Wednesday, July 27, 2011

salam Ramadhan,kawan.

sekali lagi
dan sekali lagi selepas ini
dan sekali lagi untuk selepas ini yang ketujuh ratus sembilan belas
ulang-ulang dari satu nyawa pada dosa yang berbeza
hanya cahaya-Mu penenang gundah si pemunya jiwa kosong


salam Ramadhan al-Mubharak.

pantun ramadan.

berjalan ke rumah Tok Malik,
bertembung dengan mak lampir,
pejam celik, pejam celik,
rupanya ramadan semakin hampir.

Pak Maon rugi seratus ringgit,
terbeli batu kononnya berkuasa,
puas sudah kita menggigit,
siap siagalah untuk berpuasa.

berdating dengan Miss Amelia,
pujaan hati sudah berabad,
bulan ramadan bulan mulia,
peluang kasi extra amal ibadat.

ke Tesco beli lampu lip-lap,
balik rumah abang pasangkan,
tiada orang tak pernah silap,
harap kita saling maafkan.

letih benar badan ini,
dari laut menangkap tenggiri,
tamat sudah pantun ini,
"Salam Ramadan" aku akhiri.

Nikotina



Ya, akulah zat racun itu
yang engkau gigih hirup dalam nafasmu
melarut senyap dalam darah
jadi adrenalin membakar semangatmu.

Maaf, selalu rusuhkan harimu,
wahai penagihku.


Monday, July 25, 2011

bintang

Dalam beribu kemilau bintang yang ada
hanya itu yang punya kerdip mempersona
tak tahu mengapa, hanya itu tak dibayang cahaya siapa-siapa


hey, bintang tinggi sudi berteman dengan bumi??

simpang hidup

sedang aku terkial memilih simpang hidup
dari sekian latisan kerikil dan denai yang damai
kebutaan itu akan tetap melorongkan aku padanya


lembar takdir itukah yang salah
atau tuhan sengaja bermain helah?

Sunday, July 24, 2011

Maghrib di Hundred Years Lane

untuk katrien..

Sesungguhnya sayang,kau peluklah tuhanmu itu dengan surah surah yang telah lama kau tinggalkannya seperti bangku usang yang engkau duduki sekarang..

Maka selepas itu,barulah kau mengerti,bahwa langit yang tinggi itu tidak akan pernah terkalah menurunkan hujan untukmu...

Friday, July 22, 2011

kegagalan (maaf tajuk ini agak pathetic)

gagal
buat aku terdetik
ingin tahu
apa silapku.
gagal
buat aku sedar
tak mudah untuk berjaya.
gagal
buat mindaku berputar
cari jalan penyelesaian.
tapi
gagal
tak pernah buat aku
hilang semangat.
gagal
gesaan buat aku
terus mencuba
sampai berjaya.