Wednesday, October 24, 2012

liberal plural

liberal plural bukan jumud singular.

Friday, October 19, 2012

Sukar Dilawan

Sudah aku bilang,
Kewarasan akan terhakis 
saat diri mulai 
rasa kecelaruan.

Dan aku,
Aku celaru 
kerna warasku 
makin pudar 
pabila jiwa berada di awangan.

Kau buat jiwa aku 
melayang 
walau hanya dengan 
melemparkan senyuman.

Bisa ajar aku 
bagaimana untuk 
tahan perasaan
yang bikin aku sukar
untuk tidur malam
dan lawan
rasa tak keruan?



Thursday, October 4, 2012

Pembunuh

aku mahu percaya yang kau seorang pembunuh
kau yang racun minda
kau yang siat perasaan
kau yang siang jiwa
hingga tertinggal
cuma kulit-kulit derita
melekat pada tetulang percaya

mati! pada hatinya

satu cuma. kau bunuh dan kau bunuh. terusan. lantas kau berlari. pergi, senyap umpama angin berderu. singgah sebentar.