Wednesday, February 17, 2010

Benci

Aku benci lelaki itu
Mengambil kesempatan atas kelemahan kaumku
Lelaki yang hanya pandai bermain kata
Tidak punya perasaan
Tidak punya emosi
Hanya satu kehendak
Satu kemahuan

Aku benci lelaki itu
Lelaki yang hanya mahu seks
Yang hanya mahu puas
Yang gila mengikut nafsu

Aku benci lelaki itu

Aku benci

Rusuk milik Sang Hawa

Terbaring aku di perbaringan
Merenung kipas
Menanti azan senja

Teraba-raba aku
ke kiri badan
berkira-kira
pada siapakah rusukku ini?


Dewi

 = Perempuan dengan perhiasan parut silam tidak kelihatan disebalik terang.

rintisan

sesuatu bersembunyi disebalik mentari..
perit mencari..
hatikecilku pergi..
tak mungkin kembali lagi..
bekasnya menunggu sepi..
kerna hatikecilku,bekasnya setia didustai..
hidup sepi yang tidak bererti...

Tuesday, February 16, 2010

Tuhan Cinta

Penuh siksa,
aku menutup mata..
Menekup pandangan ke dunia..


Namun


renungan itu,
Buatku yakin ada cinta..
Hati berkalis air mata,
Jiwa seputih syurga,
Berkilau bak suasa...
Mengalir lembut...

Mata terpana,
lantar tertitip doa..


Tuhan...peliharalah aku,
dari tersembah pada sumur noda..
Terkutuk aku,
jika khilaf pada godanya..


Tuhan...andailah aku bisa,
Lebih adil pada cinta kau..
..dan dia..


Aku bukan sempurna,
penuh calitan dosa...
Aku pun selalu berharap,
miliki kau lebih dari dia ..


Namun akubukan sempurna....
Seperti yang aku kata..

Gami,


Kalau kamu kumbang,
Mestilah si dia menjadi sang bunga,






Dan biarkan aku,
yang menjadi madunya.

.

Monday, February 15, 2010

Bukan Hal Mudah

Bukan hal mudah
Untuk aku sembunyikan
Perkara yang jelas di mindaku

Bukan hal mudah
Untuk aku nafikan
Perkara yang benar di hatiku

Bukan hal mudah
Untuk aku tidakkan
Perkara yang tulus di jiwaku

Bukan hal mudah
Untuk aku palingkan pandangan
Daripada cinta yang membunga di hati