Sunday, July 31, 2011

harapan.

dia biarkan semua pergi.
dia berdoa,
hari ini,
saat dan detik ini,
dia akan mulakan segalanya,
sekali lagi.


kembali ke gelangang
sebagai seorang
yang penuh;
cinta dalam gengaman tangan
dan
mata yang menjanjikan
kisah-kisah syurga
dambaan putera raja.


dia bukan siapa-siapa
tetapi hari ini,
dia akan menjadi
seseorang yang punya






segalanya.

Friday, July 29, 2011

Chaos di Hundred Years Lane

Jiwaku merusuh meronta pabila kulihat kucing dan anjingku disepak terajang bagaikan tiada malaikat yang kasihan padanya

3 palang mimpi

3 palang mimpi
denyut fantasi
selami diri
bara di sisi
lentur tekad
peribadi maknawi

berkibar debar
di garaj kubur
luka gamam
memesong malam

Thursday, July 28, 2011

Object Oriented Poetry di Hundred Years Lane

Drug and cigarette
Children and toys
Bitch and Guns
Mothers and Son
Old Folk and Youth
Books and Eyes
Cats and Dogs
Psychedelic and Delirium
Suede and The Velvet Underground
Bench and Trees
And because sometime my friends,we need a flowers that smell like a rain
-----------------------------------------------------------------
Dan kucing itu bertanya kepadaku buku apa yang kau selalu baca di saat ibumu meninggal?
Ku katakan kepada kucing itu bahwa di saat itu diriku tidak bisa membaca buku
Dan saekor anjing bernama oliver itu pula bertanyakan kepadaku
Pelacur manakah yang kau selalu tiduri di saat ibumu meninggal
Dan jawapannya adalah katrien yang tinggal di sudut paling hujung lorong seratus tahun
Seorang anak kecil dan ibunya yang bernama markiah si pengutip sampah paling cantik di dunia berkata
Apakah yang telah terjadi dengan ibumu?
Hakikatnya dia mengambil pistol dan menembak dirinya sendiri kerna keputusan rokok dan dadah
Shes in fashion bukan? kata oliver
Ya jawabku
Dan di akhir ceritanya aku duduk di bangku paling buruk di dunia melihat pokok yang hampir mati kepupusan air...
She's In Fashion - Suede

Wednesday, July 27, 2011

salam Ramadhan,kawan.

sekali lagi
dan sekali lagi selepas ini
dan sekali lagi untuk selepas ini yang ketujuh ratus sembilan belas
ulang-ulang dari satu nyawa pada dosa yang berbeza
hanya cahaya-Mu penenang gundah si pemunya jiwa kosong


salam Ramadhan al-Mubharak.

pantun ramadan.

berjalan ke rumah Tok Malik,
bertembung dengan mak lampir,
pejam celik, pejam celik,
rupanya ramadan semakin hampir.

Pak Maon rugi seratus ringgit,
terbeli batu kononnya berkuasa,
puas sudah kita menggigit,
siap siagalah untuk berpuasa.

berdating dengan Miss Amelia,
pujaan hati sudah berabad,
bulan ramadan bulan mulia,
peluang kasi extra amal ibadat.

ke Tesco beli lampu lip-lap,
balik rumah abang pasangkan,
tiada orang tak pernah silap,
harap kita saling maafkan.

letih benar badan ini,
dari laut menangkap tenggiri,
tamat sudah pantun ini,
"Salam Ramadan" aku akhiri.

Nikotina



Ya, akulah zat racun itu
yang engkau gigih hirup dalam nafasmu
melarut senyap dalam darah
jadi adrenalin membakar semangatmu.

Maaf, selalu rusuhkan harimu,
wahai penagihku.


Monday, July 25, 2011

bintang

Dalam beribu kemilau bintang yang ada
hanya itu yang punya kerdip mempersona
tak tahu mengapa, hanya itu tak dibayang cahaya siapa-siapa


hey, bintang tinggi sudi berteman dengan bumi??

simpang hidup

sedang aku terkial memilih simpang hidup
dari sekian latisan kerikil dan denai yang damai
kebutaan itu akan tetap melorongkan aku padanya


lembar takdir itukah yang salah
atau tuhan sengaja bermain helah?

Sunday, July 24, 2011

Maghrib di Hundred Years Lane

untuk katrien..

Sesungguhnya sayang,kau peluklah tuhanmu itu dengan surah surah yang telah lama kau tinggalkannya seperti bangku usang yang engkau duduki sekarang..

Maka selepas itu,barulah kau mengerti,bahwa langit yang tinggi itu tidak akan pernah terkalah menurunkan hujan untukmu...

Friday, July 22, 2011

kegagalan (maaf tajuk ini agak pathetic)

gagal
buat aku terdetik
ingin tahu
apa silapku.
gagal
buat aku sedar
tak mudah untuk berjaya.
gagal
buat mindaku berputar
cari jalan penyelesaian.
tapi
gagal
tak pernah buat aku
hilang semangat.
gagal
gesaan buat aku
terus mencuba
sampai berjaya.

Thursday, July 21, 2011

Belahan Jiwaku, Ada Di Sana

Duhai peri,
hantar aku semula
ke dunia mimpi
semalam, yang telah
berhias bunga-bunga
berlangit pelangi cerah.

Biar bintang
merajuk,
biar gemawan
meradang;
jangan biar
aku mati
dalam
rindu, yang tak
tertanggung.

Wednesday, July 13, 2011

beb, aku dah balik!

lama aku hilang
tinggal kau seorang.

aku tak rajuk,
aku cuma cari ruang untuk diri sendiri.
aku fikirkan apa yang aku dah buat,
juga fikirkan apa yang aku akan buat.

tapi kau aku tak pernah lupa.

gembira dapat bersua semula.

Monday, July 11, 2011

kau bukan siapa-siapa

sudah lama aku bersembunyi di balik kata-kata ini
bukan tidak mahu keluar terbang tinggi
tapi entah kenapa jiwa ku ini enggan berlari

mungkin jika aku benar-benar pergi
bukan cuma engkau, aku juga hilang seperti bayang-bayang disinari mentari





how to move on when the only life i live in is yours?

Saturday, July 9, 2011

melihat aku dari kaca matamu

bagai sekujur tubuh yang mati
tanpa jiwa yang menemani


kerna kau biarkan aku sepi
walau hatiku kau genggami




once upon a time i was yours
i am still
but i doubt of forever

Wednesday, July 6, 2011

SegiTigaBulan


Kalau kau jadi bulan,
dia jadi apa?
Riba?
oh untunglah.

Kalau kau jadi bulan
aku jadi apa?
pungguk?
oh malangnya

Tuesday, July 5, 2011

bercakap benar itu mudah (i)

berhenti menyintaimu adalah serupa kiamat kecil
yang tak pernah difatwa sebarang ulama
atau tertanda dalam kitab apa jua
ia khurafat yang paling nyata!

Sunday, July 3, 2011

waris pusaka

*********************************
sudah berbubuk relung jiwa
sudah berdebu bendang hati
kering kontang dimamah dendam berzaman
tinggal hanya batu tanda
..bukti ruang pusaka ini kekal aku warisi
..seorang diri

********************************