Saturday, September 21, 2013

KACAU



Hari ini aku mengeluh
Bersendirian dengan ego
Mencemuh segala yg lepas
Kerugian pada masa yg hilang

Sedang aku berenang meredah celahan kota
Tiap langkah ku pijak
Selangkah demi selangkah
Melihat Kotaraya yg penuh dengan khilaf

Ku henyak hentak kepala ku
Memikirkan masalah yg sepertinya
Tiada jalan keluar

Lafaz bismilahirahmanirrahim ku hembus
Sesungguhnya
Dengan nama ALLAH yg maha pemurah lagi maha penyayang
Seketika itu,
Otak yg td memikir jalan keluar dari masalah yg sekecil zarah
Terus aku bertasbih, tahmid dan takbir tidak berhenti,
Ligat otak ku memutarkan wajah-wajah cahaya
Yang mati mempertahankan agama, bangsa dan Negara
Terpampang wajah sayu mereka meredhakan pemergian sang anak
Sang anak yg hanya mampu bertatih dibunuh!

Seketika itu aku melihat kembali diri ini
Masalah aku hadapi pasti langsai
Tp mereka? Masih bermandikan darah
Keringat mengangkat senjata
Setiap langkah dipandu hati yg tegar
Mahu melihat cahaya surgawi.

freedom Syria army sesunguhnya tuhan mu tidak sekali
mempersiakan setiap nyawa ciptaan NYA yg mempertahankan  
Kalimah LAILAHAILLAH

BY:GAZALI MAHAMAD 
VIA: AKU 
duniakugazali.blogspot.com

Friday, September 20, 2013

Moving on

Lama berdiri. 
tegar setegar karang
siapa sangka aku segagah sekarang ?
siapa sangka aku mampu melangkah kedepan ? 
kalau di toleh ke masa silam, 
Seolah tiada udara lagi dihari hari ku
Seperti ada yang terrenggut bersama perginya kamu 

untuk satu hari ini,
ingatan buatmu muncul
Dan satu yang pasti 
Kau lebih bahagia sekrang
Sungguh 
aku bahagia bersama bahagianya kamu
walau secebis pon ingatan buat ku tiada

Kisah ini muncul kembali. Tapi jujur bukan untuk kau kembali

Bait bait ini lahir just nice lepas aku dengar lagu baru Najwa and iamNEETA
Entitled : Kau pergi jua
Ini kisah peribadi
dituju khas buat mereka mereka yang merasa berat untuk melangkah
merasa ada yang hilang saat hilangnya ‘dia’
dan yang paling sadis , merasa separuh darimu pergi bersamanya
Asal kalian tahu
akan tiba satu saat, saat dimana
kau mampu berdiri, berlari, dan terbang tinggi
seakan tiada kisah sedih semalam
and u’ll find the right one at the right moment
: )

Wednesday, August 21, 2013

Pecah

Sedar sahaja aku dari lena,
Hati engkau sudah pun berada dalam genggaman ku

Sedangkan hati ku
Masih sombong dan dingin di atas takhta

Aku beri hati kaca mu hiburan
Permainan
Ilusi gembira

Sedang hatimu meronta mahu bersama di singgahsana

Hati kacamu tercalar saat bermain
Namun masih gagah mendaki takhta
Tatkala aku leka
Hati mu tersungkur dalam pendakian
Menjadi cebisan yang melukakan

Andai engkau tahu,
menjaga apa yang tidak dipinta itu payah sekali


Sehingga memulangkannya
Buat aku seperti meminta mati

Sunday, August 18, 2013

Sial III.

Mengiakan kesialan Yang berada di hadapan mata Bererti kau juga mahu Menjadi yang disialkan.

Tuesday, August 13, 2013

Perkakas

siang,
maharinya matari
gunung,
dijaga dewata hijau-an
malam,
coraknya buruj--
hati,
perkakasnya cinta

cinta--
dipersoal mengapa hadirnya selalu bukan pada yang menerima
lalu jawabnya;
tidak semua cocok pada perkakas yang hadir--
bentuknya, rupanya, malah materialnya sahaja teragu
pada yang dua buta
nilai ke mata terus ke jiwa
kerna cinta senantiasa buta
satu hari, ya satu hari pasti
bakal tercantum perkakas sama emas(hati)

sambil nunggu hujan meteor 
--langit


Monday, August 12, 2013

Beberapa baris sajak tentang haiwan, cinta dan kehidupan.

Siput itu tahu tahu takdirnya merangkak di seperpanjang batuan jalan. Ia tidak putus asa atau merasa lelah sia sia. Demi Kekasihnya telah menunggu di lain zaman dengan segala ketabahan.

Lebahpun melabuhkan punggungnya; mengalah, mengeluh. Mawar telah enggan mekar dan musim tetaplah berlalu tak memperdulikan waktu.

Melompatlah Belalang! Melewati padang, merentas rumput dan hijau ilalang. Sekuntum Peoni telah menunggumu, di bibir jendela di dalam ungu.

Hujan akan langsai dan yang mekar adalah Teratai. Kolam sentiasa menakung rindu. Wahai Katak, terjunlah kedalam mimpi mimpimu. Sebelum musim menjadi zalim dan Teratai berubah layu.

Kalkatu itupun tunduk menyerah di kaki Lilin; yang sama menangis kerna tak upayanya mereka. Harus bagaimana memeluk kekasih adalah dengan tidak membakarnya?

11/12/12

Sunday, August 4, 2013

Akal fizik

Bila dipandang tersipu malu,
bukan tanda tidak tahu,
tapi berbunyi dalam hati;

Aku mahu kamu.