Tuesday, March 29, 2011

Doktor

Aku
Bagi kau
Hanya seperti doktor

Datang
cuma bila gering.
Lupa
bila luka sudah kering.

manusia..manusia.

Sunday, March 27, 2011

Dunia ini hanyalah mimpi

Tanpa Engkau,
Aku buta,
Hanyut di dalam mimpi yang sementara.
Selamatkan aku wahai Maha Penyayang,
Biarkanlah aku membuka mata,
Memandang wajahMu yang bercahaya,
Apabila aku terjaga suatu hari nanti.
Jangan biarkan aku hanyut,
Di dalam mimpi yang sementara.


MANIS KATA DIA =)



dia pandai susun kata
dia pandai anyam aksara
dia pandai gubah bicara
hingga aku terpesona
walau dia berdusta
tapi aku percaya
manis kata dia


(*_*)

Saturday, March 26, 2011

Aku tak mampu tersenyum sesempurna dahulu.

Bukan kerana jiwa merana
Hati terseksa
Raga terluka

Tetapi kerana tumor.

Thursday, March 24, 2011

pohon kematian yang dijanjikan

Telah dijanjikan pada pohon kematian itu,
Yang menumbuh subur dan gagah, di kebun tua yang debunya dari mutiara yang memerah bak delima,
Akan tiba suatu ketika akan ku jamah buahnya yang manis dan kelat,
Tetapi, tidak akan terpetik buah kematian,
Tidak hingga usai nama ku di ukir pada batang pohon itu,
Oleh pekebunnya yang berwajahkan Timur yang cahaya,
Oleh pemetiknya yang bersayapkan Lam Yalid Walam Yuulad,

Lalu bertanyalah; "adakah buah untukmu itu akan manis atau kekal kelat?"
Aku berharap yang manis manis sahaja,
Tapi kalau baja yang ku tolong tabur dulu bukan pula baja yang amal,
Apa nak ku harap buah kematian ku baik sahaja?
Jadi sampai saat merasa, memakan dan menelan,
Saat buah kematian bercebis cebis melalui tenggorokan,
Hanya yang akan tahu cuma lah aku dan Dia,

Dan pohon kematian akan terus menumbuhkan hasilnya,
Dan nama nama lain akan terus diukir,
Tiap sebiji untuk satu jiwa,
Terus meranum, dipetik dan memutik kembali hingga ke penghujung masa.

listen!

PLEASE...
DON'T GIVE A DAMN HOPE, IF YOU ARE NOT INTEND TO DO SO.
RESPECT OTHERS.
...its hurts.

Wednesday, March 23, 2011

ajari aku

ajari aku..kerna aku tidak tahu

apa yang perlu aku tafsirkan
bila ayat kau terbelit-belit
bila bahasa kau berlapik-lapik
bila drama kau tunggang terbalik

apa yang perlu aku jawab
bila persoalan kau tidak difahami
bila permintaan kau perlu aku perhalusi
bila anganan kau tak mungkin jadi realiti

ajari aku..
menggubah jawapan
dengan semurni alunan yang kau inginkan
agar kau tidak kesakitan