata
kau tak pernah jumpa orang macam aku.

Aku gelak
sebab
dengar kau kata
kau tak pernah jumpa orang macam aku

aku pelik?
tak
kau kuno.

cinta

sesungguhnya; cinta itu amat keparat.

ditunggu rasanya penat.
dikejar pastinya tak larat.


28Januari2010

Saturday, October 16, 2010

.

I am, now,exploring a new, greener side of humanity,
which always return to a point of nowhere.

Humanity, nowadays and since eons ago, really does shambles,
but yet, a lot of us, trying to kick start,
get in-a-go,
moving forward,
bypass the grieving, mournful days.

Ought we succeed or not,
Remember ;
it was never too late.

Humanity, co-exist with being loved and giving love,
my dear friends.

And by shall i would gave,
my solid,unconditional love to you,my dear soulmate.
Whenever, wherever, you are, now.

Friday, October 15, 2010

tak akan mungkin

dan bila diskusi dunia lebih sakti dari karya syurga
kau hampir lumat.
diasak setiap segenap.
menghirup nikmat yang padat.

bisikkan pada diri;
hisablah
mungkin koordinat kau sedikit pesong dari kiblat
manis dunia tak akan mungkin habis kau jilat


21Januari

menjadi jujur.

semalam
aku menjadi berani
menyampaikan rasa hati
tentang cinta hati
pada umum

..sesuatu yang tidak pernah akan ku buat sebelum ini.

Thursday, October 14, 2010

Not Your Walking Showroom

Aku ini siapa
Benarkah teman jiwa pelengkap nyawa
Atau gadis yang kau genggam tangannya
Hanya untuk tunjukkan dunia aku ini kau yang punya?
Atau gadis serba ada materialnya
Hanya untuk tunjukkan dunia kau mampu sedia segala?
Atau gadis yang bisa kau jerit tengkar depan mereka
Hanya untuk tunjukkan dunia kau pegang kuasa?
Cukuplah
Biarkan aku melangkah
Tapi bukan sebagai alat untuk kau meninggi gah

TQ.

terima kasih untuk waktu.
rasa dan tempat.
hidup didalam hati kamu.
biarpun sempit.
besar maknanya untuk aku.
terus hidup.
hari ini dan esok.

kadang-kadang

kadang-kadang
kita perlu masa
untuk buktikan kita berbeza

kadang-kadang
kita perlu sabar
pada bahasa gila tak bersuara

yang meluah tak beradab
yang biadap dan biadab.

hu.

sedih lah.


-sadis.

faham ke? faham ke? Alahai.

Maaf ye? emotional sikit.

Angau.

dulu, aku ingatkan kau cantik.
tapi bila aku kenal kau,
baru ako sedar, yang sebenarnya kau gojes sayang.

dan malam ini,
syiling bilikku ada potret wajahmu.
rindu.

Tiada ragu dalam perancanganMu

Mengenalimu tenangku
Jiwamu sebaliknya jiwaku
Lembut hatimu damaikan aku
Tolong beri waktu
Mahu jauh ke dalam hatimu
Meraba mengenali dasarmu

Hapuskan waktu
Beri aku arah ke hatimu
Lenyapkan setiap saat dan detik
Biar aku bertapak lama di situ
Untuk selamanya jadi ratu

Mahu jadi untukmu
Selama matahari memberi sinar
Dalam sabar menunggu
Ada bingung menuntut diri
Ada resah menindih sanubari
Aku perlu anggukan
Katakan iya
Cukup untuk tidur lena

Mengharap restu
Dari setiap satu ahlimu
Dalam ghairah menuntut ia
Buat aku terlupa
Perancangan Dia, Tuhanku

arca rindu di gudang mimpi

berhari-hari ku ukir rindu
dari helai-helai kenangan kita
yang tersudut lelah di gudang mimpi
sambil menanti dengan sabar dan percaya
pada saat bertuah itu
saat kau mungkin terjaga

cari dan tataplah ia
serta benarkan ke hatimu
bahawa arca rindu ini
telah terkalung sejumlah kata-kata jujur
fragmen puisi murah berhias frasa cinta
ku pahatkan saat bulan menari angin menyanyi
merai dua jiwa di ambang bersatu

sehingga waktu itu
bila mana kau benar-benar terjaga 
dan telah yakin mahu
kembaralah ke sini
ke gudang mimpi-mimpiku
dimana ia telah abadi
terpamirkan lewat tingkap-tingkap kaca
di himpunan walang dan sekian gundah jiwaku


dengan harapan
bila kau ketemukan
genggamlah ia

dan jangan pernah lepas
kerna sesungguhnya arca itu
dari aku hanya untukmu.


untuk puisi di atas dan lain2 boleh ke sini :)

Wednesday, October 13, 2010

busur pencinta

kalau
niat kau untuk panah aku;
pastikan posisinya tepat di jantung

kalau
tersasar jauh melulu;
barangkali bencana bakal kau harung


13Januari

L.I.F.E.'S. A. L.I.E.

"Bukan hari ini saja
Malah semalam
minggu lalu
bulan lepas
dan tahun sudah
kau rasa terguna
oleh-ku," katamu.

Aku malah diam
Dalam hati
hanya Tuhan tahu
betapa aku
menahan rasa.

Ini bukan drama
ini bukan masalah cinta
tapi kisah kita
yang selalu aku korbannya
sedang kau
tiada rasa apa-apa
malah membatukan hati
keras jiwa
seolah aku yang
memusing cerita.

Ya Tuhan
aku nan seorang
hanya punya Engkau
yang paling mengerti
manusia yang bergelar sahabat itu
ternyata
sukar sekali dicari
waktu ini.

(Well, suddenly it feels weird to write in BM.)

So, I try hard not to cry
though the world
is the worst place to live in.

How ironic
when I say life's a lie
everybody agrees to me.

the forgotten figure

bila kau sudah terbang mengejar awan
jangan lupakan aku yang masih di daratan

bila kau sudah berlari mencari pelangi
jangan lupakan aku yang masih bermimpi

tapi bila nanti kau tetap melupakan
jangan lagi kau nyanyi lagu rindu
biar aku lupakan kau perlahan-lahan
kerna aku bukan pungguk yang sentiasa menunggu











when you become a forgotten figure,
remember that you dont remember me too.
because as far as i remember,
i am a forgotten figure to you.

yang

yang kacak
Yang warak
Yang enak

Yang merdu
Yang lembut
Yang syahdu

Yang teruna
Yang ceria
Yang pencinta maha esa
Yang pengasih nabi kita

Yang menjadi idaman wanita
Yang mejadi contoh kpd jejaka
Yang berbeza dari yg lain
Yang lelaki hampir sempurna
Dia.. MAHER ZAIN!

*drooliinggg*

.

Yet, again,
in shallow,
you peek over into my sleep,
into my dreams.
Unconsciously, i woke up,with such a heart beating,
Rapidly, in such haste, I sweat.

Triggered me with all the thoughts of you.
Everything about you.
Every significant of you, in life.


O Lord,
as i found no cure yet,
till how long,till when,
do I need to suffer this?



lari ke bulan.

kita tetapkan matlamat,

kita satukan suara,

kita padukan hati dan jiwa,

kita angkakan rintangan,

dan....

setelah habis berangan,

ayuh, kita lari ke bulan!

Tuesday, October 12, 2010

bersepai.

dalam kosong fikiran
dalam rentak jeda kata dan hela nafas
kata hati berbunyi sekali sekala
apa perlu dicari aku
kalau kau suka persetankan semua yang aku cuba buktikan
setakat ini.

cukup sudah.
aku terima derita ini, kerana aku mau kau gembira.
cukup sudah.
suka hati kau mau persetankan aku bagai mana lagi.

aku, terima saja.

Sindrom~

selamat pagi dunia.
selamat pagi dunia.
aku berbaring berahi.
atas kamar merah.
berlantaikan cadar kuning.
jam loceng berbunyi merdu.
tanda subuh sudah berlabuh.
aku masih disitu.
mimpi indah mainan duniawi.
janji kemana itu dan ini.
helah ku panjang.
baring keriut berahi suci.
manusia malas.
sudah terjadi.
tidak mahu bangun.
menuding jari.
handphone dicari.
sms diberi.
masuk opis lambat.
itu adalah pasti.

Ainur Mardiah..

Di hujung katil, beralaskan bantal empuk..
Ada susuk bersinglet hitam pekat mengiurkan..
Ada boxer checkeret dua butang...
Meriba notepad hitam..
Hatinya tenggelam...

Dari hujung kepala semerbak Dove mewangi..
Di pangkal leher hingga hujung kaki..
Dove menyelubunyi...
Ah..susuk itu bukan duta dove yang dicari..
Abaikan..

Hatinya tak tahan..
Bak lagu noraniza idris tiba-tiba berkumandang...
Tak tahan dihujani ilham..
Tak tahan dihimpit idea berbekam...
Tak tahan mempolish otak yang melagam..
Hidupnya makin hitam..
Sehitam rambut yang bakal bertukar warna besok hari..
Abaikan part rambut..

Tugasan besok perlu hantar..
Sinopsis cerita masih terlantar...
Idea masih bertempiar...
Bagaimana cara untuk mengikat ikhtiar..
Menghasilkan karya seni yang mekar...
Semekar bunga
mawar ditaman..
Yang suci dari bisanya si kumbang...

Hati kini gundah...
Apakah besok segalanya mudah...
Apakah lenanya akan tetap diperindah...




Adakah dia kini tidak setulus Ainur Mardiah.......

dua juta tahun,

dua juta tahun lagi,
dan suku manusia di bumi,
akan mati,

lalu,
bangunlah,
segala kambing segala biri,
segala anjing segala babi,
membina tamadun baru.

suku manusia terhapus,
bukan kerna kiamat yang tuhan utus,

namun kerna,
cinta yang tuhan beri,
ditarik dan diangkat kembali ke langit.

cinta hati.

di antara jeda kata dan hela nafas,
celah mana yang aku boleh terlupa untuk mendoakan kau di sana.

sayang,
cinta ini untukmu.

Not~

cinta bukan hanya dikata.
tapi lahir didalam dada.
sayang bukan hanya untuk dibelai.
berakhir gelora jiwa tergadai.
rindu bukan hanya untuk diucap.
semai dan rasa setiap detik bila disingkap.

Monday, October 11, 2010

cinta panas-panas

Cinta panas-panas baru sedap disantap

Dah sejuk nanti dah tak rangup, tak selera

Sebab tu kene selalu panaskan

Biar kekal sedap rangup berselera sampai akhirnya.

Sunday, October 10, 2010

.

Sayang,
Never make a bloodbath of this farewell, will you?

For old time sake,
just hug me and kiss me, like we used to,
as I’m going to miss the fragrant scent of yours,
which reminisce me, every minute of us,
together.
While we were so deeply in love.
And what do we need, is only each other.

For old time sake,
hug me, for the last time.
Pretty please.

S.I.L.E.N.C.E.

-

--

---

----

-----

..........................


dah tiga hari

aku belek telefon

ia tak berbunyi

dan nama kau

tak juga muncul di skrin.

dalam hati ada..

dalam remuk hati dia melangkah.
mengharapkan cinta hati akan muncul depan mata.
dalam remuk hati dia masih mahu percaya,
yang cinta hati masih akan datang mencarinya,
lalu memadu kasih (lagi).

Saturday, October 9, 2010

ap

Tetap mengharap
atau givap?
Ah aku cuma mau perap dalam gelap
lelap lelap dan lelap
daripada aku terus menerus fakap.

Abstrak Mimpi Seorang Gadis Melayu Di Russia

terkebil-kebil kelopak matanya,
disorot jauh horizon yang menipis.

sayup-sayup terlihat satu titik,
semakin lama semakin membesar,
hingga akhirnya padu satu susuk ;
seekor rama-rama gergasi,
bersusun-susun sayapnya,
mempamer warna segala unsur alami ;
merah, hijau, biru, kuning, cyan, magenta.

belum sempat takjubnya ghaib,
tiba-tiba sayap raksasa ditebar luas,
seolah ingin menakup segenap ruang .

sepantas gerak sinar kosmik,
sayap berubah menjadi enceran,
persis raksa yang tumpah-ruah,
serta-merta jadi sebuah lautan.

banjaran dan lembah terwujud,
dari abdomen si rama-rama.

di tengah-tengah lautan muda itu,
sebuah pulau menggagahi lanskap.

roh yang mencipta mimpi sebegini,
lihat dunia sebagai serambi syurga.

Friday, October 8, 2010

Hati aku

Hati 
aku jaga elok-elok
kau datang
kau punahkan hati aku
aku lihat
hati aku berkecai
pandangan aku kabur
dek air mata
kau tak nampak
kerna hati kau berdebu.
everybody CAN change,
But not everybody WILL change.
Remember that.

aku punya rasa

Apa yang aku kata,
itu yang aku rasa,
apa yang aku rasa,
tak sama dengan kau punya cerita,
aku macam ni saja,
berkata dengan puisi cerita,
peduli apa orang kata,
aku punya idea,
kau ambik kisah kenapa?

melihat orang lain dengan caranya,
takkan aku nak ikut sama,
aku bukan duduk statik saja,
aku manusia, hanya hamba Nya,
mana boleh lawan kuasa Nya,
jadi pasti ada cacat celanya,

minta maaf buat semua yang pernah aku sakiti.

mahu kaya.

buka dompet kulit
keluar rama-rama
sebalik kertas-kertas
yang tak ada nilai

belek dan belek
jumpa gambar kamu yang lama
dan aku telah jadi
insan paling kaya.

-sadis

si mineral hati

berjuta rasa aku simpan..
berjuta kata aku pegang..
berjuta cara aku tanam..

tapi..
apa yang tinggal hanyalah sebak..
membuak..

maka..
"resah gelisah" aku cuba memikir segala aturan indah..

konklusinya..
kesungguhan dari hati aku hancur..

apa yang aku rasa kini..
hanyalah kelam dunia..

Thursday, October 7, 2010

puisi super duper ekspres pantas pendek

Tada!



*pendek tak? haha... =)

Ombak

Hati durjanya umpama ombak
Saban hari memukul pantai yang menghancur cinta
Hempas sampai puas
Mengganas sampai melemas

Kasihan ombak
Mahu berlalu tiada daya
Mahu pergi tiada kuasa
Dan dia hanya mampu setia di sisi pantai penghancur cintanya

Monday, October 4, 2010

The Nameless Maiden Of Mount Kisatsu-Shirane

kerana terlalu sempurnanya penciptaan,
nama apa pun diberi tiada berkenan.


terlalu cantik,
hingga rembulan pun bersembunyi
dek malu menatapnya.


terlalu anggun,
membuat sang burung simpan nyanyian
tak mahu berlagu.


terlalu sempurna.


sempurnanya buat manusia
takut mendekat rapat.


setiap hari dia menunggu,
sebuah hadiah dari siapa-siapa ;
sehelai kimono sutera.

bila teknologi komunikasi baru menjadi medium untuk lepaskan kemarahan

Keluhan yang diungkap dalam kata

Aku ni bodoh agaknya,
tak tahu nak pilih "handphone" yang mana,
antara "sony ericsson", ataupun "nokia".

dalam banyak-banyak model "handphone" aku nampak dia.
tapi, "handphone" itu lari dari aku,
dan aku boleh rasa itu.

nak "beli", dia tak nak jual,
nak "pinjam" dia tak bagi,
nak renung pun anggap bagaikan aku ini sudah mati.

-bila sesuatu itu di analogi kan memang mengarut pada awalnya, tapi hakikat nya nyata pada penghujung cerita.-

kehidupan



masa depan menjadi kelam
maka lenyaplah peristiwa semalam
tertutup hati terkunci mati
maruah peribadi sudah hilang

credits goes to hafiz mazeri