Saturday, November 6, 2010

Saya ada ibu.

Waktu saya masih kecil,
saya lihat ayah menangis,
menangis.

Di hujung kelopak ayah,
ada manik-manik kaca terdedah,
gundah.

Tersedu ayah di hujung tangisnya,
dia tercukup rasa sunyinya,
sedihnya.

Di kamar sebelah,
ada ibu,
tergantung sayu.

Di kamar sebelah,
ada ibu,
lehernya patah.

Friday, November 5, 2010

embun yang hilang

Sendirian aku mendakap malam
Dalam dingin mimpi bertemu bulan
Aku telah bertemu kamu

Walau apa pun kiasku
Hatimu teguh di bintang itu
Yang selamanya milik dia

Secerah kerdip senyum nya
Kamu berdua memang sepadan
Aku ini yang tak tahu malu

Lalu jadilah aku hanya embun
Yang menanti datang pagi
Untuk hilang dan abadi




...

Wednesday, November 3, 2010

daripada aku berkata lagi dan disalah erti, baik aku berdiam diri dan kau pun tak payah susah hati kerana aku takkan sekali-kali berkata buruk

...tentang kau
malah sesiapa pun juga
yang sudi membaca
apa yang aku rasa

Dan satu waktu
kau perlu tahu

to hurt you
is the last thing
I would do...

ombak

dan jadikanlah kamu ombak
kaki aku pasti mengarah ke pesisir
kemarilah; harap harap untuk kamu
rangkul aku mungkin jamah
sedikit mana mana mampu

aku ini pasir.aku ini amat jalang.
sentiasa dampar tunggu kamu datang

sedang batu batuan tak lagi
berahi memecah kamu ke tepi
kamu tetap datang untuk pergi


24Februari2010

Tuesday, November 2, 2010

PALSU..


matang tak mampu dibeli,tak perlu dicari kawan
ia hadir sendiri
tanpa kita sedari
seperti pelangi

tak perlu tunggu tua
tak perlu masuk baju dalam sependa
tak perlu berjuta kerut dimuka,
tak perlu berkaca mata tebal semata,
hanya untuk nampak matang dimata semua
itu semua bukan kayu ukurnya

matang tak boleh dicipta,kawan
kerna ia adalah cara 
bagaimana kita melihat dunia


Lelaki yang meraikan kehidupan.

Sang pencinta itu menempuh hidupnya yang berduri,
di atas dunia yang damai (konon) ini,
dia berlari.

Mengejar semalam,
yang sudah terbabas,
mengejar esok,
yang hampir terlepas,
mengejar masa hadapan,
yang kian terkandas.


Sang pencinta itu menempuh hidupnya yang berduri,
di atas dunia yang damai (konon) ini,
dia mati.

Monday, November 1, 2010

Cinta Hajar

Cinta seorang Hajar kini benar-benar mekar.

Seluruh banjaran Shofa
Sepenuh laluan Marwa

Biar kematu
Biar buntu
Jangan membatu

Dia yang meniup fitrah
Dia yang menguji susah
Dia yang menganugerah.

Zam-zam itu
Bukti

Risau sang ibu yang ajaib.