Showing posts with label EJ dan Bahasa Jiwa. Show all posts
Showing posts with label EJ dan Bahasa Jiwa. Show all posts

Wednesday, January 12, 2011

PETI SEJUK








jadilah PETI SEJUK,sejukkan benda yg panas.
jangan jadi MICROWAVE, panaskan benda yang sejuk, hanguskan benda yang dah panas.

Wednesday, December 22, 2010

Cara Halus



Melarikan MINDA dari memikirkan kisah luka
itu bukan LEMAH


Itu cara halus
mengelak hati dari terus BUSUK
dek nanah-nanah luka yang pernah terhiris dihiris tajam
ya. suatu ketika dulu

Thursday, September 30, 2010

Mudah.com

Beh, I think u should find someone better than me
I dah tak sanggup terus tipu you
you terlalu baek untuk I
I jahat
You deserved someone better than me
lagipon KITA takde masa depan
baek you sakit sekarang dari sakit ke depan
Maaf


Tipu??Kenapa Tipu??


I jahat kat sini
I dah tak sanggup tipu you lagi beh



Maksud kamu, kamu ada orang lain kat sana??
Takpe, jujurkan saja
saya tak marah


A'ah
Lebih kurang macam tu lah
I dah tak sanggup tipu you lagi
you patut cari someone yang terbaek untuk you
bukan lelaki macam I



Oh.
Takpelah macam tu
Tak plak saya terpikir kamu akan ada orang lain lagi
Tapi ada lagi
takpe, saya tak marah
saya redha


I really sorry you



Its okey
Semoga kamu bahagia



kisah cinta aku berakhir di sini
di skrin handphone nokia cap ayam
ya
di situ
.........................................................................................................................................................................


mudah
sangat mudah
manusia zaman facebook zaman twitter
memang gemarkan segala perkara mudah
mudah dan mudah
sama seperti mencari housemates di mudah.com



mudah hati dibeli
mudah cinta dibina
mudah juga hati dipatah
jiwa dijahanam



kau bangsa hebat
si pengluka penuh kata manis
muka kesian


kali ini
aku nekad
kau aku lepas sebetul-betulnya lepas
semoga bahagia




Penulis tak punya air mata lagi
hati terlalu jahanam
untuk kisah cinta 5 tahun
yang tak pernah henti menusuk hati dengan segala kelukaan


pergi AJIE
kali ini aku redha dengan sebetul-betulnya


Terima kasih Tuhan

Tuesday, September 14, 2010

Jahanam


hati makin jahanam
jiwa makin celaka
rasa makin menghilang
tetapi cinta tetap juga mendalam



bagaimana mahu membebas??

Tuesday, September 7, 2010

Watak Jahat



aku watak jahat
sentiasa antagonis sifatnya untuk sekalian pemilik hati baek
kering
kontang
kejam
penuh penipuan



hanya kerana sebuah senyuman kebahagian



hey
bukan untuk aku
tapi senyuman yang terukir di bibir kamu dan kamu dan kamu
terpaksa aku menipu
membelit lidah
menyimpul kata
memenjarakan segala riak muka
agar kamu dan kamu dan kamu
tak dapat merasa
tak bisa melihat
aku yang sedang senak sesak dengan pelbagai perkara
hati yang kian rabak dek pelbagai mainan rasa



aku mahu kamu kamu dan kamu terus tersenyum gembira
tak perlu sakit berduka



aku dah penat menjadi diri yang lansung tak aku gemar untuk berdiri
apatah lagi mengakui dengan berani hebatnya diri
hey
di sini dulu



aku LEPASKAN semua pergi
bebaslah
terbanglah
menghilanglah



aku tak punya apa

Saturday, September 4, 2010

Sedih Itu Sepi



saya takde ego.

saya agak sabar.

saya tak suka mengkritik.

tapi saya suka mengeluh tentang kesedihan.

Bagi saya, sedih itu sepi.