Monday, February 7, 2011

MARI KAKAK MAHU CERITA..


tepuk kerusi....

mari sini kakak mahu cerita
kau gadis punya harga
punya nama yang perlu dijaga
punya martabat yang tinggi nilainya

walau serawan mana jiwa
jangan kau lempar kata nista
jangan kau memekik bak perempuan gila
jangan kau tunding ke dia tak semena
kerna itu cermin pengukur kita

andai kata esok-esok muncul perempuan gila di depan mata
nah,senyum dan tataplah matanya
sambil berkata"maaf,aku punya standard yang perlu dijaga"

bukankah kita sama saja,gadis semua
jadi usah direndah martabat kita
kerana perkara bodoh semata.

5 comments: