Thursday, April 28, 2011

Seperti Hidup Semula dan Kembali Mati

Sumpah,
Setelah rasa ini telah mati

Kau datang menghidupkan kembali

Setelah aku ragu-ragu tentang cinta yang dulu

Kau hadir mamaku keyakinanku


Sumpah,

Setelah itu, kau sumber inspirasiku

Tercipta aksara dari banyaknya sudut rasa

Tertumpah semula kasih yang lama terpendam cuma


Sumpah,

Setelah kau mati dan cuma wujud dalam memori

Sekali lagi rasa ini terkubur sepi

Hanya kau sumber inspirasi

Dan khayalku telah kau bawa pergi

Wednesday, April 27, 2011

Hey

tika aku berlari meninggalkan kamu
yang ku dengar hanyalah
" HEY! " dari mu
dan " HEY! " dari gerombolan temanmu.

" MAHUKAH KAMU MENDENGAR CERITA KU?"

Tuesday, April 26, 2011

betrayed.

apa bibir yang kau kucup malam itu;
apa tubuh yang kau rangkul malam itu;
apa jari yang kau gengam malam itu;
apa nama yang kau teriak malam itu;
selain dari aku;

satu bukti kesetiaan kau?

Monday, April 25, 2011

pedih

aku kuis cebis-cebis dulu
yang tajam, tumpah dengan merah perit semalam
buat dikumpul, dibukukan disitu
bila-bila aku perlu
untuk capai dan lihat
sakit yang menggigit.

cabaran daripada kami kaum hawa.

Kepada kalian, kaum adam.
Dari mana sejarah kami bermula.

Kami ada cabaran untuk kalian.
Kami mahu:
Disayangi.
Dilindungi.
Dihargai.

Kami tahu kalian mampu.
Tunjukkanlah.

Saturday, April 23, 2011

Isi

darahnya mengalir dalam darahmu
jangan diberhentikan
mengah nafasnya tertutup di ruang kecilmu
jangan dilemaskan
sehina mana kau pandang dirimu
kau tetap lebih tinggi di mata aku
kerana kau disayang Tuhan, justeru kau terima ujian

kuatlah kamu sahabat
aku ada di sini untuk kamu

...for those blades in your hand.

malam kemarin aku pejam mata.
pejam erat-erat sebab aku mahu lupa semua duka.

malam semalam aku tekup telinga.
tekup kuat-kuat sebab aku benci tawa gembira.

malam ini aku biar apa berlaku.
aku biar semua rasa dunia ratah jiwa aku.

bunuh lah. bunuhlah.
aku tak rasa ia bernyawa lagi.

Puisi Ultra Lunatic

Dan pagi itu aku menjerit di atas bumbung rumah pangsaku 

Hey Izrail

Mari kesini cabut nyawaku

Apa kau sudah menjadi pengecut untuk berjumpa denganku

Dan 5 minit selepas pukul 1.43 pagi dia datang dengan sayap hitamnya yang berlumuran darah

Kau akan mati lagi sepuluh hari sayangku

Siap sedialah dengan iman mu itu untuk berlawan denganku nanti

Dan aku menjerit sekali ganda dari yang sebelumnya

HEY IZRAIL YANG PENGECUT

MARI KESINI CABUT NYAWAKU

AYUH BERLAWAN DENGANKU SEKARANG

Dan dia izrail si pencabut nyawa itu terbang ke langit meninggalkan aku yang kebodohan

Thursday, April 21, 2011

Imsomnia.

Saat dingin malam mula menyelimuti tidur malamku,
aku tidak gagal untuk kembali rasa hangat saat aku kembali membawa masa lalu,
yang mendodoi aku lembut dengan bisikan angan dan memeluk aku erat dengan bayang cintamu.

Selamat malam, cinta.

Wednesday, April 20, 2011

PERPISAHAN PASTI =(

P
E
R
P
I
S
A
H
A
N

akan
berlaku jua
dalam setiap pertemuan
dalam setiap perkenalan
dalam setiap kehidupan

yang pasti
hidup mesti diteruskan

(kenangan kita pahat di minda)










=naz=

Friday, April 15, 2011

KA.

Kincir angin berputar lagi,
ditiup bayu dari timur,
yang tidak lalu untuk berhenti.

Kincir angin,
berputar,
lagi.

Tuesday, April 12, 2011

Calon (membela kawan yang rabak hati.Juga buat diri sendiri).

Janggan harapkan calon Ustazah.Kalau diri bukan calon Imam Muda.

Monday, April 11, 2011

Thursday, April 7, 2011

hehehe 1

duhai merak hati
hanya mampu kumemerhati
tiap kelibat bayangmu melintasi
wajahku tertunduk ke bumi
injab nafas meradang membuli
sesak lorong darah hilang tali
dan aku berpaling kanan kiri
kubangkang...bukan membenci
caraku menahan resah sanubari..hehehe

Tuesday, April 5, 2011

Hembusan Angin Buat Gadis Prairie

Seorang gadis kecil
di bawah pohon
Grand Couteau Oaks,
ditemani anjing
Shetland Sheepdog,
tekun membaca karangan
Laura Ingalls Wilder.

Hatinya berbunga-bunga
biarpun angin prairie
cuba meredam runut bunyi
Somerset Maugham
yang indah dalam khayal
mimpi-mimpi langitnya.

Dia tidak lagi takut
mendengar sahutan coyote
di malam hari,
kerana dia tahu
sasaran buruan bukan dia,
rumahnya kecil saja;
terisi seorang ayah,
ibu,
kakak,
anjing Shetland Sheepdog,
dan dia sendiri.

Hatinya berbunga-bunga
biarpun angin prairie
cuba meruntuhkan angan fantasi
Auguste Rodin
yang hanyut dalam fikir
logika-logika rerumputnya.

Maka dia berlindung,
dari kepungan bison
atas ihsan Tuhan
memberi setulang banjaran
dan sehampar padang;
semanggi putih,
rumput Santa Catalina,
dalea ungu,
lalang-lalang,
dan dia sendiri.

Hatinya berbunga-bunga
biarpun angin prairie
cuba menenggelam lembah gembira
Mark Twain
yang berjenaka dalam satira
teater-teater gembalaannya.

Di tepi rumah kecil,
ada gerobak
berisi rumput kering,
dan seorang gadis kecil
tinggal di tanah prairie;
sudah lama tahu,
hembusan angin
ke hatinya - adalah perkhabaran dunia untuk dia.

Saturday, April 2, 2011

jangan tarik aku balik ke bumi!

setiap hari aku pandang langit. 
dan setiap kali aku pandang langit aku nampak dia.
aku lihat dia senyum. aku terpesona. 
kerana langit itu indah dengan kehadirannya. 
tiba-tiba dia hulurkan tangannya, hulurannya aku sambut. 
kemudian aku dia bawa ke sana. 
aku teruja, 
aku dapat lihat langit yang indah itu dari dekat, 
bersama dia sebagai teman. 
kami berpandangan. saling berbalas senyuman. 
aku mahu berada di sana lebih lama 
agar aku sentiasa menatap langit indah bersama dia.