malam ini fifi kucingku
beradu di tepi tangga rumahku
kala kami lalu lalang di situ.
sukanya dia,
nyenyaknya dia lena
seperti tangga itu dia yang punya.
nampaknya kami
harus berhati-hati
bila lalu di sisi fifi.
jika terpijak sekali,
taringnya membenami kaki.
Showing posts with label SDP. Show all posts
Showing posts with label SDP. Show all posts
Sunday, August 7, 2011
Wednesday, July 27, 2011
pantun ramadan.
berjalan ke rumah Tok Malik,
bertembung dengan mak lampir,
pejam celik, pejam celik,
rupanya ramadan semakin hampir.
Pak Maon rugi seratus ringgit,
terbeli batu kononnya berkuasa,
puas sudah kita menggigit,
siap siagalah untuk berpuasa.
berdating dengan Miss Amelia,
pujaan hati sudah berabad,
bulan ramadan bulan mulia,
peluang kasi extra amal ibadat.
ke Tesco beli lampu lip-lap,
balik rumah abang pasangkan,
tiada orang tak pernah silap,
harap kita saling maafkan.
letih benar badan ini,
dari laut menangkap tenggiri,
tamat sudah pantun ini,
"Salam Ramadan" aku akhiri.
Friday, July 22, 2011
kegagalan (maaf tajuk ini agak pathetic)
gagal
buat aku terdetik
ingin tahu
apa silapku.
gagal
buat aku sedar
tak mudah untuk berjaya.
gagal
buat mindaku berputar
cari jalan penyelesaian.
tapi
gagal
tak pernah buat aku
hilang semangat.
gagal
gesaan buat aku
terus mencuba
sampai berjaya.
buat aku terdetik
ingin tahu
apa silapku.
gagal
buat aku sedar
tak mudah untuk berjaya.
gagal
buat mindaku berputar
cari jalan penyelesaian.
tapi
gagal
tak pernah buat aku
hilang semangat.
gagal
gesaan buat aku
terus mencuba
sampai berjaya.
Wednesday, July 13, 2011
beb, aku dah balik!
lama aku hilang
tinggal kau seorang.
aku tak rajuk,
aku cuma cari ruang untuk diri sendiri.
aku fikirkan apa yang aku dah buat,
juga fikirkan apa yang aku akan buat.
tapi kau aku tak pernah lupa.
gembira dapat bersua semula.
Sunday, May 22, 2011
tulis.
bila kita jauh
aku selalu tulis
cerita, puisi dan lagu
tentang kita.
di mana kau wira
yang datang selamatkan aku
di mana kita menentang arus
demi cinta kita
di mana kita hidup bersama
dengan riang sampai bila-bila.
kenapa?
hanya tulisan dapat
dekatkan jarak antara kita.
aku selalu tulis
cerita, puisi dan lagu
tentang kita.
di mana kau wira
yang datang selamatkan aku
di mana kita menentang arus
demi cinta kita
di mana kita hidup bersama
dengan riang sampai bila-bila.
kenapa?
hanya tulisan dapat
dekatkan jarak antara kita.
Thursday, May 12, 2011
hati.
aku tak ada hati.
sebab ada seseorang
yang sedang memegangnya.
bila aku mahu minta balik,
dia enggan.
dia kata dia mahu miliki hati aku itu.
dan dia pesan,
kalau aku mahu hati aku balik,
aku kena ikut dia pergi ke mana saja.
sebab ada seseorang
yang sedang memegangnya.
bila aku mahu minta balik,
dia enggan.
dia kata dia mahu miliki hati aku itu.
dan dia pesan,
kalau aku mahu hati aku balik,
aku kena ikut dia pergi ke mana saja.
Friday, May 6, 2011
cubit.
cubit paha kiri aku, sakit.
cubit paha kanan aku, sakit.
tapi kalau aku cubit paha kau sakit tak?
dan macamana kalau aku cubit paha orang lain?
kau fikir dia rasa sakit tak?
Sunday, May 1, 2011
milikku - cerita si stalker
Setiap langkahmu aku jejaki.
Ke mana saja kau pergi aku ikuti.
Aku gembira bila kau sendiri.
Tapi aku radang bila teman-temanmu menghampiri.
Setiap saat aku lihat statusmu di fb.
Aku senang terancam
bila orang lain berbicara denganmu
meski bukan berkaitan peribadi.
Maaf. Tapi aku tak ingin mengatakan
yang aku punya fikiran dangkal.
Aku hanya ingin melindungimu.
Dan aku rasa orang lain tiada hak
untuk mendekati apatah lagi menggodamu.
Aku sanggup membunuh jika diizinkan.
Bagiku kau hanya untukku.
Monday, April 25, 2011
cabaran daripada kami kaum hawa.
Kepada kalian, kaum adam.
Dari mana sejarah kami bermula.
Kami ada cabaran untuk kalian.
Kami mahu:
Disayangi.
Dilindungi.
Dihargai.
Kami tahu kalian mampu.
Tunjukkanlah.
Saturday, April 2, 2011
jangan tarik aku balik ke bumi!
setiap hari aku pandang langit.
dan setiap kali aku pandang langit aku nampak dia.
aku lihat dia senyum. aku terpesona.
kerana langit itu indah dengan kehadirannya.
tiba-tiba dia hulurkan tangannya, hulurannya aku sambut.
kemudian aku dia bawa ke sana.
aku teruja,
aku dapat lihat langit yang indah itu dari dekat,
bersama dia sebagai teman.
kami berpandangan. saling berbalas senyuman.
aku mahu berada di sana lebih lama
agar aku sentiasa menatap langit indah bersama dia.
dan setiap kali aku pandang langit aku nampak dia.
aku lihat dia senyum. aku terpesona.
kerana langit itu indah dengan kehadirannya.
tiba-tiba dia hulurkan tangannya, hulurannya aku sambut.
kemudian aku dia bawa ke sana.
aku teruja,
aku dapat lihat langit yang indah itu dari dekat,
bersama dia sebagai teman.
kami berpandangan. saling berbalas senyuman.
aku mahu berada di sana lebih lama
agar aku sentiasa menatap langit indah bersama dia.
Saturday, March 19, 2011
i post this without any single title.
you're not Bruno Mars. no need to catch a grenade, throw your hand on a blade or jump in front of a train just for a girl who doesn't even appreciate your love. live for yourself!
Monday, February 7, 2011
sila cermin diri anda!
aku tak suruh pun
kau tenung cermin lama-lama
dengan mata kasar kau.
aku nak kau lihat diri kau
dengan mata hati kau.
kau teliti apa yang lebih,
kau kaji apa kurang,
semuanya!
kalau kau ada sesuatu yang istimewa
berbanggalah, tapi jangan takbur ya!
tapi kalau kau punya kecacatan
jangan kau rasa teruk pula.
kau jadikan ia cabaran
untuk majukan diri kau
supaya kau dapat baiki diri
untuk jadi lebih baik.
kau tenung cermin lama-lama
dengan mata kasar kau.
aku nak kau lihat diri kau
dengan mata hati kau.
kau teliti apa yang lebih,
kau kaji apa kurang,
semuanya!
kalau kau ada sesuatu yang istimewa
berbanggalah, tapi jangan takbur ya!
tapi kalau kau punya kecacatan
jangan kau rasa teruk pula.
kau jadikan ia cabaran
untuk majukan diri kau
supaya kau dapat baiki diri
untuk jadi lebih baik.
Sunday, January 16, 2011
amics per sempre (sahabat selamanya)
dari dulu lagi kita kenal
sentiasa bermain bersama
saling membantu kala ujian tiba
dan sama-sama meredah badai yang mahu merempuh kita.
kini, kita sudah dewasa
mampu berfikir dan bertindak sendiri
namun tidak bermakna
kita tidak bertegur lagi..
semoga kenangan aku, kau dan mereka
akan terpahat sentiasa
di hati kita.
dan ikatan ukhuwah jalinan kita
utuh sehingga tua.
Subscribe to:
Posts (Atom)