Wednesday, March 23, 2011

ajari aku

ajari aku..kerna aku tidak tahu

apa yang perlu aku tafsirkan
bila ayat kau terbelit-belit
bila bahasa kau berlapik-lapik
bila drama kau tunggang terbalik

apa yang perlu aku jawab
bila persoalan kau tidak difahami
bila permintaan kau perlu aku perhalusi
bila anganan kau tak mungkin jadi realiti

ajari aku..
menggubah jawapan
dengan semurni alunan yang kau inginkan
agar kau tidak kesakitan


4 comments: