Friday, December 31, 2010

Selamat Tinggal 2010, Selamat Datang 2011

Kau Pergi.

Lantas masa yang berlalu ku tinggalkan untuk aku menjamah masa-masa yang akan tiba. Menghadap detik waktu yang kini hanya tinggal beberapa,
Rasa sayu kerana cita-cita yang dikejar entah ke mana,
hilang dek angan-angan yang tinggi hingga lupa aku yang di sini masih berpijak di tanah yang berdebu.

Laluan-laluan yang sama masih akan aku lalui,
namun detik waktu itu yang tidak serupa,
bahkan memang takkan serupa seperti dahulu kala.
Ketika aku mula bertatih dengan pena,
kini aku rancak dengan komputer riba.
Namun orangnya tetap sama.

Kalau dulu si lelaki asyik dengan permainan konda-kondinya,
kini si lelaki sudah mula keluar kota menimba ilmunya,
dulu si dara dengan permainan masak-masaknya,
kini apa yang dipelajari dihidangkan untuk suaminya.

Kalau bulan dan bintang dulunya menjadi mimpi,
kini sudah mula digapai dan dikaji,
melihat masyarakat yang dulunya hidup harmoni,
kini hilang ekoran teknologi yang tinggi.
Apa nak jadi pada masyarakat kini,
hanya pentingkan diri sendiri.

Thursday, December 30, 2010

rutin warga kota

delay..
Dah jadi kebiasaan.
15mnt berlalu..
nampak kelibat ia semakin dekat..

bagai lalat..
Kita mula menghurung.
Menghimpit ingin masuk,
cepat sampai,
lantak orang,
aku dulu,
kau lambat,
kau tinggal.

Kaki pijak, dush-bang-bamm!
Sardin daging manusia. Bau menusuk kalbu.

Kurang enak, kurang selesa.
tak mengapa, destinasi makin tiba.
'station berikutnya ......'
Kata perempuan itu

Ketika itu, suara dialah paling merdu.
Ding dong! Ahhh.. Sampai sudah.
Tolak, himpit, selit, lolos diri dari kulit ke kulit
Yarh! Berjaya sampai akhirnya

Tanah Tumpahnya Darahku!

Moga-moga,
dari kemenangan yang ini,
akan kita cetak kejayaan yang lebih bererti,
buat ibu pertiwi!

dan akan kami tegar berdiri,
dibelakang kalian para pejuang,
memegang panji perjuangan,
menyanyikan semboyan sokongan,
tak kira kalah atau menang!

Tuesday, December 28, 2010

Bola

Bola,
bola itu bulat,

Lazer,
lazer itu tajam
dan panas

Bola lazer?

mencintaimu.....

mencintaimu...
satu kesengsaraan yang dalam  
hingga aku sendiri pun tak faham    

mencintaimu....
satu kesakitan yang panjang
yang tidak mampu kupadam    

mencintai...
adalah kebodohan tak bertuan
sehingga aku ditongsampahkan



Monday, December 27, 2010

Fenin Fenin

Bertutup cantik di atas
tapi
terdedah habis di bawah

Bertutup cantik di bawah
tapi
terbonjol habis di atas pula

fesyen dan wanita
buat aku
Fenin,fenin dan fenin

Wednesday, December 22, 2010

Cara Halus



Melarikan MINDA dari memikirkan kisah luka
itu bukan LEMAH


Itu cara halus
mengelak hati dari terus BUSUK
dek nanah-nanah luka yang pernah terhiris dihiris tajam
ya. suatu ketika dulu

Tuesday, December 21, 2010

gerhana bulan, pergilah.

wahai ombak yang melangit,
redalah dengan telunjukku,
wahai angin yang mengoncang,
hilanglah dengan jelingku,
wahai hati yang lara,
sembuhlah dengan senyumku.

-sadis

Monday, December 20, 2010

Surat buat Tuhan.

Tuhan, aku harap, kau masih baik hati bangunkan aku esok pagi.

Tuhan, aku harap, kau masih baik hati jadikan aku seperti ini lagi.

Tuhan, aku harap, kau masih baik hati ampunkan aku lagi.

Tuhan, apa harus aku lakukan?

Apa Rasa Mimpimu?


Kau hidup
lalu mati
lalu hidup.

Kau jaga
lalu lena
lalu jaga.

Dia yang menghidupmatikan.
dia juga yang menjagalenakan.

Dan kamu,
apa rasa mimpimu?

Apa saja di sana,
ada Dia yang menjaga.

kanta lekap ilusi

andai ada kanta lekap ilusi,
yang dapat membutakan mataku dari segala realiti,
akan aku usaha untuk beli, untuk cari,
walau berjuta harga walau sejauh angkasa

kerna
aku tak mampu membawa seluruh diri keluar dari alam nyata
jika hanya mampu mata ini dibawa lari,
akan ku pakai kanta lekap ilusi sampai bila-bila
biar hanya nampak ilusi
yang dimana aku yang menentukan segala isi patri





*cik 'me' yang bijak bestari, raja segala puisi-puisi, adakah cukup hebat puisi ini? atau masih disampah-sampahkan lagi penulisan kami???

Sunday, December 19, 2010

dari debu debu durjana

dari debu debu durjana
pada hangat besi dipanggang liuk api syaitan
meluwapkan dengus nafas jahannam
yang kau panggil syurga


dari debu debu yang sama
di hujung jarum pinjaman iblis
torniket keratan batik jawa
ketar jarimu menggenggam celaka


dari debu debu itu juga
di hujung penjuru meja kaca
lima puluh dalil yang tinggal kini hanya tiga puluh
dua puluh gulung nikmat di hujung hujung hayat


laungkan selamat pada tibi! 
ucapkan sejahtera pada HIV!
debu debu yang kau hirup dulu
kuman celaka yang kau dapat kini!


wahai
lama ini kau pun diam
khabar duka dari pantai yang bercahaya
bulan telah pun padam
ombak telah pun surut
di dasar laut selatan china itu ada pusara


dari jauh ibu mengirim luluh dan air mata
ayah tak sudah menggeleng hiba
dan dari aku untuk kau hanya sepotong doa,
"tuhan ampuni dia,selamanya dia abangku sayang,abangku sayang..." 

Thursday, December 16, 2010

Pacal Berpening Sering

Patik berhujah pelik
Merepek patik cantik
Patik terlolong terpekik
Memekik patik memekak

Oh bapak aduhai emak
Maafkan patik yang sedang pening
Bukan sakit tapi pening
Pening oh pening berpusing-pusing
Pening berpusing berpuing-puing

Penat patik pelajari pening
Penat pening patik pusing
Patik pelajar pemusing pening
Pening patik perlu pusing
Pusing pening pelajaran penting
Putus pening patik pusing

Risau runsing raja rasa
Raja risau rasa runsing
Ruang rasa raja resah
Raja resah risau runsing

Raja radang rasa resah risau
Patik sekadar limpah resah rasa
Rasa resah patik si pacal hina

Patik pacal pelajar pening
Raja resah risau merunsing sering

Pening patik pening penamat.

Panas

Hai gadis,
Cantik kamu hari ini,
Berpakaian ketat,
Tersembul dada,
Sungguh HOT kamu,
Runtuh imanku,

Gadis,
Terima kasih,
kerana HOT kamu ini,
kamu buat aku makin terasa dekat


dengan bahangnya api neraka Tuhan ku.


.

Tohmah Gajah-Gajah

Ini semua.
Tohmah gajah-gajah.

Ini semua pemberani
mencemar budi.

Dan terkoyak seluruh rasa percaya yang dahulu mendarah.
Menyembah menjilat tanah menjadi parah.


Terus,
gajah-gajah memijak
semut-semut maruah dan watak.
Maka matilah seluruh rasa budaya dan rentak.


Sebutir tanah pertiwi,
membulat tekad,
menekad:


"Berhentilah gajah.Menjengahlah ke bawah."



Wednesday, December 15, 2010

Nota Sejarah Hudaibiyyah


Al Faruq itu mengomel.


Bukan meragu,
Hanya terganggu.


"Bukankah kau nabi Tuhan?
Yang menguar kebenaran?
Yang menyumpah kemenangan?"


Lantas,
Sang Terpilih itu
dengan garis tua di dahi
tersenyum.


Kontan,dunia merasa gembira.


"Aku nabimu,teman.
Kukuhlah dengan janji Tuhan:
Sesungguhnya Kami telah menganugerah kemenangan.


Di sana nanti kita bergandingan.
Dan kamu.



Ya kamu.



Menjadi pria rebutan
bidadari,mata jeli,sejutaan."



"Sejutaan?"



Dan hati yang tadi basi
Kini galak menelan
matahari.



MANA MUNGKIN KITA BERKONGSI TUNAS LIDAH YANG SAMA


seni itu abstrak
tak semua faham
tak semua mampu hadam
jelik pada kamu, indah pada saya

walau buruk,walau hodoh
ia tetap seni
punya ceritanya yang tersendiri
punya kasta yang pantas untuk diduduki
jadi hormatilah ia
walaupun sehina tahi
ia tetap seni
punya motif dan jalinan yang tersendiri
selebihnya kau kajilah sendiri

hebat bukan kuasa seni
 oh ya, membaca juga satu seni

sudah-sudah la berhentam di shout mix, menulis itu terapi jangan menulis untuk mengapi..

Tuesday, December 14, 2010

Kau Tuntut Cahaya Untuk Setiap Dosamu?

Pada sebuah penantian engkau melolong deritamu,
dan aku cuma bertiarap lesu.

Sungguh, kau katakan itu rencana Maha Esa,
cuma aku tidak melihat lagi taubatmu ;
segulung sejadah dan telekung putih,
masih ada di atas para tanpa kau sentuh.

Kau mahu dimuliakan semula tanpa sedar ;
noda dosa itu harus kau cuci dahulu,
lalu doa-doamu yang kau tuntut pada Tuhan ;
kau lepaskan agar secepatnya dikabuli.

Sedarilah bahawa pendosa seperti kau,
berlaku sombong pada Tuhanmu sendiri,
bilamana kau persoalkan takdirNya.

Terbukti, kau tidak setegar hambaNya yang lain.

Monday, December 13, 2010

menyatakan cinta

andai sungguh kau bernafsu,
pada cinta yang mengulit hatimu,

maka tebarkan pandangan mu melata,
lantas akan kau sedar,
cinta Tuhan,
sedang berkembang mekar,

maka ini pesanku,
andai sungguh kau bernafsu,
pada cinta yang mengulit hatimu,
nyatakan dulu ia pada Tuhanmu,
baru kau bicara tentang kekasih duniamu.

cinta melulu

dia jual jiwanya,
pada neraka cinta,
yang apinya adalah nafsu,
yang dihembusbakar,
oleh syaitan yang rentung.

hati ini.

hati ini ada satu.
dah ku serahkan,
maka tiada lagi,
yang ada hanya jasad berdiri,
tetapi belum mati,
tegak memandang langit tinggi
menunggu cinta yang pergi.

Sunday, December 12, 2010

SENYUMAN BERACUN

usah mudah terlupa
usah mudah terpana
usah mudah jatuh cinta
usah mudah terpedaya
oleh manisnya senyuman
mendung awan tebal itu
mulanya dalam terang cahaya
usah tertipu dengan manis senyuman
apa di dalam tiada yang tahu
kadangkala dalam manisan
ada racun bisa...

aku cinta dia tapi dia??

aku kasih dia
tapi dia tiada balas
aku sayang dia
tapi dia tiada balas
aku rindu dia
tapi dia tiada balas

Thursday, December 9, 2010

16 angin langit

Kiam perdu rahim
menggadai mimpi
angkara kesumat
terbit fajar daerah
gurindam neraka- neraka kecil
syair merdu,halwa
peratap kematian
menyelinap silam
tersirap darah-darah nyilu
kian menjadi sungai tak bermuara

dingin kencang pendekar
mengatur langkah warisan
sesudah mentara seni
bertutur gagah tanpa pertiwi gundah
menerobos segenap semangat jendela
penutup jalinan kesaktian perwira tua
mencari sisa nafiri amarah

dendam lalu
sebuah cacatan tebal penghulu
menulis tekun dalam neon purnama gering
jelas tiada iringan gemerlap bintang
menyihir kewarasan
kedangkalan insan bergelar kamil
menuntut murahan kemanusian
dalam kronologi bayangan tenat

-puisiwatan-

Wednesday, December 8, 2010

TEMAN TITIK.


janggal tika bersama
pelik tika bersuara
jujur, ianya semakin ketara
kita tak mungkin bersama
kerna kita sahabat cuma
tak mungkin dapat dipesongkan segala rasa
untuk menjadi lebih diantara kita.
mungkin kau terlupa
kita teman dikala hingusan dulukala
jadi hentikan segala rasa
kerna ia bisa menjarakkan kita
yang akrab pada mulanya
kini semakin jauh menala
kerna rasa yang tidak selesa
terima kasih untuk segala rasa
maaf, antara kita tak mungkin ada lebihnya
kerana kita lebih sesuai berkawan cuma.

.

Sepatutnya kita sudah patut terjaga dari lena yang mesra.
Kita sudah patut bersedia menjinjing senjata.
Sudah patut siap menggarap perkasa.
Patut selesai menghimpun anggota.
Dan tamat mengatur revolusi ini.

Bersihkan hati mu.
Pada benci tentang bintang merah yang dicemburu.

Seorang pemimpin dusta,
dan bayi anarki,
seharusnya tak patut terjadi.

Sekarang ini,
waktu kau turun,
dari mahligai jutaan ringgit,
yang bertatahkan emas dan intan,
dari titik peluh rakyat yang tak terkudrat.

Ini mesranya pemimpin kita,
setelah lamanya bebas merdeka.

permata kaca

bila hati dah tak suka

kau bagi lah permata
aku tetap nampak kaca.

Tuesday, December 7, 2010

KAWAN SERIBU WAJAH

cuba lihat wajah itu
senantiasa berlegar di samping
kadang terlindung di balik topeng
topeng ciptaan jiwa
terkadang berwajah jahat
jelas sekali di mata kasar
namun di balik topeng itu
tersimpan seribu kebaikan
terkadang berwajah baik
manis sekali lembut hati
namun di balik topeng itu
tersimpan seribu kejahatan
terkadang jadi buntu
terkadang jadi keliru
kawan seribu wajah...

Sunday, December 5, 2010

.

.

aku mahu peneman.
agar sunyi itu hilang.
tetapi,
yang tersedia setia disisi,
tanpa mahu curang,
tanpa mahu selingkuh,
adalah,
dugaan yang tak pernah mahu pergi.
serta,
tanggungjawab yang semakin memberat.

*tak mahu mengeluh apa-apa,itu Tuhan punya rencana*

live life to its fullest. =)

AKU LUPA

aku lupa

aku tak perlu dibelai
hanya perlu membelai
aku tak perlu dijaga
hanya perlu menjaga
aku tak perlu disuap
hanya perlu menyuap
aku tak perlu dikasih
hanya perlu mengasihi

maaf....

Buang Sang Asthmara..

Bertanya ku pada hati..
Mengapa tercipta persinggahan ini...
Mengapa hadir kau menanti...
Sedang aku di layaran sepi...
Kini air mata bukan lagi teman disisi...
Usikkan mu menyeri sanubari...
Senyuman kini menghiasi pipi....
Taman langit bukan lagi fantasi...

Bertanya ku pada dia..
Mengapa keindahan begini tercipta...
Sedang kau dan aku dua alam berbeza...
Kaca di lautan, tersilau dek mentari senja..
Mengaburi pancaindera...
Tercipta butiran pepasir kenangan kita...
Nan mustahil terpatri di alam nyata..
Mungkinkah cinta ini senipis maya...

Bertanya aku pada cinta..
Dimanakah nilai setia...
Di manakah tanda kekal selamanya...
Mengapakah bertemu untuk sementara....
Kerna esok atau lusa...
Cinta ini akan pergi jua...

sabar ya, teman.

sabar itu teman,
bak nyawa kita,
maka genggam dan jagalah ia,

sebarkan juga ia pada hati, pada jiwa, dan pada rasa,

kerna sabar itu teman,
adalah senjata paling ampuh,
hingga bisa membuat rintangan yang sukar,
menjadi rapuh, lalu luluh.

Saturday, December 4, 2010

Hari Serabut


di hari yang apabila

terkunci mulut
terkecut perut
semua serabut.

tanganku,
kakiku,


belajarlah menipu.







*Pada hari ini Kami tutup mulut mereka; dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksianlah kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan.(Yaasiin:65).


Iman

bukan diukur pada harta yang banyak,
bukan juga diukur pada badan yang sasa,
malah bukan juga diukur pada rupa paras,
tetapi di dalam hati yang ingat Ilahi.


Friday, December 3, 2010

awam

yang aku sering lakukan

Adalah melihat orang melintas jalan, lalu aku bertanya sendirian, bagaimana kisah cinta dia?

melihat orang turun dari bas, lalu bertanya lagi, pernahkah dia jatuh cinta?

Melihat orang naiki jejantas, bertanya hati ini, siapa yang dikasihinya?

Melihat disekeliling dunia. Penuh hati yang bercinta, juga yang menderita.


Dunia.

Thursday, December 2, 2010

Hanya Mampu Berdoa

Dan apa lagi yang boleh aku lakukan
Selain daripada memanjat doa kepadaNya
Semoga jika dia itu yang aku perlu
Maka Kau permudahkanlah jalan untuk kami bersatu.

Kerana aku ini wanita
Yang tak sanggup melukakan insan sejenisnya
Bila mana aku sendiri pernah merasa
Pedihnya hati tika yang dicinta, mencinta yang lainnya

Hati aku ini hanya berdoa
Semoga semuanya kan berakhir baik-baik belaka
Biar semua kan temui bahagia
Yang sebenarnya telah ditentukan olehNya.....

.

.

tak tertahan,
kerana kamu,
kerana dia,
kerana mereka.
jadi,
I'm planning a massive destruction against my heart.
kamu tak sakit,
dia tak terluka,
mereka pun gembira.

habis cerita.

Wednesday, December 1, 2010

no wonder lahh

Gelapnya hati kamu
Tak nampak apa
Mengapa enggan kau terangi?
Ingin sekali aku lihat nama aku
Penuhi ruangan ini

Biar aku nyalakan api. Agar nampak aku segalanya.

.....................................

Oh..
Bukan nama aku seorang
Ada disini.
Patutlah..
kau gelapkan dari pandangan aku.






Sial