Melankolia ini,
berbunyi asing,
tanpa simfoni,
suara sepi.
Lalu aku;
yang mahu bising,
diam,
dataran mati,
mengemis dan meminta;
perkabulan sebuah doa.
Bulan ini,
menghiba sayu,
tanpa bintang,
memagar keliling.
Lalu aku;
yang ingin menari,
kaku,
dikekang gelap,
menangis dan meratap;
kehilangan sebuah cahaya.
aaa~
ReplyDeleteterlalu sunyi.
merangkak mencari bunyi.
button 'love' takde ke?
:)
<3
ReplyDeleteemoticon pun jadi
;)