Wednesday, March 10, 2010

seperti melihat cermin tentang kamu aku tahu dimana garisan kesedihanmu bermula dan berakhir

aku menangis melihat semuanya baik-baik sahaja
kerana aku tahu engkau tidak
aku menangis melihat semuanya gembira
kerana aku tahu engkau tidak
aku menangis melihat semuanya ketawa
kerana aku tahu engkau tidak

tak perlu engkau sembunyikan kisah tentang cermin
kerana aku simpan serpihan yang terpecah kelmarin

dan selagi serpihan itu terbenam di telapak tangan ku ini
selagi itu darah yang mengalir tak akan berhenti
tak berhenti seperti aku yang akan terus memerhati
walau aku tahu engkau tak akan pernah peduli

No comments:

Post a Comment