Friday, November 26, 2010

Bingkai.

Dalam bingkai itu,
ada cerita
kisah aku
kisah engkau
kisah mereka
kisah kita
tapi satu yang orang tak bisa tahu

dalam bingkai bingkai cerita kita
aku tidak pernah ada

kerana aku, jurugambarnya.
adanya aku, sepertinya tiada.

memori pernah tercipta
dibingkaikan
tanpa aku didalamnya.

.

2 comments:

  1. dalam bingkai itu ada kamu
    di luar bingkai ada aku
    mahu rasanya kumasuk ke bingkai itu
    agar kurasa apa yang kau rasa
    agar kita sebingkai bersama...

    ReplyDelete