Kawan,
Saat kau melafazkan kata perpisahan,
Aku hiba,
Tertanya adakah kau lupa janji - janji kita?
Biarpun seribu alasan kau senandungkan,
Ku telan dengan kepahitan,
Mengharap masih ada ruang di hatimu untukku.
Kawan,
Tiada istilah bosan dalam kamus persahabatanku,
Kerana bagiku, sekali kita berkawan selamanya tetap kawan,
Oleh itu, usah kau pertikaikan persahabatan kita,
Usah kau ragui kesetiaan jiwa,
Kerana kau teman sejatiku.
Doaku kawan,
Semoga kau gembira dengan kehidupan baru,
Selamat tinggal kawanku
*Special dedicated to beloved friend Ain Adnan, hope you will happy with new life. I'm sorry for everything :')
Yang Benar: Add aka Erma Alyssa