Pada hayat yang sedetik cuma ini
mungkin tidak cukup pun
untuk aku menunggu
masuknya waktu Asar
apatah lagi merebut tenangnya Maghrib
begitu pun aku sudah menikmati
Subuh yang sangat aku syukuri
dalam sela kira-kira waktu
ada dugaan bertelingkah
ada seru yang menongkah
ada juga insaf sedekah
dan kini aku sudah hampir amat
menunggu Zuhur yang sesaat tepat
berteleku di sejadah hidup
sesekali membias warna sinar
tak pun berselisih cahaya sebenar
aku menunggu azan Zuhur
dan baldu sejadah tetap luhur
kerana ia hanyalah sehelai sejadah
aku yang perlu akur
bahawa hidup ini adalah jalur
pada satu perjalanan jujur
menujuNya!
alhamdulillah.suka saya membacanya.
ReplyDeletemekaseh i.L.i...:)
ReplyDeleteboleh tak kalau KDL siarkan atau link kan puisi yang indah-2 ini ke dalam blog KDL?
ReplyDeleteKDL ok je...
ReplyDelete