Adik,
Masa muda itu masa paling berharga,
Bukan sekadar frasa,
Tapi rasa yang akan pergi,
Indah yang tak akan kembali,
Adik,
Hidup ini warnanya
PUTIH, KUNING, BIRU, KELABU DAN HITAM,
Dan jika kau cerdik,
Yang terlukis itu mampu diubah,
Boleh dipadam,
Adik,
Bukan abang mahu mengarang,
Tentang prinsip, etika dan pegangan,
Cuma terlintas mahu membetulkan bidik,
Mengkaji selidik,
Melobi nasib,
Adik,
Memang di luar sana banyak pengintip,
Menunggu saat mencorak tertib,
Atur tarimu dengan akal diberi,
Bukan dibonekakan insan tak berperi,
Tapi,
Kalau adik mahu juga mencabar mimpi,
Jangan takut disambar ngeri!
Wednesday, August 8, 2012
Tuesday, August 7, 2012
Tepu
Agak lama aku tidak mencakar dinding ilusi,
Membenih mimpi dan mencetak ayat terapi,
Pohon ini makin layu,
Daunnya makin kering,
Tanpa air dan mentari ia cuba berasimilasi,
Dalam dingin kubikel terasing.
Agak lama aku tidak mencakar dinding ilusi.
Membenih mimpi dan mencetak ayat terapi,
Pohon ini makin layu,
Daunnya makin kering,
Tanpa air dan mentari ia cuba berasimilasi,
Dalam dingin kubikel terasing.
Agak lama aku tidak mencakar dinding ilusi.
Friday, August 3, 2012
Air Raid di Lorong Seratus Tahun
Aku sedih melihat gagak berjalan kaki dari satu lorong ke satu lorong manakala diriku terbang mencari kek ku yang hilang seribu tahun lamanya..
Ash ~ Lost in You
Ash ~ Lost in You
Sunday, July 29, 2012
aku, dia dan dia
aku ada hati
dia ada hati
aku sudah beri
dia sudah beri
aku beri
pada dia
dia beri
pada dia
noktah
Wednesday, July 25, 2012
Percayalah!
Percayalah!
Berapa ramai yang leka di haluan kiri.
Sedang mereka pasti,
posisi yang sebenar bukanlah di kiri.
Percayalah!
Ramai lagi yang tidak mahu kekal di sana.
Cuma,
diri kurang kekuatan, kurang stamina,
bagi memanjat tembok sebesar dan seteguh di China
Percayalah!
Ramai juga yang sudah di kanan.
Tapi,
tetap kalah pada setiap ujian.
Itulah yang dipanggil dugaan.
Dan,
yang berat, yang susah adalah memastikan,
tiap langkah tidak terkeluar dari landasan.
Friday, July 20, 2012
Belahan jiwa.
Yang tadinya ayu
bertudung litup
Berbaju kurung
molek peribadi
Di Tok Bali.
Jadi manis kini
Rambut ditiup angin pantai
Berbaju nipis
rokok tak lekang di bibir
Di pantai Cherating.
Subscribe to:
Posts (Atom)