Wednesday, August 21, 2013
Pecah
Hati engkau sudah pun berada dalam genggaman ku
Sedangkan hati ku
Masih sombong dan dingin di atas takhta
Aku beri hati kaca mu hiburan
Permainan
Ilusi gembira
Sedang hatimu meronta mahu bersama di singgahsana
Hati kacamu tercalar saat bermain
Namun masih gagah mendaki takhta
Tatkala aku leka
Hati mu tersungkur dalam pendakian
Menjadi cebisan yang melukakan
Andai engkau tahu,
menjaga apa yang tidak dipinta itu payah sekali
Sehingga memulangkannya
Buat aku seperti meminta mati
Sunday, August 18, 2013
Sial III.
Tuesday, August 13, 2013
Perkakas
maharinya matari
gunung,
dijaga dewata hijau-an
malam,
coraknya buruj--
hati,
perkakasnya cinta
cinta--
dipersoal mengapa hadirnya selalu bukan pada yang menerima
lalu jawabnya;
tidak semua cocok pada perkakas yang hadir--
bentuknya, rupanya, malah materialnya sahaja teragu
pada yang dua buta
nilai ke mata terus ke jiwa
kerna cinta senantiasa buta
satu hari, ya satu hari pasti
bakal tercantum perkakas sama emas(hati)
sambil nunggu hujan meteor
--langit
Monday, August 12, 2013
Beberapa baris sajak tentang haiwan, cinta dan kehidupan.
Siput itu tahu tahu takdirnya merangkak di seperpanjang batuan jalan. Ia tidak putus asa atau merasa lelah sia sia. Demi Kekasihnya telah menunggu di lain zaman dengan segala ketabahan.
Lebahpun melabuhkan punggungnya; mengalah, mengeluh. Mawar telah enggan mekar dan musim tetaplah berlalu tak memperdulikan waktu.
Melompatlah Belalang! Melewati padang, merentas rumput dan hijau ilalang. Sekuntum Peoni telah menunggumu, di bibir jendela di dalam ungu.
Hujan akan langsai dan yang mekar adalah Teratai. Kolam sentiasa menakung rindu. Wahai Katak, terjunlah kedalam mimpi mimpimu. Sebelum musim menjadi zalim dan Teratai berubah layu.
Kalkatu itupun tunduk menyerah di kaki Lilin; yang sama menangis kerna tak upayanya mereka. Harus bagaimana memeluk kekasih adalah dengan tidak membakarnya?
11/12/12
Sunday, August 4, 2013
Akal fizik
bukan tanda tidak tahu,
tapi berbunyi dalam hati;
Aku mahu kamu.
Thursday, August 1, 2013
They don't shine like us
yang memusatkan perasaan,
yang menghala ke pemikiran,
Bila kita bersentuhan, manja.