Thursday, December 22, 2011

Di makam bonda...

Wangi setanggi pada helai rambut itu tiba-tiba menjadi racun
menyentap nyalarasa yang membakar ghairah dalam santun
terhenti pada pernafasan yang singkat kerana kucupan yang sedetik itu
selayaknya membasuh rindu sepenjuru alam.

Demi kalimahMu aku lafaz
dengan nama Allah Yang Maha Pemurah
kembalikan hangat itu ke dalam dada
kerana aku rindu dia
yang bernama bonda!

4 comments:

  1. Kak...

    Sayu hati sy baca puisi atas tu. Tapi tak mgkn sesayu akak. Klu sy, pasti air mata berderai-derai...

    Sy tgk, rmi gak penderma ilham kat blog nie.

    =D

    ReplyDelete
  2. Fara, thanks jumpa kat sini..akak pun suka masuk sini dan a big tq to the admin, Stam.

    ReplyDelete
  3. aku juga rindu sama mak aku....

    hargai selagi dia ada.

    ReplyDelete
  4. PB, ada atau tiada, sewajarnya dia selamanya dalam hati kita.

    ReplyDelete