Wednesday, June 30, 2010

JIHAD CINTA

Dosa-dosa besar
Dosa-dosa kecil
Aku himpun ke pintu taubat
Mohon Yang Agung perkenan
Hapuskan segala pujukan Syaitan

Demi cinta aku turutkan hati
Demi kasih tiada yang berbaki
Walau belayar tidak sendiri
Masa silan tetap menghantui
Aku tak rela taubat tercicir sebelum mati

Hari-hari aku menongkah nafsu
Bersama jihad di dada
Tak ingin tergelincir dari kepatuhan
Walau payah aku gagahkan jua
Demi menambat cinta Yang Esa

Tuesday, June 29, 2010

S.L.U.R.P.E.E.

Kamu datang
macam Slurpee
warna hijau
sejuk segar
di tengah hari panas
waktu aku
duduk menangis
seorang diri
pegang bunga
mawar plastik tipu.

Kamu datang
macam Slurpee biru
bila aku
duduk termanggu
depan 7-Eleven
tatkala itu
Slurpee hijau
tiada dijual.
(biru pun okey juga)

Kamu-lah
Slurpee itu.


Terima kasih ya, kamu.

=)


Sunday, June 27, 2010

senja

senja
Buat aku rasa mahu pulang
Ke pangkuan keluarga

Bersama mereka
Kan ku habiskan malam bersama.

Senja
Buat aku rasa ingin sujud hiba
Kepadanya yang Esa
Pabila magrib jelang tiba.

format

Bahagian yang ada kamu.
Harapnya mampu diformat. Biar lenyap terus .
Hanya dengan cara itu, baru ada nokhtah
buat aku dan kamu.
Kan?

Thursday, June 24, 2010

The Time Traveler's Stalker II


Hey,
lelaki pengembara masa.

ketika engkau berang terlewat sedar saat matahari buka mata,
ketika engkau duduk sendiri di balkoni lihat awan beriring-iring,
ketika engkau merintih menunggu pergi dingin embun malam,
ketika engkau mengeluh hatimu separuh tak berisi,

dan banyak lagi ketika-ketika yang engkau lalui,

ingatlah,
aku masih ada,
terpencil di sudut dunia.

wow, hari jumaat yang indah ;)

Forza Mizzerri


Torino
Naples
Milan
Florence
Sardinia
Rome
Palermo

Dalam
Frasa

'Tears of Carnival'

aku mahu pergi

jika aku punya sehari cuma
Aku mahu dipelukmu tanpa bicara
Biar dengar degupan jantung kita seirama
Untuk kali terakhirnya

Dan..

sebelum aku lelapkan mata selamanya
Aku mahu kau berikan aku senyuman bahagia
Agar tenang aku pergi ke sana.

Jaga diri ya :)