Wednesday, January 27, 2010

Panjang Malam

Satu pasangan.
Bulan dan bintang.
Sama-sama muncul
di pentas malam.

Dua-duanya seiring.
Hadir selepas terang.
Sama-sama bertemu
melepaskan rindu.

Tiganya itu aku.
Mendiam membisu.
Menyelimut pilu.
Menyembunyi cemburu.

Semuanya jelas
di hitam langit malam,
langit yang tadi paginya
putih dan biru.

1 comment: