Sunday, December 4, 2011

aku suka


jika kau tanya adakah
aku akan jawab ya...

jika kau tanya kenapa
aku akan jawab kerana...

jika kau tanya bila
aku akan jawab sejak...

jika kau tanya masihkah
aku akan jawab sampai bila-bila...

Saturday, December 3, 2011

Tazkiatun Nafs


mimpiku bermimpi
rehat tubuh kaku
manusia-manusia hiba
nafasnya telah tiada

dalam mimpi aku bermimpi
tiada yang mengenali
aku melihat tubuh sendiri
nafasnya telah terhenti

hidup adalah mimpi
mati adalah sedarnya.

Tarian terakhir

Mak yong mati semalam pagi.

Kamal Attaturk membunuh agamanya sendiri.

ada seorang penyanyi bunuh diri.

digigit anjing tak bergigi.

diratah manusia tak berhati.

Mak yong mati semalam pagi.

Tapi tiada siapa yang sedari.

Maka aku pergi jauh dari sini.

Thursday, December 1, 2011

dusta sahaja

punah laras jalur cahaya
bersimpang bening kabus dhuha
kususur lajur madah berhias tawa nista
pada hal yang biasa-biasa
juga sebenarnya adalah dusta
kerana hakikatnya aku sedang berduka

romantisme

aku ada satu rahsia
mahu simpan dalam-dalam sampai mati
rahsia tentang rasa hati
rasa hati yang mahu memiliki hati
hati yang dimiliki hati romantis

romantis..

romantis..

romantis..

tafsiran romantis aku salah
dan ia amat mematikan langkah
hurmm..mungkin waktu untuk berundur

ya..perlu segera berundur
pergi mencari guru-guru romantis
dan akan kembali untuk memahami

baik..
aku berundur sekarang.

Wednesday, November 23, 2011

Hebatnya Rasa Kehilangan

Dia manusia sehabis jelas

Yang tak pernah minta dipandang dibalas

Selalu fikir tentang kamu kamu

Yang selalu abai keinginan jiwa

Yang selalu senyum bila dikata kata


Itu dia

Tentang tahun tahun yang kemarin

Yang kau kata kata

Yang kau anggap dia kebal dari semua rasa

Yang kau tak tau

Apa sebenarnya wujud dalam zarah zarah halus jiwa

Menyelusup pelan pelan

Hingga jadi satu adunan

Sebati

Lalu hilang dia

dan muncul pengganti




AKU.

Wednesday, November 9, 2011

Pergi mati migrasi hati

Pergilah ke celah mana pun
pasti dapat dilihat
migrasi hati yang kononnya sudah lunyai
tetap jugak akan merangkak mencari si pendajalnya.
Percayalah.
Masih sayang itu kononnya alasan yang paling kukuh dibina
sedangkan itulah perkara terbangang yang akan diingatinya.