Thursday, June 28, 2012

karakter.

selalunya dia akan bercerita tentang orang lain--

orang-orang asing yang dijumpa ketika pulang kerja
selisih semasa membeli bunga
atau mungkin
yang pernah seiring jogging bersama.


selalunya juga
dia akan mereka cerita ,
tentang kemungkinan orang asing itu
untuk dibuat ubat ketika dia luka.

dengan kemungkinan,
pasti hidup mereka lebih merana.

Wednesday, June 27, 2012

Semalam Aku Lihat Bintang Jatuh

Semalam aku melihat bintang jatuh
Yang tiba-tiba lalu di depan mataku
Lalu aku tanpa segan menegur
“Bintang jatuh, pandanglah aku!”

Mungkin saja dia mendengar teriakku
Lantas disahutnya aku
“Aku bisa buat apa saja untuk kamu budak kecilku,
Kan kuhadir selalu untuk temani kamu,
Dan membuang jauh rasa sunyimu”

Langsung aku dan bintang jatuh itu
Berbicara seakan sudah selalu bersua
Kami rungkai segala kenangan lama
Yang kadang-kala mengusik rasa

Tiba masa bintang jatuh itu pergi
Aku berpesan memohonnya berhati-hati
Kerana aku mahu dia kembali
Hadir selalu untuk menjengukku lagi

Monday, June 25, 2012

Kisah Silam

Kisah silam memang payah nak tenggelam
walau dicuba padam namun tetap akan datang
biar kau lari seribu batu
bayang-bayang tetap di belakangmu
dekat denganmu!
Malah langsung tak pernah meninggalkanmu
si kisah silam.

Friday, June 22, 2012

TAK PANDAI JAGA

tika aku inginkan dia
pelbagai aku lakukan
tapi bila dia aku miliki
langsung tiada apa aku lakukan
bila dia sudah pergi
tidak keruan aku dibuatnya

memang aku tidak pandai menjaga

N:A:Z:R:U:L

Thursday, June 21, 2012

Langkah Pertama

Satu langkah sudah maju
Langkah yang aku takutkan dahulu
Satu langkah sudah maju
Langkah yang aku gentarkan selalu
Satu langkah sudah maju
Langkah yang kau ejekkan padaku
Satu langkah sudah maju
Langkah yang tidak lagi aku malu

Satu langkah sudah maju
Kita sudah hampir ke situ
Satu langkah sudah maju
Lihatlah dunia langkah kerdilku
Satu langkah sudah maju
Kini aku menulis di buku
Satu langkah sudah maju
Ketemu kita di tempat itu

Satu langkah sudah maju
Kau bila lagi?
Aku tunggu.

:)

Dosa.

Samaada risaukan dosamu dengan tuhan Sedang kau tahu dia itu maha pengampun Ataupun remehkan dosamu dengan manusia Yang kau tahu kadangkala memang penuh pura.