Monday, January 16, 2012

Menganyam mimpi...

Antara sela dinihari dan sepertiga malam
kantuk lenyap apakala mimpi menyusul
meskipun tidak pernah dipinta mimpi itu
ia muncul menganyam rasa
nyata, tetapi mimpi
mimpi, tetapi nyata
rasa basah oleh pilu
rasa luka oleh rindu
ahh bantal tidurku yang ini
banyak menyimpan misteri
aku ingin lagi mimpi begini
kerana ia melepaskan beban hati
yang sarat membalut diri
aku mahu bermimpi
lagi dan lagi
kerana di dalam mimpi
aku bertemu Dia...

1 comments:

  1. mimpi..bagi saya adalah sesuatu yg sukar utk dimengertikan...:)

    ReplyDelete