Monday, January 31, 2011

langit pilu

Sedih pilunya langit
Tak berhenti menangis dari tempoh hari
Matahari tak larat lagi mahu memujuk
Tetap mengalir air mata renyai

Sedih ia barangkali
Melihat kita
Seperti tiada tahu
dunia makin tidak berseri
bumi hampir mati

Kita masih berbuntang mataa demi duniawi.
Lupa pada yang hakiki

i dreamt about orange kiss last night

when you are in love you want to tell the world how happy you are.
but when i am in love, i just want to tell YOU and only YOU how happy i am
because my dear, you are by far, my world...

Dari satu sudut ke sudut yang lain

Aku mahu kau rehat-rehat,
Aku mahu kau sihat-sihat.
Aku mahu kau lihat-lihat,
Aku mahu kau ingat-ingat,
Yang aku ini ambil berat.
Yang aku ini ada rapat.


ROY

Keberadaan (ii)

Satu-persatu aku buka kotak-kotak itu.
Isinya hampir kosong.

Hanya sisa-sisa;
Naluri yang ingin diangkat darjatnya,
mahu jadi lebih baik dari semalam.
Dan kelaparan yang mahu disuapkan,
tak terkenyang cuma dengan bunyian.

Dihujung setiap pencarian,
ada penemuan yang tak terjangkakan.

Kotak ini;
adalah manifestasi kehidupanku.

akulah perempuan keji itu

kau benci aku kan?
terserah kau sayang.

kerna apapun yang aku katakan sekarang,
kau tetap akan terus menganggap aku,
perempuan keji yang itu...

dan aku,
akan terus sanggup menjadi perempuan keji itu,
untuk dia...

retak dalam wajah

Thursday, January 27, 2011

Helaian Rindu

Pada setiap satu gugurnya daun
Itu adalah rinduku

Setiap angin yang menghembus

Itu adalah nafasku

Walau ia bukan cinta
Tidurmu tetap tak lena
Sejuk embun itu sentuhanku
Rasailah
Biar segar pagi hari-harimu
Secantik ungu morning glory
Itu senyumanku
Sambutlah
Sebagai peneman mimpi tidurmu.

acrophobia


genggam angin kalis tiris
satu persatu jadi nafas
mentari di poket sisi
saling melengkap buat teman

teratai dalam balang kaca
letaknya tinggi di puncak awan
garis waktu terlanjur rapuh
teratai tetap mahu pulang

kalah beradu takdir yang siap tertulis.

...niat...

niat pada awal jitu
tidak mahu itu lagi
tidak mahu ini lagi
jangan goyah pesan diri

sesaat dua
niat hanya tinggal niat
niat dan tekad
tidak lagi bersatu

mulalah niat diabaikan
hati sudah rasai sakit
sudah ku bilang
pegang pada niat itu

keegoan diri
makan diri sendiri
rasakan sakit itu
kamu memang layak


Wednesday, January 26, 2011

PERUNGUT SETIA..


kita perunggut setia
lihat segala serba tak kena
kita keluh bila penat
kita keluh bila berat
segalanya rompong dimata
itu lah kita semua
termasuk yang menulis ini juga

kurang bersyukur pada yang esa.

Skeptis hari ini

kisah kini punya irama
kisarnya waktu dan kata
tergolak dramatisnya menjadi nyata
dari debu debu yang sama
kronologi revolusi bangkitkan rasa
hatinya gentar luluhkan jiwa
walau rintangan setia melintas..
satukan harapan junjungkan janji
sungguh perit hati ini
berjuta seken kau sepi
khabarkan duka pada aku ini
berpuluh musim aku menanti..

Tuesday, January 25, 2011

kamu cinta aku...

Di bumi pinjaman ini
Aku sedar kekurangan
Diri ini di sisi Allah
Perbaiki tetap terlaksana...

Bila bercakap tentang kamu
Aku malu
Malu dengan keberadaan kamu
Yang sempurna di mata aku...

Sempurna itu terlalu luas
Tetapi sempurna pada kamu
Hanya Allah yang tahu
Hanya Allah yang mampu menilai...

Di mata aku
Sempurna pada kamu itu
Lengkapkan langkahku yang terhenti
...senyum

Orang kata
Kehadiran cinta
Sempurnakan yang tidak sempurna
Benarkah ?

Jika itu hakikatnya
Jika itu kebenarannya
Ingin sekali
Jadikan kamu cinta itu...

Setiap detik
Setiap perselisihan siang dan malam
Kehadiran kamu
menggoyah jiwa...

Jika itu hakikatnya
Jika itu kebenarannya
Lagi sekali, keinginanku
Jadikan kamu cinta aku...

Untuk sempurnakan diri ini
Untuk bantu jadikan diri ini
Untuk lengkapkan kehidupan ini
Bersama kamu kerana Allah...

DIA PERNAH PUNYAI AKU

TERINGAT DULU SAAT INDAH
TIKA DIA DAN AKU
BERSAMA
BERGANDING
SEIRING
SEJALAN
AKU DIJAGA
DIBELAI
TERINGAT SEGALA MEMORI 
AKU DAN DIA
KENANGAN INDAH
SENYUMAN KETAWA
SANGAT MANIS BERSAMA DIA
TAPI
ITU DULU
TIKA AKU DIA YANG PUNYA

Monday, January 24, 2011

Neraka: J.urang P.aling C.uram A.mat S.uram

Hell is other people*, I read
You are my hell, as I am yours
We are their hell, as them ours.

But,
When heart-on-heart, and
When hand-in-hand
The brotherhood-bonded and banded
Men in unity,
The other people, cease to exist.

Thus,
Hell is vanquished
And vanishes
To the other world.



*No Exit (1944), Jean-Paul Sartre

Sunday, January 23, 2011

Setiap Kita Menemui Perpisahan

Akan tiba suatu hari
Dibacakan kalian

Tentang persahabatan tentang cinta

Ucapan rindu yang tak terluah
Dalam senyuman
Dan pada ketika itu
Air mata digugur jangan
Kalam suci mohon diperdengarkan
Ulangkan cerita-cerita semalam
Pertontonkan semula kenangan

Aku kan berada dekat
Setiap kali kisah kita kau teringat.

Keberadaan (i)

Melankolia ini, 
berbunyi asing,
tanpa simfoni, 
suara sepi.

Lalu aku; 
yang mahu bising,
diam, 
dataran mati,
mengemis dan meminta;
perkabulan sebuah doa.

Bulan ini, 
menghiba sayu,
tanpa bintang, 
memagar keliling.

Lalu aku; 
yang ingin menari,
kaku,
dikekang gelap,
menangis dan meratap;
kehilangan sebuah cahaya.

PINGGIR

AKU TIDAK SEMPURNA ?
ATAU AKU KURANG SIFAT?
MUNGKIN JUA AKU TIDAK SESUAI
HINGGA AKU DIPINGGIR

Saturday, January 22, 2011

internet

alam maya
Siap saja boleh jadi ratu bergaya
Raja segala negara
Pendeta hebat menipu dunia

Cuma dalam alam nyata
Kau hanyalah seseorang yang duduk diatas kerusi usang,
Menatap alam maya yang kau sanjungkan pagi dan petang,

Yang kau tak mampu tentukan
Yang kau tak mampu bentukkan
Seperti dalam alam maya
Dimana dunianya terletak dihujung jari kau seorang

Friday, January 21, 2011

kamu adalah aku

Harum basah peluhmu adalah merah darahku,
Hangat desah nafasmu adalah denyut nadiku,
Kasar telapak tanganmu adalah selimut tidurku,
Redup renung matamu adalah nian malamku,
Sesungguhnya, seluruh hidupmu adalah tujuanku,
Jika mati kamu, maka mati jua lah aku.






*khas untuk yang tercinta.ku abadikan puisi ini untuk kamu.



Backdrift di Hundred Years Lane

Dan di dalam hujan itu ada airmatamu

The Velvet Underground and Nico - I'll Be Your Mirror

isi tempat kosong

(dengan perkataan 'hati')

Lepas jatuh ___ mesti sakit ___.



inspirasi : jerin hati manis

Wednesday, January 19, 2011

Insomia

Malam pekat tidak larut,
tidak sunyi dengan riuh hujan menghentam bumi dan bumbung.
Sekeras-keras air, jatuh beribu lerai beribu.
Sekeras-keras hati, lebur juga dalam dingin.

Dalam bising ada lagu, sayup dalam pekik guruh.
Kau lena menanti subuh. Bermula baru bermula esok.
hari aku tidak pernah berhenti separuh,
untuk sedar,
untuk segar.

Tuesday, January 18, 2011

Penunggu

Penunggu,
kata mereka;
jin,
setan,
hantu,
mambang,
jembalang,
puaka.

Penunggu;
bentuk sebenarnya,
adalah titik mati;
kotor,
berdebu,
gelap,
sempit,
bernisan.

Penunggu,
atau nama lainnya;
Maut,
Kematian,
Ajal,
Reaper,
Izrail.

Kita hakikatnya;
berjalan perlahan menuju ke arahnya.

Rotan Usang

Rotan usang yang berbulu hujungnya
menjadi penjasa paling utama.

Anak-anak berwajah jernih
dicitrakan pucat
gelisah mendatang lalu melaju membejat
dan bersih-bersih perasaan menjadi cuak tidak terkatakan.

Si tua berkopiah putih
penunjuk kalam bitara
dalam bengis wajah dan sergah marah
seorang penghingus yang hampir menangis
belum mampu mengerti
nanti dewasanya
menjadi mulia
dengan bait-bait puisi Penciptanya.

Rotan usang yang berbulu hujungnya
menghayun
desirnya membelah ruang-ruang jahil
sebatnya membirat bongkak.

Kain putih ketika lahir
di akhir nanti
moga masih suci.

Sunday, January 16, 2011

amics per sempre (sahabat selamanya)

dari dulu lagi kita kenal
sentiasa bermain bersama
saling membantu kala ujian tiba
dan sama-sama meredah badai yang mahu merempuh kita.

kini, kita sudah dewasa
mampu berfikir dan bertindak sendiri
namun tidak bermakna
kita tidak bertegur lagi..

semoga kenangan aku, kau dan mereka
akan terpahat sentiasa
di hati kita.
dan ikatan ukhuwah jalinan kita
utuh sehingga tua.

menjelang pagi.

malam ini
sebelum aku lelapkan mata
aku harap
bila aku bangun pagi esok
perkara pertama
yang ingin kulihat
adalah kamu.

Saturday, January 15, 2011

KEPARAT..

ah kau
mahu nampak wira dimata semua
sedangkan kaulah dalang puncanya
mahu dingat,diratap
persis ultraman melawan raksaksa
sedangkan keduanya sama sahaja
konon pertahan maruah agama-bangsa
sedangkan kami,
sikit tak pernah rasa beza warna-bahasa
hinggalah kau datang percik api menyala


apa kalian sudah lupa sejarah dulukala?


hey kalian,
usah karang cerita
usah berkelahi segala
usah saling siram api menyala
banyak lagi derita rakyat yang masih perlu kalian bela.

Friday, January 14, 2011

jika aku masih begini,adakah engkau masih begitu?

jika pekat malam tanpa kerdip bintang itu adalah aku,
masih sudikah kau menjadi kelip kelip yang tulus cahayanya?

jika gersang tanah di telapak kaki mu itu adalah aku, 
masih inginkan kau menumbuhkan tunas tunas kasih di halamannya?

jika hitam keruh air di muara itu adalah aku, 
masih mahukah kau melayarkan perahu cinta di dadanya?

jika matiku di hujung dunia terbenamnya lahad itu,
masih tegakah kau mengharumi nisan dengan air yang basah mawarnya?

jika aku masih aku dan masih begini,
tetapkah engkau masih engkau dan kekal begitu?






*ilham terbit dari puisi lama.
anda boleh bacanya di sini ;)


**dan jika anda berminat mendengar lara membacanya sendiri boleh klik di sini.

Tuhan, Aku Rindu.

Ketika bisik-bisik angin,
datang menyapa dalam semilir,
sunyi ini hilang mendadak,
Kau,
tersenyum.


Pada malam-malam gelap,
bintang utara biru,
hadir meneman daku,
Kau,
tersenyum.


Kemudian;
Kau,
tersenyum;
menghangatkan jiwaku,
yang basah,
dalam rindu.

Wednesday, January 12, 2011

dia mahu kamu.

hey di sana,
kau tak sedar seseorang sedang menantimu
di dalam gelita malam.
kau leka dengan teman-temanmu
sedang dia di sini menunggu dengan kesetiaan
yang tak bisa digugat.
dia rela berjaga malam
agar dia dapat memelukmu bila saja kau kembali.
pulanglah. hargailah kesanggupannya itu.
kerana di saat ini
hanya kau yang dia fikirkan.

PETI SEJUK








jadilah PETI SEJUK,sejukkan benda yg panas.
jangan jadi MICROWAVE, panaskan benda yang sejuk, hanguskan benda yang dah panas.

Sunday, January 9, 2011

Tusukan lembing Syaitan

Zapp...
aku terkena lembing syaitan yang,
dilontar dari jauh.

dan.

tiba-tiba aku menjadi SYAITAN.
menggantikan yang lama,
melontar lembing kepada
mangsa baru.
mangsa naif.

Zapp...


ROY

Saturday, January 8, 2011

OH!AKU TERKENA..

tiba-tiba rasa itu menjalar
suam,memanas dijiwa
sungguh,
selama ini aku sudah lupa
bagaimana debarnya bila bertentang mata
oh tidak! aku sudah terkena...

if you don't mind,I would like to grow fugly and wrinkly (and perhaps even cranky) with you. 

Perempuan, Isteri & Ibu

Anak kecil yang kehausan,
minta disuap susu ibunya.

Suami yang kerinduan,
minta dibelai rambutnya.

Dan seorang perempuan;
menggendong anak kecil,
tersenyum menghibur suaminya.

Friday, January 7, 2011

Telah Tiba Seru

Transisi masa terus giat
dan aku cuma terpuruk, 
terbungkus, 
terkongkong. 

Jenuh sebenarnya mahu menilik apa di hadapan, 
kerna ada beribu jalan 
dan darinya; 
tercipta pula jutaan denai untuk dilangkahi. 

Sang manusia yang hidupnya 
terusan bergomol dengan nikmat fana 
bikin aku terus jijik memandang peranan sebagai kuasawan
yang seolahnya cuma bijak
memimpin hasad dan nafsu untuk terpuaskan. 

Aduhai makhluk yang namanya manusia, 
yang di atas selalu beri peluang untuk meminta, 
tapi kalian masih terhambat tali kapitalisme 
yang sebenarnya bikin lilitan kukuh 
atas ketegaran kalian mencanang materiali. 

Bahkan cinta -- perasaan paling magis -- 
berani didagang, 
dikomersil, 
dihambakan?

Nabi Seluruh Sinai


Bagaimana harumnya udara yang saat itu wajib kau cerna
Sampai siap kau menghilang ragu dan membunuh tanya

"Oh pergilah kau bersama saudara
terangkan kepada Sang Raja
mengaku Tuhan membina dunia"

"Kau marhaen yang berdosa
Mengapa kau nabi pula?"

Gemuruh seluruh Sinai
dan membebar seluruh damai
mengaku hamba kepada insan
mengaku hina sedarjat haiwan

Oh,jiwamu keresahan
dengan sihir kesyaitanan

"Lemparkan!Lemparkan!Lemparkan!"

Oh,jiwamu keresahan dengan sihir kesyaitanan
Oh,dadamu kesesakan dengan cela sejutaan

"Lemparkan!Lemparkan!Lemparkan!"



Seluruh Sinai kini bisu

"Ini bukan sihir!Itu bukan sihir!"

Seluruh Sinai kini tahu

"Itu bukan sihir!Ini bukan sihir!"





Dan tersujudlah menyembam wajah
dan terkuburlah mantera helah
dan tercucurlah tangis resah
dan teryakinlah dengan Ilah.


(AlQuran-20:64-70)

Thursday, January 6, 2011

asalkan kau bahagia

pinjamlah jiwaku
pinjamlah suaraku

untuk kau memperlekehkan aku

...asalkan kau bahagia

Wednesday, January 5, 2011

pagi tahun baru yang cantik

benar terang pagi ini,
pagi tahun baru yang cantik,
bulan masih di hujung laman,
matahari yang ku cinta,
kekal setia di langit baru,
masih jua memantulkan titik-titik embun kelmarin,
di atas hijau daun,mekar bunga dan berkas2 dahan,


dan dengarkan pada angin yang berbisik itu,
menyebarkan harum harum semangat lalu,
dalam dingin awal januari,
dalam lelah musim berganti,
dalam sabar putaran waktu,
dalam kenangan masa-masa yang dulu,


Ah!pantas amat ia pergi,
bersama sama alam yang merevolusi, 
namun aku?
mengapa masih disini?
mengapa masih begitu?




*selamat tahun baru.puisi ini untuk semua.
olahan dari puisi lama ;)

Monday, January 3, 2011

Sedia!

Dunia,
aku sudah sedia.

Bentangkan cabaranmu,
aku siap untuk menangis dan ketawa.

Darah yang kau rasakan muda
sebenarnya perlahan-lahan menjadi dewasa.

Bukan beluncas menjadi rerama
tapi aku masih mampu terbang juga.

Percayalah dunia,
aku berkobar dan semangatku membakar.

Aku kini memecut
bukan lagi menghinjut.

Dunia,
aku,sesungguhnya
sudah sedia.

Sunday, January 2, 2011

itulah aku

hati pilu
hati ragu
hati sayu
hati ngilu
hati sebu
......itulah aku
dah biarlah begitu
...sampai aku bangun lagi esok pagi (mungkinkah??)

Syaitan.

Setan,
ini lagi aku.

Perapkan sahaja,
aku ingin terus terjaga,
tapi setan,
aku tak terdaya.

Jangan ganggu,
tolong jangan ganggu,
sebentar lagi,
aku masih di sini.

Setan,
ini lagi aku.

Terima kasih,
kau rosakkan lagi kami.

Setan,
terima kasih.