Thursday, November 11, 2010

Senja

Zikir hati tua itu,
Satu-satu, jaga-jaga.

Fikir hati tua itu,
Rangkak-rangkak, pelihara.

Biar dihayati penuh makna,
Biar semua abadi dalam jiwa,
Biar sampai ke puncak cinta,
Darah dan nyawa bukan perkara.

Kalau tinggi segunung pasti hapus,
Kalau besar sebumi pasti tebus,
Kalau tidak menyanggah daerah larangan,
Pasti si tua diampunkan.

Dengan zikir yang satu-satu.
Yang jaga-jaga.

Zikir hati tua itu,
Satu-satu,jaga-jaga.
Fikir hati tua itu,
Menyembuhkan silap hari yang lama.

*ditulis ketika kehilangan arwah atok.mohon doakan sekali kesejahteraan atok.tengs.

Daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu telah berkata : Aku mendengar Rassulullah S.A.W bersabda : Sesungguhnya Allah berfirman (maksud) : Wahai anak Adam! Apabila engkau memohon dan mengharapkan pertolonganKu maka Aku akan mengampunimu dan Aku tidak menganggap bahawa ia suatu yang bebanan. Wahai anak Adam! Sekalipun dosa kamu seperti awan meliputi langit kemudian kamu memohon keampunanKu, nescaya Aku akan mengampuninya. Wahai anak Adam! Jika kamu menemuiku(selepas mati) dengan kesalahan sebesar bumi, kemudiannya kamu menemuiKu dalam keadaan tidak syirik kepadaKu dengan sesuatu nescaya Aku akan datang kepadamu dengan pengampunan terhadap dosa sebesar bumi itu.
- Riwayat imam Tarmizi dan kata beliau ia adalah hadis Hasan Sohih -

3 comments: