Friday, November 6, 2009

Friday, i'm not in love


Lelaki potensi,
yang hadir dalam hidup saya,
ada tiga jenis;

Pertama;
lelaki pertama atau lelaki tunggal.
Mereka lelaki yang memikul tanggungjawab,
di bahu masing-masing.
Yang punya komitmen tak terbilang,
membiarkan saya terkapai-kapai tak menentu,
sehingga saya lelah menunggu kata putus.

Kedua;
lelaki tak sebaya,
yang tak jemu-jemu mengetuk tingkap kalbu,
mendesak sepenuh perhatian,
hingga saya jadi tak kuasa melayan.
Kerana yang saya perlukan,
cuma sebuah perhubungan yang matang.

Ketiga;
lelaki obses dunia,
yang menyangka,
perempuan seperti saya,
akan bahagia dengan limpahan material.
Saya bosan dijanjikan syurga,
sedangkan hati saya melihat,
laluan pintas ke neraka.

Justeru saya bingung yang mana,
harus memilih,
atau dipilih?

saya cuma perempuan biasa yang mahukan,
seorang lelaki biasa.


3 comments:

  1. satu dalam seratus la ade cari la..

    http://herowayanggelap.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. :) I love The Cure. Tabah la, ni lumrah hidup.

    ReplyDelete
  3. ok, kejap lagi cari ;))

    @ezralsya~I don't care if monday's blue
    tuesday's grey and wednesday too
    thursday i don't care about you ;))

    ReplyDelete