Friday, December 20, 2013

Tanding Pesan

Hey, hey
dengar sini aku berteriak
ada perkara baik
yang aku mahu beritakan
yang perlu aku sampaikan

Hey, hey
berhentilah!
dengarkan aku ini!

Cuma angin yang berbisik.

Hm.
Baiklah.
Masakan untuk mengkhabarkan nasihat pun
kau perlu banding labuh kainmu
dengan labuh kainku
sememangnya aku kalah.

Hm.
Tak mengapalah.
Kurang kurang aku bisa pakai
kata kata ini untuk diri sendiri

Hey, hey
Sekarang lihat,
kainmu tersingkatkan berbanding kainku


Ha!
Kau kalah