bagaimana harus aku mulakan?
hidup tanpa aturan biasa;
aturan harian
yang penuh
nama kamu pada priority pertama
dan memulakan kembali,
putaran hari yang lama?
Wednesday, August 24, 2011
Tuesday, August 23, 2011
Kenapa Mungkir?
Kau Kata
Kau akan selalu ada untuk aku
Melainkan kalau aku
Menjauhkan diri
Aku lari laju-laju
Pergi sejauh mungkin
Kau masih tetap di sini
Ada untuk aku
dan...kau mungkir janji
Kau akan selalu ada untuk aku
Melainkan kalau aku
Menjauhkan diri
Aku lari laju-laju
Pergi sejauh mungkin
Kau masih tetap di sini
Ada untuk aku
dan...kau mungkir janji
Wednesday, August 17, 2011
Ini Bukan Puisi, Ini Pengumuman.
Projek tahunan pertama blog Puisi Pantas Pendek akan dimulakan sekarang dan diharapkan akan dimeterialisasikan sebelum penghujung tahun 2010. Bagi membuat sedikit kelainan dari kolektif-kolektif blog yang lain, jadi saya mencadangkan untuk membuat kompilasi 'spoken poem'. Setiap puisi terbaik dari semua penulis disini akan dideklamasikan oleh wakil yang bersuara lunak (atau oleh para penulis sendiri, jika boleh) yang diiringi oleh muzik dan dirakam kedalam bentuk cakera padat (disertakan sekali dengan booklet)
Memandangkan pasaran dan penerimaan khalayak untuk sebuah lagi penerbitan buku koleksi puisi dalam lambakan yang ada sekarang adalah tidak begitu memberansangkan, juga memandangkan khalayak lebih gemar menghabiskan waktu untuk mendengar daripada membaca buku, terutama sekali ketika mereka sedang memandu atau bersenam atau mandi atau memasak atau ketika menyusukan anak, sebagai contoh.
Juga dari segi kos, walaupun setelah dibuat cungakkan dan hitungan, tidak banyak beza (atau mungkin lebih sedikit) sama ada menerbitkan buku (secara profesional) atau menerbitkan rakaman cakera padat (secara kelihatan profesional). Namun memandangkan saya lebih berpengalaman dalam hal penerbitan muzik serta akses yang telah tersedia, harapnya membantu dalam soal pengurusan kos.
Saya lebih selesa mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk mengelakkan sebarang penyelewengan atau sebarang komplikasi lain dikemudian hari, oleh itu saya tidak mewajibkan sumbangan dari semua penulis, tapi sebarang bantuan dan sumbangan ikhlas dari para penulis amat dihargai.
Saya mengharapkan persetujuan semua.
Sebarang cadangan lain boleh e-mailkan ke thechalatchalat@gmail.com
Tambahan:
Bagi menjawab segala pertanyaan dan spekulasi, juga sebagai details untuk projek ini, disini saya senaraikan 'most frequently asked questions':
1. Boss, bilakah tarikh tutup projek ini?
Ini ialah projek tertutup untuk penulis dalam blog PPP sahaja. Tarikh tutup yang dimaksudkan ialah hari terakhir untuk sebarang puisi untuk dipost ke dalam blog dan dinilai/dipilih untuk diterbitkan. Jika ada penulis luar yang berminat, maka dia perlu mendaftar sebagai salah seorang penulis blog PPP dahulu dan post puisi mereka sebelum tarik tutup. Jika selepas tarikh tutup maka puisi itu hanya akan diterbitkan untuk projek tahun hadapan. Tarikh dateline adalah 1 NOVEMBER 2010.
2. Yang, you yang pilihkan puisi I yang terbaik ke I pilih sendiri?
Saya dengan berbesar hati memberikan kebebasan untuk setiap penulis memilih sendiri puisi mereka yang mereka rasakan terbaik. Sila nyatakan tajuk puisi serta tarikh ia di post dalam blog ke email saya ini. Maksimum seorang hanya dua puisi. Jika merasakan belum hasilkan karya yang terhebat lagi, maka silalah berbuat demikian sebelum tarikh tutup. Jika saya tidak menerima sebarang maklum balas sebelum tarikh akhir, maka saya akan menentukan sendiri mana puisi yang terbaik.
3. Brader, lagu yang digunakan nanti lagu original ke lagu Zainal Abidin?
Setiap lagu adalah hasil kerja ORIGINAL yang sudah ataupun belum diterbitkan oleh artis yang terlibat. Saya akan cuba mendapatkan khidmat komposer/produser antarabangsa iaitu The Chalatcahalat serta beberapa artis indie yang lain. The Chalatchalat hanya menghasilkan lagu berirama elektronika serta piano solo untuk mungkin 85% spoken poem dalam kompilasi ini. Selebihnya mungkin irama gitar akustik dari artis indie yang lain. Lagu tidak akan sesekali dirembat tanpa kebenaran artis. Mungkin dalam satu lagu akan dimuatkan dua puisi bergantung kepada panjang puisi itu.
4. Abang, nanti saya guna suara sendiri ke untuk baca puisi atau suara orang lain?
Saya tidak minta pun kalian baca dan rekodkan suara kalian untuk setiap puisi kalian. Saya akan berusaha mencari wakil yang bersuara komersil. Namun, saya amat berbesar hati jika kamu dengan sukarela menawarkan diri untuk membaca dan merakam sendiri bacaan puisi kamu. Terdapat banyak software untuk merekod suara (pro tool, sound recorder, garageband, movie maker etc). Jika berminat membaca sendiri puisi kalian, silalah bereksperimentasi untuk dapatkan hasil yang terbaik, cari jarak antara mulut dan mikrofon yang paling terbaik, merakam di dalam jamban atau dibawah katil untuk dapatkan kualiti yang terbaik dan tidak bergema sebagai contoh. Jangan risau tentang bunyi 'noise' atau bising dalam rakaman suara kalian, saya akan berusaha meng edit dan remastering kepada kualiti yang boleh diterima, lagipun sedikit bunyian 'hissing' menambah kerekter dan autensiti rakaman tersebut. Terpulanglah kepada kalian sama ada untuk menjerit, menangis atau berbisik (jangan terlalu perlahan) mengikut mood puisi kalian. Cuma saya mintak, janganlah dibaca terlalu laju. Jika berminat membuat rakaman sendiri, emailkan sahaja kepada saya dalam sebarang format, preferably format mp3.
5. Tuan, bagaimana dengan soal royalti?
Ini soalan sensitif, memandangkan ini projek budget rendah, saya hanya mampu menawarkan harga modal kepada semua penulis. Penulis boleh membeli seberapa banyak yang mereka mahu kemudian boleh dijual dengan harga pasaran yang saya akan tentukan kelak dan setiap seorang boleh mendapat keuntungan hasil dari jualan mereka. Bagi yang menderma modal, maka saya akan berikan CD percuma yang sama nilai dengan hasil sumbangan mereka, serta jika mereka mahu lagi, boleh beli dengan harga modal dan jual dengan harga pasaran untuk mendapat keuntungan. Saya hanya akan membayar artis dan penyumbang suara yang terlibat, ini termasuk dalam kos penerbitan.
6. Dude, ini projek picisan , gua tak mahu terlibat boleh?
Suka hati engkaulah, jika tidak mahu terlibat dan tidak mahu puisi kamu digunakan dalam penerbitan ini, sila beritahu saya secara gentleman. Saya tidak akan ambil hati atau memancitkan tayar kereta kamu.

Monday, August 15, 2011
Akan Tiba Suatu Saat....
...bila kesabaran menemui nokhtah
dendam terus mengorak langkah
dan ketika itu tak ada satu pun kemaafan
yang akan ter-endah
tak ada
takkan ada.

Sunday, August 7, 2011
Licorne Noire
Hitam. Warna gelita.
Di dalamnya
ada tiada;
hampa,
buta,
noktah.
Unicorn. Tungganganku.
Laju berderap laju
keliling Cincin Zuhal;
berdebu,
kaku,
beku.
Aku satukan
kegelapan dan keindahan,
semata untuk sampai - dua ratus juta tahun cahaya
jauhnya dari Matahari;
supaya akhirnya sayap
unicornku yang patah,
bisa aku guna
dan akhirnya
ketemu kamu.
fifi di tepi tangga.
malam ini fifi kucingku
beradu di tepi tangga rumahku
kala kami lalu lalang di situ.
sukanya dia,
nyenyaknya dia lena
seperti tangga itu dia yang punya.
nampaknya kami
harus berhati-hati
bila lalu di sisi fifi.
jika terpijak sekali,
taringnya membenami kaki.
beradu di tepi tangga rumahku
kala kami lalu lalang di situ.
sukanya dia,
nyenyaknya dia lena
seperti tangga itu dia yang punya.
nampaknya kami
harus berhati-hati
bila lalu di sisi fifi.
jika terpijak sekali,
taringnya membenami kaki.
Wednesday, August 3, 2011
Kongsi
Sebatang marlboro ice
Kami berdua kongsi
Tanda solidariti hati
Kalau salah seorang daripada kami ada tibi
Memang celakalah nasib kami.

janji kita
bila saja ada waktu kamu merinduiku
pasti waktu itu rasa kita adalah sama disebalik jarak antara jasad yang terhumban antara satu garis sempadan
pada titis air mata yang menzahirkan siksa hati yang menuntut janji dari waktu
pada segenap dinding jiwa yang didakap erat sepi malam tanpa kamu
janji bintang
malam takkan sendiri
janji bulan
malam takkan sepi
janji hujan
malam takkan sunyi
janji kita
satu hari pasti bersama..pasti.
Subscribe to:
Posts (Atom)