Setiap pagi
kulintas perkuburan sayu
dia ada di situ.
Menjelang tengahari
kulalui hentian rindu
dia ada di situ.
Memasuki malam
aku meniduri lelah
dia ada di sebelah.
Menjelang dinihari
aku bangkit munajat
dia ada dekat.
Setiap ketika
apabila aku luka
dia mengubat nestapa.
Terima kasih, Tuhan!
maka itu kau harus bersyukur. jangan sampai kau lupa Dia :)
ReplyDeletepasti! mana mungkin aku lupakan dia kerana Dia tidak pernah melupakan aku...
ReplyDelete