Monday, February 28, 2011

Maharani.

walau kamu sendiri akhirnya jadi keliru lalu buntu
harus aku temukan makna dalam nama kamu.
kerana kamu,
Pedang Kekuatan aku.

dan walau kamu tidak temukan makna dalam nama aku,
aku tetap menjadi maharani kamu.

Permata Buatan Alam

Ambar mimpi,
            silau menguning,
                 mungkin tak secantik;
                         zamrud hijau,
                             berlian putih,
           atau delima merah.

Namun;
        dalam mimpi,
              yang memperlahan masa,
                  ia melarut bersama abadi,
       sebuah indah berbeza.

Sama seperti;
     impian kita,
         untuk kekal bersama.

Ambar mimpi;
             bukan cuma fosil,
                 ia pengakuan alam,
           atas Kuasa Yang Menganugerah Segala Kecantikan.

...sakit sangat...

hati dibiar sakit lagi.
biar sakit sekarang.
kerana tahu diri tidak layak.
untuk kamu.

hati sangat sakit.
tak pernah rasa sakit.
seperti tadi.
melihat kamu jauh.

apa yang perlu.
harus tetap menjadi perlu.
melihat dia.
dari jauh tanpa menegur.

harus hadapi.
harus.

~I Love You, But Im Done Chasing You~

serangkak muncung

kembali resah
tikaman berbekas
kerling pembuta
rengkah mata fikir
dalang insani

burung sebelah
kepak angin
kelewar usir awan
darah wajah
pangkal belati
kecamuk sediakala

pesisir kota emas
anak mata
wajar hidup
nafas kerapkali
terpenjara

suara lama
sempat damai
malam pugar
mimpi tara
langit sanggah
simpan gesa
mayat bayang


-puisi watan-

Friday, February 25, 2011

memendam itu bisa yang akan melarat.

marah suntikkan racun dalam lorong darah,
kebaskan perasaan, longgarkan pemikiran.

kita mula perjudikan hubungan,
dengan tengkar dan lonjakan suara,
mengira salah aku dan kemudian engkau,
menunding jari, membida ego,
bertaruh sampai satu akan menang.

yang kalah,
selalunya mengalah,
menabung dendam, tunggu sampai melimpah,
sampai jasad tak tertahan.
luahkan kemudian berjalan,
ludah dan tamatkan.

dengar cakap aku,
perkongsian perasaan itu penting bagi dua jiwa.

Thursday, February 24, 2011

Peristiwa Pentas Sundal

Di sudut yang gemerlapnya neon
dan menjadi luasnya horizon
seorang manusia biasa menjadi dewi
berselang sorak menggempita teriak
suaranya yang tidak molek
dimaafkan punggung yang rancak digelek.

Malam-malam lumrah di pentas karaoke bermaruah
menjadi sundal
dengan melodi berahi yang gatal.

Wednesday, February 23, 2011

bolehkah aku?

Di ruang ini
...ku rasa berasap berapi

mendengar suaramu
...aku ingin menulikan telinga sambil bernyanyi


menatap panah matamu
....aku ingin berlalu dengan hentak kaki


mengadap herdik tempik mu
....aku ingin menghempas meja dan kerusi
menerima seksaanmu
.....aku ingin menumbuk pintu besi

ingin sekali aku buat begitu


namun..semuanya itu hanya mampu kucanang dalam hati
..dan terbang pergi


bila kusedari..aku hanya kuli

sepudar kejora (i)

Apa itu malam kanda? 
kalau kejora kian pudar,
subuh hilang hangatnya,
dan pada embun di hujung rumput,
kini menitis di hujung mata?




*Khas untuk para suami. Bahagiakanlah isteri anda. Setaat dia pada anda, maka jaga lah hati dan perasaan mereka sebaiknya. Selain Tuhan, hanya pada anda tempat mereka bergantung

Tuesday, February 22, 2011

Mahu Jadi Seperti Kamu-kamu

Dan demi kamu
Yang diberi ilham untuk berkata-kata
Mempersona
Yang teruja dengan keindahan
Yang menghargai alam Tuhan
Tiada pada mata yang lain
Tiada juga pada hati yang lain
Tiada jemu
Terus memuja, dengan telus
Kecantikan bulan, Kehangatan mentari
Bagaimana sinar bintang
Juga perjalanan dari ufuk ke ufuk
Tentang dinginnya malam
Tentang siang yang membahang
Demi kamu
Yang selalu mengilhamkan
Menggambarkan cinta pada setiap baris kata
Mengembalikan rasa dalam jiwa yang parah
Walau tak terluahkan.



sebenarnya aku kagum dan jeles dgn mereka-mereka yang pandai meluahkan rasa tentang keindahan alam.tak ramai yang mampu.lebih ramai yang mudah meluahkan rasa cinta sesama kita tapi kelu bila menceritakan tentang alam Tuhan..celik.tak buta.mungkin belum menghargai sepenuh rasa.
Terima kasih buat kamu-kamu yang selalu mendamaikan rasa dalam setiap kata-kata. aku sangat, sangat, sangat menghargai..dan terima kasih kerana buat aku tenang dengan menceritakan keindahan alam Tuhan.

Gelora

Duhai dara,
Mengapa berebut menjadi
bitara di dalam jiwa?

Dan mata yang kadang-kadang meminta buta
dan jiwa yang tidak tahan meronta.

Gadis,tepi.
Padamu tidak mahu
aku mengabdi.

Monday, February 21, 2011

ini sedikit lebih dalam.

mendung yang merundum,
meliar dengan rela, menguntum bagai sakit,
ya,menghitung hari-hari yang masih jauh.
kebebasan ini barah buat hati yang terantai.
bagai busur yang memanah tak pernah henti,
berkali-kali sakit, tak lelah mati.
ruang ini makin menyempit, melumpuhkan jasad-jasad,
sendi-sendi yang lipatnya kaku.
dan ribut ini, terus ditiup dari corong dada,
hingga purnama berikutnya tiba,
hingga mata bertentang mata.

Sunday, February 20, 2011

SI HATI BANGKAI


hey, si hati bangkai
dengar aku bicara
aku mampu gelak besar tanpa jaka
aku boleh hidup tanpa dipayung siapa-siapa
secubit,aku tak lapar kasih dia *bangga

kasihan kau,
konon sudah bolot semua
tapi masih hidup dibalik bayang aku
tak pernah aman jiwa raga

padan muka!

Thursday, February 17, 2011

Pilihan untuk si gagah



Kalau diberi pilihan antara
jalan yang gelap dengan yang terang
hendak saja aku pilih jalan yang gelap.

Bukan apa,
mahu aku letakkan cahaya disana
biar tiada lagi yang boleh membeza-beza.

Wednesday, February 16, 2011

erti sunyi kekasih yang mati

1.Sunyi itu adalah prolog malam cinta berdarah. Sayapnya parah, ditikam curang kekasih tersayang.

2.Sunyi itu adalah sinar malam dari bulan turun ke wajahmu, dan kau berpaling enggan lalu berbayang di redup matamu.


3.Sunyi itu adalah saat aku berpura pura buta, tika terpandang mantanku dikelek orang, sedang aku masih mengemis cintanya.


4.Sunyi itu adalah titis titis air mata, yang bergenang di telapak tanganku, kubuat siram pohon cinta kita yang telah layu.

5.Sunyi itu adalah pasir pasir rindu ditanah tandus, seribu tahun aku berhuma, sebatang pohon cinta pun enggan tumbuh.

6.Sunyi itu adalah liku liku sungai hidup, yang telah lama kering airnya dek kemarau rindu.

7.Sunyi itu adalah perahuku yang telah patah dayung cintanya, lalu karam di lautan rindu yang paling dalam.

8.Sunyi itu adalah epilog saat ku melangkah ke kubur cinta, yang pada nisannya, tercatit epitaph namaku sendiri...

air.

dan dari pecahnya kaca harapan,
mengalirlah limpahan air kekecewaan,
lewat mata yang tergambar kesedihan.

malaikat maut

dia adalah



pengusir kelazatan



pemutus keinginan



pemisah jemaah



dan yang meramaikan kubur.

Tuesday, February 15, 2011

Mohon Kau Ubah

Wahai Yang Berkuasa
Aku mohon Kau ubah corak warna
Aku rayu Kau ubah rentak irama
Aku berlutut padaMu agar
Kau ubah sendu kepada tawa
Aku punya jiwa halus
Tak sanggup melihat yang tersayang menangis terus
Aku memohon padaMu Yang Mencipta
Ciptakan, rekakan satu perasaan
Satu perkataan yang lebih dari
Kegembiraan dan lenyapkan kedukaan
Aku cuma insan berhati salju
Bila ujian menerpa aku terduduk lesu
Aku harapkan semangat
Bukan untuk menunjuk diri hebat
Tapi buat bekalan jiwa dia yang kuat
Aku dambakan kekuatan
Tidak dengan keinginan untuk melawan
Tapi untuk dia melangkah dan terus berjalan
Wahai Tuhan ujianMu maha hebat
Dan rasa lemah terus menghambat

Paralyze

bulan terukir wajah dingin
berbalam-balam bayangnya menyeksa
aku pohon biar bulan retak seribu

Friday, February 11, 2011

Liar.

Lebih baik kenal dulu
Sehabisnya liar
Yang mungkin pernah ada
Sebelum mahu mampir
Dengan murni suci hati sunti
Menjinakkan diriku
Ku tak mahu dipersalah
Andai kesudahannya nanti
Kau pula yang akan jadi liar
Tak mampu dikawal olehku
Yang cuma faham liar sendiriku.

Omerta

Nicotine dan sugarcane untuk mereka yang mau berlari membeli darah,air mata dan syurga

mengintai dunia belah sana

sebenarnya berkurun lama aku mengintai dunia belah sana
pada satu saat aku berani melangkah masuk
hingga aku sedar aku tak mampu bernafas di dalamnya
buat aku kembali sayang pada dunia sendiri

terima kasih anda
yang di dunia belah sana.

Thursday, February 10, 2011

mabuk

Aku yang mabuk dek khamar cinta,
Tiap tiap jajahan fikirku cuma ada kamu,
katakan saja, ya, aku memang gila!
Siapakan waras digoda dirimu?

Dari Syurga Ke Dunia Dan Ke Syurga Semula

Tuhan ciptakan cinta untuk Adam,
ketika langit syurga,
tidak lagi menghidupkan,
seri di hati Adam.

Pertama kali Adam melihat Cinta,
matahari memberi senyum,
hangat memeluk dua roh,
yang memandang dan dipandang.

Cinta dihadirkan sebagai senjata,
untuk bertarung dengan sunyi.

Dan Cinta itu hingga kini,
diturunkan dari satu jiwa,
ke jiwa yang lainnya,
dalam satu kitaran infiniti;
sampai saat manusia kembali ke FirdausNya.

Wednesday, February 9, 2011

dia sempurna

Tuhan..
jangan hadirkan dia yang lain untukku..

Tuesday, February 8, 2011

tv 60'an

dulu hitam putih
sekarang sudah berwarna..

cantik.

itu tvlah..

mungkin kamu juga =)

=)

cemburu lihat bulan dipeluk bintang ya..?
tak perlulah..
kerana bulan lebih cemburu lihat kamu dipeluk aku.
=)

...did you ?...

he is the one who makes me cry,
he is the one who left me behind,
he is the one that said 'we are best friend',
and now, we are still best friend.

you are the one can make me smile,
you are the one can make me laugh,hard,
you are the one im in love with,
and now, i chose you and only you.

he and you are the same person,
he and you stole my heart,
and never gives back,
me ? pointless.

but...did i stole your heart ?
did you chose me and only me ?
...till now, no one knows except Allah,
wishing it will be the same from your view...

for the sake of love

Put your hands up
Reach up high
Let the wind blow
Let the soul go
on the land of His
and on a good pathway
May Allah bless the life of ours

SAVE EGYPT!

hadiah untuk setia

rasa-rasa indah
pada setiap senyum
pada setiap muram
pada setiap rasa-rasa yang berbeza
setiap kali tanpa dia disisi
setiap kali bila dia disini
dalam hati..

masih ada setia
pada sedikit curang

tak pernah kurang rasa cinta
cuma ada sedikit curang

pada gelap malam yang kaku
dalam renyai hujan yang berlagu
aku hadiahkan curang
pada setia cinta kamu.

ketika aku masih rindu

engkau tahu..?
aku curi-curi lihat kamu
ketika kamu jauh
jauh dari depan mataku
pada jarak yang kejam

engkau tahu..?
aku selalu mimpikan kamu
pada setiap malam
pada setiap mimpi-mimpiku
mimpi kan engkau akan kembali

engkau tahu..?
jarak itu sudah semakin jauh
mimpi itu tidak ada lagi
rindu itu sudah hilang
tipu!masih ada sedikit lagi
tapi sangat sidikit

engkau tahu..?
pada aku engkau bukan sicinta aku lagi
bukan pada waktu ini
jadi sila pergi
engkau patut kembali
ketika aku masih rindu.

Monday, February 7, 2011

sila cermin diri anda!

aku tak suruh pun
kau tenung cermin lama-lama
dengan mata kasar kau.
aku nak kau lihat diri kau
dengan mata hati kau.
kau teliti apa yang lebih,
kau kaji apa kurang,
semuanya!

kalau kau ada sesuatu yang istimewa
berbanggalah, tapi jangan takbur ya!
tapi kalau kau punya kecacatan
jangan kau rasa teruk pula.
kau jadikan ia cabaran
untuk majukan diri kau
supaya kau dapat baiki diri
untuk jadi lebih baik.

senyuman dulu

kamu..
aku sudah seperti begitu hampir
untuk bertemu dengan si aku yang dulu
si aku yang selalu buat kamu senyum
si aku yang selalu buat kamu ceria
si aku yang ada pada tiap duka-suka

ya..
aku agak yakin
kerana sudah lama aku tak lihat senyuman seperti itu
senyuman yang kau berikan pagi tadi
senyuman yang aku selalu tunggu
senyuman yang engkau selalu beri pada si aku
si aku yang aku abaikan

bukan..
aku bukan mahu jadi si aku
aku hanya mahu curi segala rahsia dari si aku
supaya aku dapat lihat senyuman yang amat dulu
senyuman yang kembali tadi pagi
amat suci
amat aku rindu..
kamu..senyumlah lagi..
aku takkan bosan.

MARI KAKAK MAHU CERITA..


tepuk kerusi....

mari sini kakak mahu cerita
kau gadis punya harga
punya nama yang perlu dijaga
punya martabat yang tinggi nilainya

walau serawan mana jiwa
jangan kau lempar kata nista
jangan kau memekik bak perempuan gila
jangan kau tunding ke dia tak semena
kerna itu cermin pengukur kita

andai kata esok-esok muncul perempuan gila di depan mata
nah,senyum dan tataplah matanya
sambil berkata"maaf,aku punya standard yang perlu dijaga"

bukankah kita sama saja,gadis semua
jadi usah direndah martabat kita
kerana perkara bodoh semata.

Saturday, February 5, 2011

TERKEDU

arah mana mahu dituju
ranjau onak penuh batu
hidup susah tiada ilmu
bikin aku jadi keliru
mahu pilih yang mana satu
terkedu
mahu pilih yang manis madu
takut terhiris dalam kelambu
mahu pilih yang pahit hempedu
takut terguris bertambah pilu
terkedu

Nampak

( hanya yang terang mata hatinya akan nampak kebenaran yang sebenarnya )

Seorang

Kalau orang bagitau kau

"Kau tak akan pernah seorang,"

"You'll never walk alone,"

Cuba kau berjalan seorang, di lorong gelap, tiada berlampu
kau akan lihat,

bahkan bayang-bayang mu sendiri terhapus,
tiada MENEMANI mu.


.

Friday, February 4, 2011

erotika.

aku henjut puisi,
di atas ranjang komersialisma-- semata,

dan kelajuannya,
ku tambah-tambah,

kerana nikmatnya,
sungguh tak terkira-- inzal.

hanya setelah lelah bertamu,
baru aku memilih untuk berhenti.

cuma setelah itu,
aku tersedar akan sesuatu.

-- rupanya selama ini benihku,
membesar jadi sampah terbiar.

Aku masih disini

Jangan engkau risau sayangku..
aku ada disini..
walau engkau jauh pergi..
aku tetap ada disini..
mengikut aturan takdir ilahi..
aku tak punya kuasa menentangNya.
aku hanya mampu berjanji..


Aku masih berada disini..
untuk kamu sayangku..


Setiap yang sudah berlaku ada hikmahnya tersendiri..
jangan biarkan raksasa celaka bermaharajalela dihati..
berpeganglah kepadaNya..
Dia maha mengetahui...

Gadis Pelangi

Benar, aku gadis pelangi
Hadirku bersama indahnya warna-warni

Tapi, aku gadis pelangi
Pada tiap sinar mentari
Akan ada gerimis membasahi bumi

Thursday, February 3, 2011

Soal-Bicara Solusi Jiwa Dan Suara

Jiwa kita;
adalah kekotoran yang menjelikkan.

Suara kita;
adalah jeritan dosa yang memekakkan.

Syukur;
ada suci yang bisa membasuh jiwa dan lagu yang menenggelam suara.

Tuesday, February 1, 2011

bah.

bah,
adalah manifestasi cinta,
dari Tuhan buat hamba-Nya,

dan sebagaimana sifat cinta,
tak semua dapat menerima.

Hari Hujan

Hari Hujan,
saudari masih lagi kesana-sini.
Basah,
demi mencari sesuap nasi.

Hari hujan,
aku hanya memandang saudari,
berteman asap rokok dan kopi.

(malas)

Magis

Telah terdengar
suara-suara yang mahu bangkit
dalam sunyi sebenarnya
ia membingit.

Lalu mereka yang seronok menjadi tukang percaya
dan pembenar yang kononnya menghasut
bertarung.

Dalam damai,
udara yang putih menjadi warna-warni
politik itu cantik,
dan mencarut itu molek.

Bila semua keinginan sudah dilampiaskan,
terpandanglah seorang anak yang kasihan
ibunya tidak mampu mengenyangkan
dan ayahnya peribadi kesyaitanan.

Habis semuanya,
terkepallah genggaman
dan terlaunglah seruan,
"Kami pembela!mari percaya!"

Terus anak kecil itu menangis
dalam tragis,
sebenarnya magis.