Monday, September 4, 2017

Pisau

Kesunyian pada sebilah pisau
haus hanyir darah
amarah secarik kelukaan
nafsu merintih sesak.

Gila sebilah pisau
terbalas kala menghiris
sombong mencipta nyeri
gagah merobek luka.

Maruah sebilah pisau
kata-kata yang melukakan
pedih!

Andai pisau itu ada padaku, mahu saja kucincang engkau!