Sunday, January 31, 2010

jangan

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti gelap hati diselaputi dosa.
 

Jangan menangguh taubat bila berbuat
dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
 

Jangan ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah..
 

Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita.

 

Jangan banyak ketawa.  
Nanti mati jiwa.rosak akal
 
Jangan biasakan berbohong, 
kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita. 

jauhkan..
jangan tetap jangan..

Saturday, January 30, 2010

lonely dragonfly

buaian impian.
tolong buaikan aku tinggi-tinggi.

untuk apa terbang tinggi anak aneh?

aku mahu mengaut sedikit stardust cinta di angkasa.

untuk apa stardust cinta itu?
kau terlalu kecil untuk cinta anak aneh.

aku mahu beri pada pepatung sepi.

pepatung sepi?

biar dia punya cinta.
nanti dia tak sepi lagi.



....

jigsaw falling into place



satu-persatu harapan
kau hempas ke dinding kaca

yang luka berdarahnya

aku.

290110

Air mata bahagia entah kali keberapa
Air mata derita hilang entah ke mana

:')

Friday, January 29, 2010

Pneumonia

Kedinginan ini melemaskan.

Peluk

Aku

Perempuan!

Thursday, January 28, 2010

KERNA KU,,

pergilah,
jangan tunggu ku,
hadir dalam mimpimu,
kerna sudah ku,
tertambat di pangkal,
hatimu.

jauhlah,
jangan toleh ku,
kerna ku sudah,
menunggu mu di,
hadapan mata mu.

soroklah,
jangan beritahu ku,
tentang rusuk mu yang,
hilang satu kerna,
aku lah,
Adam untuk mu.

dekatlah,
dan selamilah,
kata kata hatiku kerna,
aku cuma,
mahukan teguh mu.

diamlah,
jangan bazir,
air liur biru mu kerna,
ku,
hanya ada mu.

Aku Bodoh!

Apabila,
di dunia ini,
wujud manusia,
yang hanya tahu,
melukai hati,
orang tersayang,
dan itulah aku.

Bagaimana,
hendak ku lafazkan padanya,
Aku cinta pada mu.