Sunday, October 31, 2010

aku manusia biasa.

kau bagi aku perasaan yang sungguh asyik,
aku gembira sangat,
kau kata aku sempurna,
tapi hakikatnya aku manusia biasa.

Melihat menggunakan mata,
mendengar menggunakan telinga,
memegang menggunakan tangan,
bukankan aku juga sama seperti mereka.

Jadi, apa yang istimewanya?
ucapan terima kasih tak terhingga buatmu.

In which paper did my story came out, Angel of Mercy?

A dead body lies inside the drain,
scornfully looked on
by the curious crowd.
A policeman arrests the killer,
snatching the gun he holds.

*****

They say after a while,
a moment of time
when you stay inert
while the world moves,
the magic will be gone.

So, there I sat
observing deeply
the calming waters
of Cuomo River.

I washed my filthy hands.
Again and again.
They appeared clean after a while
(but) i kept on washing nevertheless.
Perhaps it was my OCD.
It's getting worse.

I'm sorry, Anna.
It's probably too late, i know.
Things now get beautifully ugly.
An oxymoron
of an effing romance-thriller drama.

I'm sorry I pulled the trigger, Chekhov.
The trigger of your own gun.
An irony, don't you think?

Deserved it, don't you?
The price for trying to betray me
like consuming Soylent Green
while aware of its contents.

I had to make the first move.
Torre Attack might be my leap of faith.
But lucky me, your credentials spoke mutely.
And I jumped and landed successfully.

As for you, Anna, my love.
You, too, shredded me apart.
People change.
You have changed.

Or rather, you have changed me.
From a piece of colourful circus poster
to a dour-looking, black-and-white everyday newspaper.

But I'm letting you go.
Because that is what you crave for.
And perhaps someday, .....I don't know.
Perhaps someday I'll mutually feel the same.
Though my OCD might have its own way.

As they say,
after a while, the magic will be gone.
Mine's not.
But it is waning.
And I seek more than a momentary fix.

They have arrived.

Chekhov's body lies inside the drain,
scornfully looked on
by the curious crowd.
A policeman arrests me,
snatching the gun I hold.

Mahu

kali ini mahu bicara seketika cuma.

tak mahu lama-lama.

mahu cepat.


kali ini mahu tulis sepantas boleh.

tak mahu panjang-panjang.

mahu pendek.


kali ini mahu cakap sepetah mungkin.

tak mahu pelan-pelan.

mahu becok.


kali ini mahu setakat ini saja.

bukan tak mahu.

mahu sambung lain kali.

Bila Malam

bila malam.


bila ada itu malam.

bila mana ada ketikanya malam kita itu suram.

bila mana ada ketikanya malam kita itu kelam.

bila mana ada ketikanya malam kita itu tenggelam.

bila mana ada ketikanya malam kita itu muram.


bila malam itu ada.

bila mana semua benda tak kena

bila mana perasaan rasa gundah gulana

bila mana fikiran seakan mahu gila

bila mana punggung duduk tak selesa


aku tidur.

selamat malam.

Puisi-puisi geli.

Dulu bintang di langit nampak tinggi.
Sekarang makin rendah untuk aku cari.

Dulu bulan di awang nampak kecil.
Sekarang makin besar untuk dipencil.

Bintang-bintang yang gugur ke tanah,
habis pecah terkena pokok-pokok berduri.

Bulan yang tergantung indah,
putus talinya terhempas ke bumi.

Kita sebenarnya masih punya waktu untuk hakikatnya bersama.
Kita sebenarnya masih punya jiwa untuk terima semua.
Kita sebenarnya masih ada rasa untuk nilaikan fahamnya.
Kita sebenarnya kita, yang perlu melambai di langit senja meniti muda.

Balada lagu jiwa yang aku ucapkan semalam mungkin kau lupa.
Tapi hakikinya jelas aku pancarkan dari mulut-mulut pendita.

Kucing-kucing yang bulunya kelabu di hujan merah,
masih ada meratah,
jiwa kita makin parah dengan darah,
darah membuak yang rasanya kita cuma diarah.

Zat yang dahulu kau kucup dari paras rasa cinta manusia,
masih belum aku pinggirkan jiwanya dari samudera.

Sememangnya secintanya Shajahan pada intannya tidak terukir oleh ku Taj Mahal indah.
Cuma aku perlu menadah doa agar kita terus berserah.

Hari ini aku berjanji.
Esok lusa aku tepati.

Saturday, October 30, 2010

Abjad prosa puisi.

Semalam dia bilang mahu buatkan aku satu prosa paling indah satu perkataan paling cantik dan susunan abjad paling menarik. Dia janji begitu. Dia janji mahu buat begitu. Dia janji mahu susunkan begitu. Itu apa yang dia janjikan.

Jadi, aku tunggu. Semalam, sudah jadi kelmarin, sudah jadi minggu lepas, bulan lepas, dan aku dah tak tahan nak tunggu.

"Sayang, mana yang kau janjikan?" aku tanya.

"Apa yang aku janjikan?" dia tanya.

Aku diam, sambil pandang perutnya yang putih, macam langsung tak ada darah.

"Puisi," aku kata.

"Ada," dia kata.

"Mana?" aku tanya

"Mana apa?" dia tanya.

"Ah. Kau main-main lah!" aku marah. Aku tengking dia.

"Ha? Apa dia yang aku main-main?" dia marah balik. Tapi, dia tak tengking aku.

"Sudahlah, kita berpisah saja!!!" aku terus TERsebut.

"Haaa! Itu lah dia," dia kata. Muka langsung tak terkejut.

"Apa?"aku tanya.

"Ayat tu. Yang indah tu. Itulah yang aku nak bagi pada kau," dia kata.

"Apa?" aku tanya.

"Kita berpisah saja," dia kata. Aku diam.

"Indah, kan?" dia kata, sebelum keluar, dan tinggalkan satu prosa, puisi, abjad yang paling menarik cantik dan indah.



selfish

bila tahu nyawa sendiri tinggal hujung saat
Mula hati rasa ingin menjauh

Mencari segala macam cara
Buat kamu membenci diri ini

Biar kamu tinggal aku
Biar kamu benci aku
Biar kamu lupa aku

agar mudah kamu cari pengganti
Tanpa meratapi pemergian diriku ini

Dan mahu aku
Nama Kau yang aku bawa
dalam hati ini

baru tenang aku pergi