Thursday, June 23, 2011

eulogi cinta mati

pada saat eulogi itu kau senandungkan
tentang cinta ini yang mati di tengah jalan
lalu kita pun terpisahlah oleh sekian jarak
dan jantungku pun enggan lagi berdetak.

6 comments:

  1. salam perkenalan
    menikmati puisimu...

    ReplyDelete
  2. Terkesan. Lebih dekat kepada audien dpd puisi panjang yg mungkin cuma difahami oleh si penyair sahaja.

    ReplyDelete
  3. gila...aku suka yang ini..
    EPIC...

    ReplyDelete
  4. Terima kasih semua!

    Kalau anda rasa seronok dan terkesan membacanya, Lara pun pastilah rasa bahagia sekali.

    Ya, saudara Ujang Kutik betul. Adakala bila panjang2, sajak boleh jadi hilang haluan dan hambar. Terlalu banyak kata-kata dimuatkan yang seringnya cuma penulis sahaja yang faham. Kebetulan pun Lara tak berapa reti sangat puisi panjang-panjang.

    Hihi. Walau bagaimanapun, masing-masing ada cara dan kesukaan sendiri. Panjang puisi, jika kena isi dan gayanya, ia pasti bagus.

    Contoh terbaik, sajak Ke Makam Bonda karya Usman Awang. Walau panjang, tiap2 katah memberi erti, ada isi, serta tiada perkataan yang dibazirkan. Ia membentuk cerita dengan awalan dan akhiran sajak yang mantap.

    Lara berharap, jika bukan sehebat Usman Awang, sekuku dia pun jadilah.

    ReplyDelete
  5. bila nafas ditahan, jantung lagi kuat berdetak.
    mulut keluar asap, mula terbatuk terbahak-bahak.

    mata dah merah, sekarang tergelak-gelak.

    monologamir.com

    ReplyDelete