Friday, May 7, 2010

Anjing

Anjing menyalak lagi
Entah apa yang dipekik
Menjerit lantang tak hirau siapa
Bila diherdik nah makin kuat melolong
Lagak berani tak takut apa-apa
Aku paling kuat disini
Aku punya gigitan maut
Aku tak takut
Hah siapa berani melawan aku?
Bilang si anjing dengan lagaknya
Tapi bila mahu dibaling batu
Nah baru tempiaran lari
Baru sedar dirinya hanyalah seekor anjing

No comments:

Post a Comment