Cuba kau capai kotak itu
yang duduk di sisi pintu hatiku.
Bukalah.
Baru kau tahu
apa itu remuk hati
luluh jantung
sesak jiwa
dan segala rasa yang wujud
dalam duniaku.
Tiada baitku untukmu lagi
cukuplah sampai di sini.
Noktah.
Sunday, February 24, 2013
Monday, February 11, 2013
ukur rasa
kalau kau mahu ukur berapa rasa kau pada dia
pastikan kau merasa kehilangannya
saat itu baru kau tahu cinta atau pura-pura
pastikan kau merasa kehilangannya
saat itu baru kau tahu cinta atau pura-pura
Tuesday, February 5, 2013
Bayang
Sengaja kumatikan lampu
biar tak terlihat bayangmu
di setiap penjuru bilikku
Biarkan aku peluk sunyi dalam
malam yang menggebu
dan cuba untuk tidak memikirkan mu
yang jauh beribu batu
Sia-sia. Ya, aku tahu.
Saturday, February 2, 2013
Berpaling.
Berlalu pergi dengan radang hati
Kemudian berpaling semula
Dengan mata genang berkaca
Menanam harap.
Rokok dipijak lumat
"Klise!!!"
Subscribe to:
Posts (Atom)