Saturday, December 31, 2011
Bunyi Tajuk Puisi Ini Boleh Dibunyikan Dengan Meniru Bunyi Tempe Atau Seekor Binatang Mitos Purba.
Kalau hidup berubah
secara magis,
tiba-tiba
kita semua kaya,
tak dimamah usia;
menjelang
tahun baru;
maka,
tak perlu
terkinja-kinja,
gembira katanya,
bergunung skrol azamnya,
padahal,
esok kita hidup
biasa-biasa juga,
picisan masih.
FACEPALM!
Monday, December 26, 2011
ghjyr fjki htyu
You can hate me for many years that you love..but I'm here..standing still..drowning in the ocean and waiting for your hand to pick me up..and breath like no others
Wednesday, December 21, 2011
puisi mat pet.
Petak berkocak hitam putih.
Tadah tangan alas siku.
Rasa pataya bau tembakau jawa.
Busuk kita telan hidu jua.
Petak berkocak hitam putih.
Dikata iluminati ilmu mati.
Kalau sudah engkau ketahui
maka tak, takkan payah.
bukan tak payah,
tapi takkan payah.
Tak payah.
211211 2211jam. dari penulisan ke seni layar ke puisi paksaan.
Monday, December 19, 2011
dari bibir ke bibir
bahkan bibir ini selalu tahu
arah jalan pulang ke bibirmu
demikianlah usah lagi bimbang
biarkan cinta menuntunmu pulang.
arah jalan pulang ke bibirmu
demikianlah usah lagi bimbang
biarkan cinta menuntunmu pulang.
Monday, December 12, 2011
mungkin kau harus benar-benar hilang, baru aku mahu mencari
bahagia itu sebenarnya telah lama memeluk hatiku.
tapi aku butakan mataku kerna kau bukan mimpiku.
Wednesday, December 7, 2011
bila
usah kendong aku bagai beban
angap saja kau punya bahu lain untuk disandarkan;
bila-bila kau lelah,
bila-bila kau payah,
bila-bila kau resah,
bila kekeh kau mahu didengarkan
toleh ke sisi,
ada bahu untuk dikongsi
sampai nanti
kau jumpa bahu lain yang lebih serasi
angap saja kau punya bahu lain untuk disandarkan;
bila-bila kau lelah,
bila-bila kau payah,
bila-bila kau resah,
bila kekeh kau mahu didengarkan
toleh ke sisi,
ada bahu untuk dikongsi
sampai nanti
kau jumpa bahu lain yang lebih serasi
Monday, December 5, 2011
nanti
Subscribe to:
Posts (Atom)
