Tuesday, February 9, 2010

hatikecilku

hatikecilku..
hilang menyepi sendiri..
bekasnya curiga..
terbayang kemusykilan di mindanya..
melayang-layang di angkasa raya..

satu cakerawala binggung dengan kehendaknya..
datang belenggu menghempap bekasnya..
jasadnya hilang kawalan..
rohnya gagal memerintah..
keputusannya berpisah..
gagal bersama...

punah segala direka..
mengharap hatikecilku kembali.
kembali mesrakan jasad serta rohnya..
agar kasih bersemi lagi..

Ini bukan seks.

Lu senyum. Lu sapa. Lu datang. Lu sentuh. Lu cium. Lu pergi.

Gua, terkulai. Lemah.

Monday, February 8, 2010

17sx

Kala malam kunji memanjang

lalu masuk dalam lobang.

-.-

hish budak zaman sekarang

Sunday, February 7, 2010

M.A.L.A.M.

Malam ini
Kantuk lambat menjenguk
Berjam lamanya sudah ber-Facebook
Saya sudah jemu dengan rasa yang menjeruk
Kali ini bukan sebab kamu.

Lagu berlagu jiwa diketuk
Oh bintang pulang-lah padaku
Kerna ku tak bisa kesepian
Itu dendangnya rakan baik saya
Band Manis namanya
Tapi puisi ini bukan kerana lagu ini
Hanya kerana tajuknya malam.

Malam... terdengar sepantun lagu
Irama di malam syahdu
Gaya nada rindu
Oh malam... hati bisa rasa sunyi
Jiwa gelisah dan sepi
Hilang rindu hati...
Senyum-senyum bunga kuntum
Mekar sekadar mengharum
Yang ini dari Shades
Saya cuma nyanyikan.

Okey, saya bosan
Mengantuk sudah datang.

Saya janji tak mahu mimpi

.... kamu lagi.

Saturday, February 6, 2010

Puisi Kerek

Langsung saja 

beritahu,
sudahkah ketemu laki-laki interesting

yang lain 

selepas aku?

Friday, February 5, 2010

pena ajaib dengan dakwat hujan melukis hati warna pelangi

dear love,
semalam waktu aku rindukan kamu,
aku keluar berbicara dengan hujan.
dia bilang kamu juga rindukan aku.
aku tak percaya.
sebab aku tahu kau sedang bahagia disana.

hujan kata,
"cuba kau masuk kedalam hatiku, nanti kau dengar lagu cinta dari si dia"
aku pergi.
disana aku lihat pena ajaib menari-nari menulis not-not cinta dari kamu.
hati hujan yang sejuk dari luar.
rupanya berwarna pelangi didalamnya.

tapi love,
aku tak akan tertipu lagi.
not-not cinta itu bukan dari kamu.
aku tahu.
sebab di sebalik warna pelangi itu,
aku lihat air mata si hujan.
menjadi dakwat menulis not-not cinta yang kononnya dari kamu.

Thursday, February 4, 2010

Breathing.

Di dua negeri yang terpisahkan
kita cuba menyapa sahut
pada kenangan yang dikristalkan.

Bertuahnya kita sayang
masih disempatkan menikmati
pemberian untuk berada disisi.


nora bahari
2/2/10
melaka