Friday, May 14, 2010

dia hanyalah sejauh doa

mata melilau mencari,
kaki mengejar yang tak pasti,
hati berdetak laju tak mahu berhenti.

bila ditanya kenapa begini,
tiada jawapan yang ditemui,
semuanya sepi menjadi misteri.

berhentilah mata dari mencari,
berhentilah kaki dari berlari,
berhentilah hati dari berbunyi.

biarkan bibir bergerak sendiri,
nyatakan semua yang tersembunyi,
kerana dia hanyalah sejauh doa. pasti.

2 comments: