Hadirmu itu
Ibarat musim panas
Yang menggantikan sejuk
Dalam kitaran hukum dunia
Menghangatkan kepingan hati nan kedinginan
Mencairkan blok ais kebal di benak perasaan
Cinta hangat itu
Melengkapi fitrah seorang manusia
dalam penafian perasaanku
Saling tak tumpah seperti
Sang purnama yang memerlukan mentari
Sentiasa menyempurnakan walau harus berlari
Terima kasih Tuhan yang maha sempurna--
Kerana mengurniakan nikmat rasa bahagia
Juga menciptakan dia si penyuntik rasa
Terima kasih untuk segalanya.
Like!
ReplyDelete