Friday, December 31, 2010

Selamat Tinggal 2010, Selamat Datang 2011

Kau Pergi.

Lantas masa yang berlalu ku tinggalkan untuk aku menjamah masa-masa yang akan tiba. Menghadap detik waktu yang kini hanya tinggal beberapa,
Rasa sayu kerana cita-cita yang dikejar entah ke mana,
hilang dek angan-angan yang tinggi hingga lupa aku yang di sini masih berpijak di tanah yang berdebu.

Laluan-laluan yang sama masih akan aku lalui,
namun detik waktu itu yang tidak serupa,
bahkan memang takkan serupa seperti dahulu kala.
Ketika aku mula bertatih dengan pena,
kini aku rancak dengan komputer riba.
Namun orangnya tetap sama.

Kalau dulu si lelaki asyik dengan permainan konda-kondinya,
kini si lelaki sudah mula keluar kota menimba ilmunya,
dulu si dara dengan permainan masak-masaknya,
kini apa yang dipelajari dihidangkan untuk suaminya.

Kalau bulan dan bintang dulunya menjadi mimpi,
kini sudah mula digapai dan dikaji,
melihat masyarakat yang dulunya hidup harmoni,
kini hilang ekoran teknologi yang tinggi.
Apa nak jadi pada masyarakat kini,
hanya pentingkan diri sendiri.

Thursday, December 30, 2010

rutin warga kota

delay..
Dah jadi kebiasaan.
15mnt berlalu..
nampak kelibat ia semakin dekat..

bagai lalat..
Kita mula menghurung.
Menghimpit ingin masuk,
cepat sampai,
lantak orang,
aku dulu,
kau lambat,
kau tinggal.

Kaki pijak, dush-bang-bamm!
Sardin daging manusia. Bau menusuk kalbu.

Kurang enak, kurang selesa.
tak mengapa, destinasi makin tiba.
'station berikutnya ......'
Kata perempuan itu

Ketika itu, suara dialah paling merdu.
Ding dong! Ahhh.. Sampai sudah.
Tolak, himpit, selit, lolos diri dari kulit ke kulit
Yarh! Berjaya sampai akhirnya

Tanah Tumpahnya Darahku!

Moga-moga,
dari kemenangan yang ini,
akan kita cetak kejayaan yang lebih bererti,
buat ibu pertiwi!

dan akan kami tegar berdiri,
dibelakang kalian para pejuang,
memegang panji perjuangan,
menyanyikan semboyan sokongan,
tak kira kalah atau menang!

Tuesday, December 28, 2010

Bola

Bola,
bola itu bulat,

Lazer,
lazer itu tajam
dan panas

Bola lazer?

mencintaimu.....

mencintaimu...
satu kesengsaraan yang dalam  
hingga aku sendiri pun tak faham    

mencintaimu....
satu kesakitan yang panjang
yang tidak mampu kupadam    

mencintai...
adalah kebodohan tak bertuan
sehingga aku ditongsampahkan



Monday, December 27, 2010

Fenin Fenin

Bertutup cantik di atas
tapi
terdedah habis di bawah

Bertutup cantik di bawah
tapi
terbonjol habis di atas pula

fesyen dan wanita
buat aku
Fenin,fenin dan fenin

Wednesday, December 22, 2010

Cara Halus



Melarikan MINDA dari memikirkan kisah luka
itu bukan LEMAH


Itu cara halus
mengelak hati dari terus BUSUK
dek nanah-nanah luka yang pernah terhiris dihiris tajam
ya. suatu ketika dulu