Wednesday, August 17, 2011

Ini Bukan Puisi, Ini Pengumuman.

Projek tahunan pertama blog Puisi Pantas Pendek akan dimulakan sekarang dan diharapkan akan dimeterialisasikan sebelum penghujung tahun 2010. Bagi membuat sedikit kelainan dari kolektif-kolektif blog yang lain, jadi saya mencadangkan untuk membuat kompilasi 'spoken poem'. Setiap puisi terbaik dari semua penulis disini akan dideklamasikan oleh wakil yang bersuara lunak (atau oleh para penulis sendiri, jika boleh) yang diiringi oleh muzik dan dirakam kedalam bentuk cakera padat (disertakan sekali dengan booklet)

Memandangkan pasaran dan penerimaan khalayak untuk sebuah lagi penerbitan buku koleksi puisi dalam lambakan yang ada sekarang adalah tidak begitu memberansangkan, juga memandangkan khalayak lebih gemar menghabiskan waktu untuk mendengar daripada membaca buku, terutama sekali ketika mereka sedang memandu atau bersenam atau mandi atau memasak atau ketika menyusukan anak, sebagai contoh.

Juga dari segi kos, walaupun setelah dibuat cungakkan dan hitungan, tidak banyak beza (atau mungkin lebih sedikit) sama ada menerbitkan buku (secara profesional) atau menerbitkan rakaman cakera padat (secara kelihatan profesional). Namun memandangkan saya lebih berpengalaman dalam hal penerbitan muzik serta akses yang telah tersedia, harapnya membantu dalam soal pengurusan kos.

Saya lebih selesa mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk mengelakkan sebarang penyelewengan atau sebarang komplikasi lain dikemudian hari, oleh itu saya tidak mewajibkan sumbangan dari semua penulis, tapi sebarang bantuan dan sumbangan ikhlas dari para penulis amat dihargai.

Saya mengharapkan persetujuan semua.

Sebarang cadangan lain boleh e-mailkan ke thechalatchalat@gmail.com

Tambahan:

Bagi menjawab segala pertanyaan dan spekulasi, juga sebagai details untuk projek ini, disini saya senaraikan 'most frequently asked questions':

1. Boss, bilakah tarikh tutup projek ini?

Ini ialah projek tertutup untuk penulis dalam blog PPP sahaja. Tarikh tutup yang dimaksudkan ialah hari terakhir untuk sebarang puisi untuk dipost ke dalam blog dan dinilai/dipilih untuk diterbitkan. Jika ada penulis luar yang berminat, maka dia perlu mendaftar sebagai salah seorang penulis blog PPP dahulu dan post puisi mereka sebelum tarik tutup. Jika selepas tarikh tutup maka puisi itu hanya akan diterbitkan untuk projek tahun hadapan. Tarikh dateline adalah 1 NOVEMBER 2010.

2. Yang, you yang pilihkan puisi I yang terbaik ke I pilih sendiri?

Saya dengan berbesar hati memberikan kebebasan untuk setiap penulis memilih sendiri puisi mereka yang mereka rasakan terbaik. Sila nyatakan tajuk puisi serta tarikh ia di post dalam blog ke email saya ini. Maksimum seorang hanya dua puisi. Jika merasakan belum hasilkan karya yang terhebat lagi, maka silalah berbuat demikian sebelum tarikh tutup. Jika saya tidak menerima sebarang maklum balas sebelum tarikh akhir, maka saya akan menentukan sendiri mana puisi yang terbaik.

3. Brader, lagu yang digunakan nanti lagu original ke lagu Zainal Abidin?

Setiap lagu adalah hasil kerja ORIGINAL yang sudah ataupun belum diterbitkan oleh artis yang terlibat. Saya akan cuba mendapatkan khidmat komposer/produser antarabangsa iaitu The Chalatcahalat serta beberapa artis indie yang lain. The Chalatchalat hanya menghasilkan lagu berirama elektronika serta piano solo untuk mungkin 85% spoken poem dalam kompilasi ini. Selebihnya mungkin irama gitar akustik dari artis indie yang lain. Lagu tidak akan sesekali dirembat tanpa kebenaran artis. Mungkin dalam satu lagu akan dimuatkan dua puisi bergantung kepada panjang puisi itu.

4. Abang, nanti saya guna suara sendiri ke untuk baca puisi atau suara orang lain?

Saya tidak minta pun kalian baca dan rekodkan suara kalian untuk setiap puisi kalian. Saya akan berusaha mencari wakil yang bersuara komersil. Namun, saya amat berbesar hati jika kamu dengan sukarela menawarkan diri untuk membaca dan merakam sendiri bacaan puisi kamu. Terdapat banyak software untuk merekod suara (pro tool, sound recorder, garageband, movie maker etc). Jika berminat membaca sendiri puisi kalian, silalah bereksperimentasi untuk dapatkan hasil yang terbaik, cari jarak antara mulut dan mikrofon yang paling terbaik, merakam di dalam jamban atau dibawah katil untuk dapatkan kualiti yang terbaik dan tidak bergema sebagai contoh. Jangan risau tentang bunyi 'noise' atau bising dalam rakaman suara kalian, saya akan berusaha meng edit dan remastering kepada kualiti yang boleh diterima, lagipun sedikit bunyian 'hissing' menambah kerekter dan autensiti rakaman tersebut. Terpulanglah kepada kalian sama ada untuk menjerit, menangis atau berbisik (jangan terlalu perlahan) mengikut mood puisi kalian. Cuma saya mintak, janganlah dibaca terlalu laju. Jika berminat membuat rakaman sendiri, emailkan sahaja kepada saya dalam sebarang format, preferably format mp3.

5. Tuan, bagaimana dengan soal royalti?

Ini soalan sensitif, memandangkan ini projek budget rendah, saya hanya mampu menawarkan harga modal kepada semua penulis. Penulis boleh membeli seberapa banyak yang mereka mahu kemudian boleh dijual dengan harga pasaran yang saya akan tentukan kelak dan setiap seorang boleh mendapat keuntungan hasil dari jualan mereka. Bagi yang menderma modal, maka saya akan berikan CD percuma yang sama nilai dengan hasil sumbangan mereka, serta jika mereka mahu lagi, boleh beli dengan harga modal dan jual dengan harga pasaran untuk mendapat keuntungan. Saya hanya akan membayar artis dan penyumbang suara yang terlibat, ini termasuk dalam kos penerbitan.

6. Dude, ini projek picisan , gua tak mahu terlibat boleh?

Suka hati engkaulah, jika tidak mahu terlibat dan tidak mahu puisi kamu digunakan dalam penerbitan ini, sila beritahu saya secara gentleman. Saya tidak akan ambil hati atau memancitkan tayar kereta kamu.


55 comments:

  1. rostam

    lama tak tulis puisi..

    nota kaki =

    dekat empat tahun juga tak terserempak dengan kau secara live nih he he

    ReplyDelete
  2. empat tahun? hmm... pernah berjumpa ke? Lain kali tegur, salam, cium tangan :)

    nota kaki =

    ok nak cerita lagi pasal hal royalti untuk karya korang semua ni weh, kenapa kurang respon?

    ReplyDelete
  3. best2...
    kalau boss rasa puisi saya boleh pakai, saya on je boss... =O)

    and if there's anything i can help just tell me k boss.

    ReplyDelete
  4. errr..sebab aku orang baru kot.
    segan la.baru bape kerat je aku hantar ke sini.
    biar orang lama2 dulu la bercakap.
    aku on je projek ni bos =)

    ReplyDelete
  5. ini dah tutup ke?kalau nak cadangkan penulis berpotensi boleh lagi ke?

    ReplyDelete
  6. setuju. masyarakat lagi suka baca sms daripada baca buku. saya ada banyak masa lapang, i'm willing to help :)

    nota kaki=
    masa memandu memanglah tak boleh baca buku. bahaya. boleh baca papan tanda sahaja ;)

    selamat berpuasa

    ReplyDelete
  7. wahh interesting..
    saya on je =)

    **waiting for the details.

    ReplyDelete
  8. Baguslah kalau semua rasa ok.

    yenyenpreng - kalau ada yang berminat, dia mesti register jadi salah seorang penulis dalam blog ini. Saya perlukan alamat e-mail (gmail sahaja).

    Tarikh penutup akan ditentukan kemudian, sementara itu jika rasa belum puas hati dengan karya masing2, kalau rasa masih belum hasilkan yang terbaik, silalah post masterpiece anda sebelum tarikh tutup :)

    details nanti akan dihantar ke e-mail masing-masing.

    ReplyDelete
  9. Maksudnye sendiri buat rakaman suara ke? Macam mana nak tahu mana satu puisi sendiri paling best? Pilih sendiri? Kalau da siap rakam hantar kat email tu jugak?

    ReplyDelete
  10. tak, guna suara Jamal Abdillah dengan Fauziah Latif. Tapi kalau mahu guna suara sendiri ok jugak.

    boleh rekod guna sound recorder (windows) atau garage band (mac) atau movie maker pun boleh juga tapi setting kasi minumum. Kalau ada bunyi 'noise' atau bunyi bising kat belakang tu takpe, lebih autentik, and aku boleh ejaskan. Baca dengan tempo sederhana perlahan, jangan laju sangat, jangan slow sangat.

    and yes, aku bagi kebebasan untuk korang pilih puisi korang yang mana korang rasa terbaik. Kalau senyap je, nanti aku pilih sendiri.

    ReplyDelete
  11. boleh hantar rakaman ke e-mail tu, tak kisah format apa, preferably mp3. Nanti aku convert balik.

    ReplyDelete
  12. leave your email here or at the shoutbox to stam =)

    ReplyDelete
  13. Jamal Abdillah dengan Fauziah Latif? You serious? Camni tak payah pakai suara aku ar. Diorang punya mesti lagi sedap. Wow, this is serious cool. When is the deadline? Kena fikir ar mana satu paling best. Mungkin buat poll kat blog sendiri. Semua entry akan dirakam?

    ReplyDelete
  14. nope .... i'm just being sarcastic.

    i'll find someone yang bersuara husky. Morgan Freeman maybe.

    ReplyDelete
  15. bahahah....! gua on jer, boss... count me in! suara gua nih kira tahap mariah carey dengar pun buleh buat dia jeles la jugak...

    tapi nak merakam itu... akan difikirkan bagaimana cara... thanks...!

    ReplyDelete
  16. bos, tolong decide mana yg best.
    rambang mata plak..hehe
    kalo blom ada yg best,
    i'll make one ;D

    ReplyDelete
  17. just took any of mine yang rasa2 berkualiti. ;) well, dulu i use my yahoo mail for this blog, if any probs please contact my gmail, cigar[dot]red[at]gmail[dot]com. thank you alls ;)

    ReplyDelete
  18. peh.

    sumpah mantap. saya yang di luar negara adakah boleh turut serta en. stam?

    ReplyDelete
  19. gua pun on, boss. cuma rasanya saya perlukan Dave Grohl sebab suara sendiri tak husky sangat.

    kalau penulis dh decide puisi yg mana, macam mana?

    oh lagi satu, dulu sy pun guna yahoo, nak kena ada gmail jugak ke?

    ReplyDelete
  20. whoa.slagi stam x email details macam-macam persoalan timbul.mcm conspiracy theories plak =)

    ni teori saya:
    menda ni anda record suara.lepas tu stam yg akan edit masukkan bunyi-bunyian.sesiapa yang memang arif dengan sound editing, maka pandai-pandai la edit tukar tone suara.contoh simple software, yang sangat tak pening kepala ialah soundforge. rakam, save sebagai mp3. then send email ke stam.setel.
    tak perlu risau pasal hal-hal pakai email apa.
    asalkan check saja email yang korang register sebagai blogger.apa-apa permasalahan boleh tulis di sini atau email stam terus.

    dari segi bunyi-bunyian, stam akan pilih mengikut kesesuaian. stam akan convert balik suara anda dan buat proses mixing.

    cuma yang saya tak pasti, adakah music latarbelakang nanti stam akan pakai original music of his own atau pakai music dari lagu orang lain.kalau pakai music dari orang lain, mungkin kita diberi kebebasan untuk memilih music itu sendiri.

    and im thinking of an acoustic set. would fit perfectly with poems. like fynn jamal and stam collaboration on early days =)

    nota kaki =
    sekarang ni problem saya ni satu je, poem saya dalam English. tulis pandai, tapi sebutan tu gagal la.macam mana nak bagi sebutan ala-ala UK accent.tu bos boleh edit ke? haha

    ReplyDelete
  21. meh gua bacakan.... nak accent british, US, afrika juga bulehh... hahah!

    ReplyDelete
  22. Tarikh tutup untuk projek tahunan itu adalah 1 november. Karya terbaik
    yang dipost dalam blog sebelum tarikh itu akan dipilih untuk
    diterbitkan.

    Details selanjutnya akan di emailkan pada alamat account masing-masing.

    Cheers

    ReplyDelete
  23. hai korang!
    saya baru jumpa blog ni..menarik...tapi kenapala sekarang baru jumpa? huhu T_T. tapi, orang cakap better late than never..

    soalan: kalau saya nak join tulis puisi di blog ni boleh ke? saya suka puisi tapi saya budak mentah. agak2 boleh ke?

    ReplyDelete
  24. bos.
    ive received the email already.looking forward for the big output.cheers

    melody.
    email ke thechalatchalat@gmail.com or leave your mail here.

    ReplyDelete
  25. satu projek yang sangat menarik untuk menarik orang-orang yang sangap tentang puisi pantas pendek.

    ReplyDelete
  26. weh,dah ramae join, aku tak nak terlepas jugak rakam album kompilasi puisi niyh,,, mau join

    ReplyDelete
  27. bang stam, ni email saye dongteluring@gmail.com

    ReplyDelete
  28. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  29. menarik..tapi baru je join group ni..papepun,count mr in. :)
    idea yang sangat menarik

    ReplyDelete
  30. tak sabar nak tunggu kompilasi ni keluar.
    mantap! :D

    ReplyDelete
  31. Encik Brader Otam,

    Kalau saya nk join jd pemuisi kat blog PPP ni boleh ke? Boleh? Ke? Boleh ke?

    -Pairan (fahirulramli@gmail.com)

    P.S: kita telah berjumpe pada edisi futsal anjuran Sokernet baru-baru ni

    ReplyDelete
  32. Aku lagi suka baca dri dgr.tpi nak gak cuba dgr hasil puisi korg...dgr mcm sgt menarik

    ReplyDelete
  33. wah...sgt menarik!!>_<

    saya nak join tapi...

    a. saya tak tahu adakah puisi saya itu blh dianggap karya yg baik atau tidak...
    b. saya tak mahu suara 'budak-budak' saya di rakamkan..(suara budak2 menurut rakan2).
    c. ....

    ReplyDelete
  34. Stam, I so totally forgot November 1st was the closing date! But you already picked 2 of my best poems, right? I can't really decide, so I think it's best if you pick. But if you haven't picked, then I think I'll go with "Your Shallowness Is Deep" and "O Where Art Thou?"

    Thanks.

    ReplyDelete
  35. Thanks bro. Can't wait for the CD to be finished!

    ReplyDelete
  36. nk join gak jd pemuisi kt blog nie

    nazrul aziz
    official email : mohdnazrullah88@gmail.com

    ReplyDelete
  37. eh, brader stam. projek cd dah jalan ke?

    ReplyDelete
  38. tengah berjalan dan berjalan-jalan

    ReplyDelete
  39. nice. hehe. kalau brader stam nak saya pilih puisi yang terpilih(haha), saya nak yang "sebelum enam bulan" tu, yang lain, silakan brader stam pilih.

    hee. demand pulak rasa.

    ReplyDelete
  40. bagus...baik...dan yang seangkatan dengannya...

    ReplyDelete
  41. Salam.

    Boleh tak saya nak tumpang dua kaki, dua tangan kat sini? Saya berminat nak kongsi bait-bait kata dengan semua.


    Email : suterasuci.2010@gmail.com

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  42. woww... sebab ada projek compilation ni ramai pulak yg join PPP... hehe... good good...

    kalau xde dapat email pape, that means tak terpilih ye, bro stam? huhu... chill~

    ReplyDelete
  43. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  44. great project. if only i have the courage. ;)
    best of luck!

    ReplyDelete
  45. Da ade ke buku tu?
    macam hilang aje..hehee

    ReplyDelete
  46. bagus projek ni..
    tapi dah jadi ke belum....

    err baru jumpa blog ni..hehe

    ReplyDelete