Sunday, October 24, 2010

Bisikan

Aku perlukan Engkau,
Tetapi sering kali aku telah gagal,
Mendengar suaraMu,
Kerana titik-titik hitam yang telah
Membutakan hatiku.

Di alam mimpi ini,
Seolah-seolah aku akan tinggal selamanya,
Aku sering terlupa,
Aku sering bersikap alpa,
Bahawa aku akan tersedar dari tidurku ini,
Untuk menghadapMu.

Janganlah Engkau mengambil cintaMu,
Dari aku yang fakir ini,
Aku perlukan Engkau, cahaya yang abadi,
Untuk meraih kasihMu yang selamanya.

1 comment: