Sunday, May 8, 2011

Untuk Ibu, dan Untuk Ayah.

Bila masa satu hari nanti
engkau sudah tidak berdaya
tidak mampu lagi mencebok najis mu sendiri
tidak terdaya membersih diri
sudah mula ingat lupa akan apa yang pernah kau cerita
sudah mula cepat benar rasa singgungnya
sudah mula banyak kerenah dan rajuknya
sudah mula lemah rapuh kudrat empat kerat,


Ku pohon
doakan aku
untuk kuat mengasuhmu
seperti mana engkau mengasihi aku ketika kecilnya aku dahulu.
untuk masih mampu mengukir senyum melayan telatah mu
untuk terus mampu berbakti kepada mu.

Doakan aku
untuk tidak menjadi lupa
untuk tidak menderhaka

Doakan aku,
berpanjang umur,
agar terus dapat menjaga dan mengasihi mu.

Tak biasa

Aku jaga kata, menyusun ayat,
di depan, dan di belakang

kau,
mengata-ngata, menyusun khianat
di depan, dan di belakang.

Bila bertemu muka,
aku mengalah.
Kalah.
Kerana kau banyak pengaruhnya.
Tapi hey! ingatlah,
Aku bukannya baik sangat,
Cuma aku tak biasa.
Aku jaga kata, menyusun ayat,
di depan, dan di belakang

kau,
mengata-ngata, menyusun khianat
di depan, dan di belakang.

Bila bertemu muka,
aku mengalah.
Kalah.
Kerana kau banyak pengaruhnya.
Tapi hey! ingatlah,
Aku bukannya baik sangat,
Cuma aku tak biasa.

Friday, May 6, 2011

pemilik mata yang luka, inilah sajak doa yang gagal untuk kita

wahai si pemilik mata,
di remang matamu yang luka,
ada penawar yang tak tawar,
menghunjam ia jatuh,
api pun bisa pudar,
cahaya lumpuh layuh,
hatiku karah jiwaku lelah,
pundakku perit dalam sujud aku menjerit,
dunia pun telah berpaling tadah,
bersama sama angin gasar yang melayangkan seribu kerambit,
bertekal tugu aku melagukan semboyan doa,
langit pun lalu menjadi cermin hati,
dan pada awan yang dilukai retaknya,
menitiskan darah dan amarah yang parah dan merah,
dan kita pun pasrahlah di medan abadi sebuah penghujung duka.

maafkan aku duhai si pemilik mata,
aku cuma punya kata kata,
ku gubah jadi sajak dan peluru peluru doa,
seupaya telah aku mencuba,
namun kemuncak takdir itu tetaplah bukan milik kita.

cubit.

cubit paha kiri aku, sakit.
cubit paha kanan aku, sakit.
tapi kalau aku cubit paha kau sakit tak?
dan macamana kalau aku cubit paha orang lain?
kau fikir dia rasa sakit tak?

Thursday, May 5, 2011

SIBODOH DAN SI TIADA HATI

hati ini dah rabak
kau koyak tanpa belas ehsan

aku mati tanpa hati
aku sakit tak terperi

kau pergi
pergi tinggal aku sendiri

mengapa baru kini?!?
selepas apa yang kita lalui?
selepas segala naik turun dunia ini?
selepas aku gantikan kau sebagai nyawa aku sendiri?!

kau..
rupanya sedari awal
kau tak pernah berhati

dan aku terus memperbodohkan diri
menangis untuk lelaki tak pernah berhati

malu aku dengan Pemilik Cinta Hakiki
malu aku dengan diri sendiri
malu aku dengan segala apa yang terjadi

dan aku..
aku akui, aku masih mengharap dia kembali

dan aku rela dibodohi
aku rela disakiti
selagi dia ada disisi

Sunday, May 1, 2011

milikku - cerita si stalker

Setiap langkahmu aku jejaki.
Ke mana saja kau pergi aku ikuti.
Aku gembira bila kau sendiri.
Tapi aku radang bila teman-temanmu menghampiri.
Setiap saat aku lihat statusmu di fb.
Aku senang terancam
bila orang lain berbicara denganmu
meski bukan berkaitan peribadi.
Maaf. Tapi aku tak ingin mengatakan
yang aku punya fikiran dangkal.
Aku hanya ingin melindungimu.
Dan aku rasa orang lain tiada hak
untuk mendekati apatah lagi menggodamu.
Aku sanggup membunuh jika diizinkan.
Bagiku kau hanya untukku.