Tuesday, July 6, 2010

Mak Kau Cakap

Mak kau cakap
Hidup ni satu penipuan
Perempuan tu mainan
Cinta tu khayalan
Impian tu angan-angan

Mak aku cakap
Sabar tu separuh dari iman
Sayang tu kurniaan Tuhan
Dunia ni hanya persinggahan
Mati tu satu kepastian

Mak kau cakap lagi...

Lantak-lah mak kau
Bukan mak aku cakap.

Monday, July 5, 2010

1929


Seorang lelaki menghisap rokok di dalam hujan melarat ditinggalkan kekasih kerna poket kiri dan kanannya sudah tidak terisi wang untuk membelikannya sebuah kisah masa depan yang bercahaya seperti matahari yang terang di waktu malam

Those that fail to learn from history, are doomed to repeat it - Winston Churchill

Sunday, July 4, 2010

mana penawarnya?

kau akan terus begitu sayang
biasa hidup dan mencurang
jika tidak itu bukan kamu

aku akan tetap begini sayang
biasa hidup dengan kamu sayang
jika tidak itu bukan aku

-sadis

Saturday, July 3, 2010

hai lalu bye.

mudahnya kau katakan BYE
Setelah susah payah kau katakan HAI

Jika tahu aku akan kau katakan BYE
Tidak sekali aku beri peluang untuk kau kata HAI.

Mengapa perlu ada HAI
Jika kata akhirmu berbunyi BYE?

Friday, July 2, 2010

memori ikan emas

setiap luka yang kau tinggalkan.
adalah luka yang halimunan.
kerana yang rasa cuma aku sendirian.

dan setiap kali aku terluka.
memori ikan emas akan ku pinta.
supaya dalam 3 saat cuma, aku mampu melupakan semuanya.

KALAU AKU BUKAN ORANG.

andai aku pohon oak.
jadilah kau bayu gunung.

andai aku luka di hati.
jadilah kau apa-apa yang menghurung..

Thursday, July 1, 2010

Tiga per tiga.

" Sayang,
mengapa perlu ada dia ? "

Kau diam.

" Andai aku adalah dia, pastinya kita hidup cuma berdua, bukan ? "

" Tidak. "

Hairan.

" Andai kau itu dia, aku cari kamu, yang kamu. "

" Kau tamak. "

" Sayang, tanpa kamu, aku cuma ada dua pertiga dari hidupku"


.