Monday, March 21, 2011

Emansipasi Rimau Belang Berdarah DiRaja Di Lembah Rahamjiin

Malam di rimba,
lalu fauna menggeletar,
gentar terketar,
sebisik embun menyapa;
"Ada Sang Belang! Jaga-jaga!"

Unggas tutup sayap,
cacing-cacing berhenti merayap,
sepasang mata terang dalam gelap,
langkahan kawal derap;

Sang Belang menghampiri.

"Sangat sunyi menjadi raja wilayah ini,
seumur hidupku ditakuti.
Tiada teman di sisi,
berkawal sampai dinihari."

Tiadalah jelata rimba sedari,
hari pertabalannya sebagai Raja,
Jumaat tepat tengah malam.



p/s : kita patut mengenal binatang terlebih dahulu sebelum cuba memasuki rantau personafikasi jiwa manusia sendiri.

4 comments: